Kedah ikat Harimau Selatan di Alor Setar

KUALA LUMPUR: Juara Liga Super sebanyak tiga kali, Kedah berjaya bangkit dari ketinggalan untuk mengikat juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) 1-1 Stadium Darul Aman, Alor Setar pada malam ini.

Skuad Harimau Selatan terlebih dahulu membuka jaringan menerusi sepakan percuma penyerang prolifiknya, Muhammad Safawi Rasid pada minit kesembilan, namun Kedah berjaya menyamakan kedudukan menerusi tandukan pemain import dari Sepanyol, Fernando Rodriguez Ortega pada minit ke-29.

Dengan keputusan malam ini, JDT yang merupakan juara lima kali berturut-turut Liga Super, berada di persada carta dengan 17 mata daripada tujuh perlawanan, manakala skuad Lang Merah berada di tempat ketiga dengan 12 mata.

Pahang yang menduduki tempat kedua dengan 14 mata, berpeluang untuk merampas kedudukan teratas jika menang dan memperoleh perbezaan jaringan yang besar apabila bertemu Felda United FC di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka pada malam esok.

Di Stadium Hang Jebat, pasukan Melaka gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila terikat tanpa jaringan menentang Perak.

Selangor pula berjaya mencatatkan kemenangan kedua bagi musim ini apabila menang tipis 1-0 ke atas Terengganu FC hasil jaringan penyerang licik, Mohd Faiz Mohd Nasir pada minit ke-55 di Stadium Shah Alam.

Sementara itu, pada aksi Liga Premier, Negeri Sembilan turut meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM FC) menerusi jaringan tunggal Mohamad Ridzuan Abdollah Pula pada minit ke-31 di Stadium Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, pasukan Kelantan dan Terengganu FC II berkongsi satu mata selepas terikat 1-1.

Pemain import dari Uruguay, Raul Andres Tarragona terlebih dahulu meletakkan skuad ‘The Red Warriors’ di hadapan menerusi jaringan pada minit ke-19, namun ia hanya kekal tiga minit apabila Muhammad Zuasyraf Zulkiefee meledak gol pada minit ke-22.

— BERNAMA

Malaysias Jordan Boy all fired up for ONE Championship Tokyo bout

TOKYO: Come ONE: A NEW ERA on Sunday, 31 March, Kuala Lumpur’s Mohammed “Jordan Boy” Mahmoud will know whether he has done enough in his quest to attain that marquee victory for Malaysia in Tokyo, Japan.

The 22-year-old Muay Thai athlete is set to face Cyprus’ Panicos Yusuf in a ONE Super Series Muay Thai bantamweight contest in what will be ONE Championship’s inaugural spectacle in “The Land Of The Rising Sun.”

This is a landmark event for the promotion, but Mohammed has set his sights on creating a milestone of his own, too.

“For this fight, I’ve been training at this gym in Lopburi, Thailand,” shares Mohammed, who normally trains at Sampuri Muay Thai Gym in Ampang.

“The gym is located in a remote area, about 200 kilometers away from the airport. It’s a fantastic gym, and the trainers are from the Thai national team.”

Recognizing the enormity of his bout against a two-time Muay Thai World Champion, the Kedah-born martial artist confesses he has been putting himself through double the rigors of training.

“I’ve been put through a tough training regime at this Thai gym. There were times when I was just counting the days to go home,” he says with a chuckle.

“When I arrived in Thailand, my weight was 70 kilograms. By the time they were done with me, after two weeks or so, I was down to 65 kilograms. I hadn’t even worn a sauna suit or reduced my food intake.”

Despite the exhaustion, Mohammed continues to persevere.

“I just kept telling my mind and body that I need to keep pushing on, that all this pain will be worth it,” he adds. “My body ached, and I was drained, but I told myself to ignore the cries.”

Suffice to say, “Jordan Boy” has been diligently studying his opponent ahead of their clash.

The Malaysian youngster does not want to give too much away in regards to his strategy, but he is confident he will secure a jaw-dropping finish.

“He’s a technical fighter, just like me. I’m sure both of us will be changing our techniques in the cage,” Mohammed explains.

“What I know is that he does get rattled when pressured, so I’ll push him when the time is right. I’m looking for a knockout this time.”

Beberapa hari susulan tragedi Christchurch, ibu serta rakan baik Sonny Bill Williams masuk Islam

IBU kepada bintang ragbi New Zealand, Sonny Bill Williams, Lee Williams, dilaporkan memeluk agama Islam bersama dengan rakan baiknya, pasca tragedi solat Jumaat yang mengorbankan 50 nyawa.

Salah seorang yang mengesahkan perkara itu adalah pendakwah terkenal Britain, John Fontain menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya.

Laporan Daily Mail juga menyebut, imam yang berpangkalan di Zimbabwe, Sajid Umar juga meraikan berita gembira itu menerusi perkongsian di Twitter.

Fontain turut berkongsi gambar yang menunjukkan rakan baik Williams, Ofa Tu’ungafasi turut memeluk Islam pada Rabu, bersama-sama Lee.

Lee bersama Tu’ungafasi dikatakan mula menerima Islam selepas serangan pengganas di dua buah masjid di Christchurch.

Williams, merupakan juara dua kali Piala Dunia Ragbi dan pemain Muslim pertama yang bermain untuk pasukan All Blacks.

Dia berkongsi kesedihannya di media sosial selepas mengetahui insiden yang berlaku di Christchurch, selain turun melawat mangsa di hospital.

Ini pendapat Rio Ferdinand tentang Virgil van Dijk

PERTAHANAN Liverpool, Virgil van Dijk tidak layak untuk dinobatkan sebagai Pemain Terbaik PFA tahun ini, kata Rio Ferdinand.

Sebaliknya, beliau memilih pemain sayap Manchester City, Raheem Sterling untuk merangkul anugerah tertinggi individu bagi bola sepak Inggeris itu.

“Virgil? Tidak, tidak. Ada Raheem Sterling.

“Son Heung-min, walaupun Tottenham masih belum memenangi apa-apa lagi, Sergio Aguero, David Silva. Juga Bernardo Silva…,” katanya kepada Daily Star.

Malah, bekas bintang Manchester United itu juga percaya bahawa van Dijk bukanlah pertahanan tengah terbaik dunia.

Beliau masih melihat bintang Real Madrid dan Sepanyol, Sergio Ramos sebagai pertahanan nombor satu dunia ketika ini.

“Apabila ada perlawanan penting, trofi untuk dimenangi, Ramos biasanya akan tampil dan memainkan peranan pentingnya,” katanya.

Ramos tidak dapat bersama rakan sepasukannya yang ditunjukkan jalan keluar daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah selepas tewas 4-1 kepada Ajax Amsterdam di laman sendiri.

Ketiadaan Ramos kerana digantung dua perlawanan selepas didapati ‘sengaja mendapatkan kad kuning’ pada minit ke-89 semasa perlawanan pertama di Amsterdam.

“Untuk dianggap sebagai yang terbaik di dunia, anda juga perlu memenangi sesuatu. Anda tidak boleh bermain baik untuk pasukan tapi hanya berakhir di tempat kedua, ketiga atau keempat.

“Anda perlu menjadi sebahagian daripada pasukan yang memenangi gelaran untuk dianggap demikian,” kata Ferdinand.

Hadir ke Anfield pada Januari tahun lepas dengan yuran perpindahan 75 juta Pound sebagai pertahanan termahal dunia, van Dijk telah mengubah benteng Liverpool yang goyah dan rapuh sebelum ini.

Anak buah Jurgen Klopp hanya bolos 15 kali setakat ini dalam kancah Liga Perdana Inggeris musim ini, menyebabkan pemain kelahiran Belanda berusia 27 antara nama yang disebut untuk memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA 2018.

“Virgil adalah pemain yang hebat, berpotensi menjadi yang terbaik dua dunia tapi, sekarang ini, tidak. Dan saya rasa dia mungkin setuju,” ujarnya.

Namun, Ferdinand setuju bahawa situasi mungkin berubah sekiranya Liverpool menjulang piala Liga Perdana Inggeris musim ini.

Pecahkan telefon peminat, Conor McGregor ditahan

BINTANG seni bela diri campuran (MMA) UFC Conor McGregor ditahan polis hari ini kerana didakwa memecahkan telefon bimbit seorang peminat yang cuba mengambil gambarnya.

Jaguh MMA dari Ireland itu didakwa atas pertuduhan melakukan rompakan bersenjata serta kesalahan berunsurkan jenayah.

Menurut Polis Miami, kejadian itu berlaku di hadapan hotel Fontainebleau Miami Beach, Florida pada jam 5 pagi waktu tempatan.

Berdasarkan laporan polis, McGregor dikatakan telah menepis telefon daripada mangsa sebelum memijak telefon tersebut dan mengambilnya.

“Mangsa cuba mengambil gambar suspek dengan telefon bimbitnya. Suspek menepis telefon bimbit dari tangannya, menyebabkan ia jatuh ke lantai,” kata laporan polis itu seperti dipetik BBC.

“Suspek kemudian memijak telefon mangsa beberapa kali, menyebabkan ia rosak. Suspek kemudian mengambil telefon itu dan membawanya pergi. Suspek dikesan dan ditangkap.”

Tambah polis, telefon milik mangsa itu bernilai AS$1,000 (RM4,080).

Tahun lalu, McGregor, 30 tahun telah diarah untuk menjalani program pengurusan kemarahan dan lima hari khidmat masyarakat bagi menarik balik pertuduhan menyerang bas yang dinaiki beberapa petinju UFC pada April.

McGregor merupakan petarung pertama UFC yang memegang dua gelaran dunia serentak selepas menewaskan juara lightweight dunia, Eddie Alvarez di Manhattan, New York pada 2016.

Kali terakhir dia bertarung ialah dengan jaguh Rusia, Khabib Nurmagomedov pada Oktober 2018, di mana dia tewas menerusi ‘submission’ pada minit 3.03 pusingan keempat.

BACA: Kekecohan di UFC 229: Khabib didenda RM2 juta, McGregor RM200,000

Bagaimanapun, susulan kekecohan yang berlaku selepas perlawanan tersebut, Khabib dan McGregor telah didenda dan digantung pertarungan oleh Suruhanjaya Atlet Negeri Nevada (NSAC).

McGregor pula didenda sebanyak AS$50,000 (RM205,355) dan digantung enam bulan, manakala Khabib pula didenda AS$500,000 (RM2,053,953) dan digantung selama sembilan bulan.

KBS akan perkenal Liga eSports, cungkil bakat bertaraf antarabangsa

IPOH: Kementerian Belia dan Sukan akan memperkenalkan Liga eSports dalam usaha mencungkil bakat baru yang boleh mewakili Malaysia bagi penganjuran sukan elektronik (eSukan) bertaraf antarabangsa.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pemilihan peserta bagi liga tersebut dijangka bermula pertengahan bulan ini dengan misi mencari pemain terbaik eSukan.

“Itu memang akan ada (Liga eSports) sebab kita memang hendak ada liga dari bawah sampai ke atas supaya kita boleh cungkil bakat. Pada masa sama, kita boleh pasarkan perkembangannya yang saya rasa, pengikutnya sangat besar.

“Sebelum ini, kita memang ada tetapi selalu ‘one-off’, satu pertandingan di peringkat pusat, siapa hendak masuk, semua boleh sertai,” katanya.

Beliau berkata demikian di Persidangan Industri Profesional eSports (EPIC) 2019 di Hotel Casuarina Meru, Ipoh pada Ahad, yang turut sama Pengerusi Pembangunan Belia dan Sukan Negeri, Howard Lee Chuan How.

Ujarnya lagi, potensi besar yang ada pada eSukan turut menyumbang kepada ekonomi sesebuah negara, khususnya penglibatan yang menggalakkan dari beberapa pemegang taruh.

Persidangan dua hari yang berlangsung di Ipoh itu menyentuh tiga sub-tema iaitu pembangunan, ekosistem dan ekonomi.

Empat permainan dipertandingkan termasuk konsol komputer Dota 2, Konsol Smartphone Mobile Legends, PUBG Mobile serta konsol Playstation 4 FIFA19 dengan tawaran hadiah keseluruhan berjumlah RM13,000.

Allegri tertidur ketika Pjanic dilayang kad merah

PENGENDALI Juventus, Massimiliano Allegri, mendakwa dia tertidur ketika pasukannya mencatat kemenangan dramatik 2-1 ke atas Napoli awal pagi tadi tatkala tindakan itu hampir memberi tamparan kepada juara bertahan Serie A itu.

Kesan daripada layangan dua kad merah serta satu sepakan penalti yang gagal disempurnakan membuatkan penonton di Stadio San Paolo lebih banyak duduk.

Miralem Pjanic membuka tirai jaringan menerusi sepakan percuma selepas penjaga gol Napoli, Alex Meret, melakukan kekasaran ke atas Cristiano Ronaldo.

Emre Can menggandakan kelebihan buat pelawat sebelum rehat tetapi Pjanic mencuri tumpuan apabila dilayangkan kad kuning kedua akibat bola terkena tangannya di awal babak kedua.

Lorenzo Insigne melakukan hantaran lintang untuk disudahkan Jose Callejon bagi merapatkan jurang tetapi melakukan sepakan penalti yang terkena palang pada minit ke-84, sekali gus memberikan Juve melebarkan rekod tanpa kalah dalam Serie A dan menambah kelebihan kepada 16 mata di puncak liga.

Selepas perlawanan, Allegri memberitahu Sky Sport bahawa dia tersilap tidak membawa Pjanic keluar ketika mula menerima kad kuning pertama akibat kekasaran terhadap Callejon.

“Saya tertidur. Sepatutnya saya keluarkan dia selepas kad kuning pertama,” ujar Allegri.

“Kad kuning kedua ke atas Pjanic membuatkan kami hilang kawalan. Kami membiarkan Napoli bangkit dan seluruh stadium kembali percaya kepada mereka. Malah, kami mensia-siakan peluang ketika mendahului 2-1.

“Jumlah 16 mata adalah sesuatu yang penting tetapi kami perlu menunggu sehingga perkiraan yang tepat untuk menjulang trofi liga.

“Kini, ayuh rehat dan menuju ke aksi berdepan Udinese dan Atletico Madrid. Kami mungkin boleh lakukan lebih baik.”

Sesetengah ulang tayang memaparkan sentuhan Meret dan Ronaldo begitu sedikit tetapi Allegri tidak meragui keputusan yang dilakukan pengadil.

“Seperti apa yang orang ramai beritahu saya, ia adalah satu kesalahan,” tambah Allegri.

“Ia dengan niat dan saya rasa keputusan itu bagus. Saya rasa pengadil menjalankan tugas dengan baik.”

Kamaru Usman atlet kelahiran Afrika pertama juara dunia UFC

KAMARU Usman menjadi petinju MMA kelahiran Afrika yang pertama meraih kejuaraan dunia UFC, apabila menewaskan Tyrone Woodley dalam aksi UFC 235 di Las Vegas, Nevada pada Ahad.

Dia menundukkan petarung dari Amerika Syarikat menerusi keputusan sebulat suara, Tyron Woodley untuk dinobat sebagai juara dunia bagi divisyen welterweight UFC. 

Usman, 31 tahun, dilahirkan di Nigeria dan mempunyai rekod 15 kemenangan dan hanya satu kekalahan (15-1).

Sementara itu, dalam pertarungan ‘main-event’ pula, juara bertahan UFC light heavyweight Jon Jones berjaya mempertahankan gelarannya apabila mengalahkan rakan senegara, Anthony Smith juga menerusi sebulat suara.

Jones menguasai perlawanan dari mula hingga ke saat akhir, mempamerkan aksi serangan kaki terhadap lawanya yang lebih berkemahiran ‘ground’ itu.

Pertarungan dibawa hingga ke pusingan kelima, di mana pengadil kemudiannya mengisytiharkan Jones sebagai pemenang, sekali gus melebarkan rekod kemenangannya kepada 24-1.

Ben Askren menang aksi pertamanya di UFC, keputusan dipertikai

BEKAS juara welterweight Bellator MMA dan ONE Championship, Ben Aksren mencatat kemenangan pertamanya di UFC pada Ahad selepas menewaskan rakan senegara, Robbie Lawler.

Kemenangan pada aksi UFC 235 di Las Vegas, Nevada itu sekali gus memanjangkan lagi rekod tanpa kalahnya.

Askren, 34, yang mempunyai rekod professional 20-0-1, membuat kemunculan pertama beliau di UFC selepas meninggalkan gelanggang seni bela diri campuran (MMA) buat seketika.

Menentang Lawler yang merupakan bekas juara dunia UFC welterweight, Askren nampak berjaya bertahan dari serangan ‘ground and pound’ dari Lawler pada awal perlawanan.

Namun apabila beliau berjaya menemui rentak pada pertengahan pusingan pertama, Askren nampak selesa mengawal perlawanan di lantai Octagon.

Askren seterusnya berjaya membuat percubaan ‘submission; ke atas Lawler dengan aksi ‘Bulldog Choke’.

Selepas beberapa saat, pengadil Herb Dean membuat keputusan menghentikan pertarungan.

Bagaimanapun, keputusan tersebut mendapat tentangan dan reaksi negatif termasuk dari Lawler sendiri dan Presiden UFC, Dana White.

White ketika sidang akhbar turut bersetuju ia adalah satu keputusan pengadil yang teruk.

Lawler dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan teruk ketika dikunci Askren dan mampu meneruskan perlawanan sehingga berakhir pusingan pertama.

Dengan kontroversi itu, White menyatakan hasrat beliau untuk menganjurkan perlawanan semula antara Askren dan Lawler.

Dalam pada itu Askren pula tidak berminat untuk bertemu Lawler semula kerana baginya, dia telah memenangi perlawanan tersebut secara sah.

Askren bagaimanapun menyatakan hasrat untuk bertarung dengan pemenang bagi perlawanan Darren Till dan Jorge Masvidal, yang bakal berlangsung pada acara UFC Fight Night 147 pada 17 Mac di London.

26 peninju sertai kejohanan Muay Thai Gegar Boxing Pantai Timur

KOTA BHARU: Seramai 26 peninju Muay Thai dari dalam dan luar negara akan menyertai kejohanan Gegar Boxing Pantai Timur yang akan berlangsung di Tapak Ekspo Pantai Irama, Bachok pada 29 dan 30 Mac depan.

Pengarah kejohanan, Datuk Fauzwi Ismail berkata, kejohanan itu menjadi platform untuk petinju negara, khususnya dari Kelantan, untuk mengasah bakat dalam sukan itu.

“Kejohanan ini merupakan terbuka Pantai Timur yang mana ia turut disertai oleh peninju dari luar Kelantan untuk memberikan saingan kepada peninju di negeri ini.

“Peninju dari luar negara juga akan menyertai kejohanan ini iaitu dari Thailand, Uzbekistan dan Myanmar,” katanya pada sidang media promosi dan memperkenalkan barisan petinju di sini, hari ini.

Fauzwi berkata kejohanan dianjurkan Pertubuhan Penyatuan Ummah Dan Ekonomi (IKATAN) dengan kerjasama kerajaan negeri dan Persatuan Boksing Negeri Kelantan.

Antara negeri yang akan turut menghantar wakil ialah Kuala Lumpur, Terengganu dan Kedah manakala antara petinju luar negara yang dijangka menjadi tumpuan ialah Majid Bagheri, Kambiz Warriors (Uzbekistan), dan Ebroheng Yeekaroba (Thailand).

Penganjur menyasarkan 10,000 penonton pada sepanjang kejohanan, katanya.

“Kita akan teruskan dan anjurkan kejohanan-kejohanan seumpama ini bagi memberikan pendedahan kepada bakat-bakat baharu di negeri ini (untuk) ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya. — Bernama