Christian Lee beats Shinya Aoki to capture ONE lightweight world title

SINGAPORE: Christian Lee captured the ONE Lightweight World Championship title with a technical knockout (TKO) win over Japanese Shinya Aoki at ONE: Enter The Dragon, Friday night.

The Singaporean star rattled the home crowd inside the Singapore Indoor Stadium after emerging as the youngest male mixed martial arts (MMA) world champion at only 20 years old.

In the first round, Aoki imposed his will by taking Lee down and locking him with armbar, but the hometown hero managed to escape the grip.

In the second round, Lee took charge as he unloaded a barrage of punches to put Aoki down and out to seize the prestigious ONE Championship world title.

This was Lee’s second attempt at a world title. His first title shot was a featherweight bout against Martin Nguyen in 2018, where he lost via split decision.

In 2016, his sister, Angela Lee became the youngest ever MMA world champion at 19 after defeating veteran Japanese fighter Mei Yamaguchi.

Meanwhile, in the co-main event, Regian Eersel of The Netherlands edged out fellow Dutchman Nieky Holzken to win by unanimous decision, capturing the inaugural ONE Lightweight Kickboxing World Championship.

Both fighters put on an impressive display of world-class striking throughout the entire five-round bout.

Eersel’s jabs and knees in the latter part of the bout, was enough to earn the nod on all three of the judges’ scorecards.

Official results for ONE: ENTER THE DRAGON

ONE Lightweight World Championship bout: Christian Lee defeats Shinya Aoki by TKO (Strikes) at 0:51 minutes of round 2

ONE Lightweight Kickboxing World Championship bout: Regian Eersel defeats Nieky Holzken by Unanimous Decision (UD) after 3 rounds

ONE Featherweight Kickboxing World Grand Prix Quarter-final bout: Petchmorakot Petchyindee Academy defeats Giorgio Petrosyan by Split Decision (SD) after 5 rounds

ONE Featherweight Kickboxing World Grand Prix Quarter-final bout: Samy Sana defeats Yodsanklai IWE Fairtex by Unanimous Decision (UD) after 3 rounds

Mixed Martial Arts Lightweight bout: Cosmo Alexandre defeats Sage Northcutt by Knockout (KO) at 0:29 minutes of round 1

ONE Lightweight World Grand Prix Semi-final bout: Saygid Guseyn Arslanaliev defeats Amir Khan by Knockout (KO)  at 2:56 minutes of round 1

ONE Flyweight World Grand Prix Alternate bout: Geje Eustaquio defeats Kim Kyu Sung by Unanimous Decision (UD) after 3 rounds

Mixed Martial Arts Strawweight bout: Miao Li Tao defeats Dejdamrong Sor Amnuaysirichoke by Knockout (KO) at 4:09 minutes of round 1

ONE Featherweight Kickboxing World Grand Prix Quarter-final bout bout: Jo Nattawut defeats Sasha Moisa by Technical Knockout (TKO) at 1:24 minutes of round 3

Mixed Martial Arts Strawweight bout: Yoshitaka Naito defeats Alex Silva by Unanimous Decision (UD) after 3 rounds

Mixed Martial Arts Featherweight bout: Garry Tonon defeats Yoshiki Nakahara by Submission (Heel Hook) at 0:55 minutes of round 1

ONE Featherweight Kickboxing World Grand Prix Quarter-final bout: Dzhabar Askerov defeats Enriko Kehl by Unanimous Decision (UD) after 3 rounds

Mixed Martial Arts Women’s Atomweight bout: Mei Yamaguchi defeats Laura Balin by Submission (Armbar) at 3:46 minutes of round 1

Mixed Martial Arts Lightweight bout: Iuri Lapicus defeats Shannon Wiratchai by Submission (Rear Naked Choke) at 3:10 minutes of round 3

ONE Featherweight Kickboxing World Grand Prix Alternate bout: Daniel Dawson defeats Brown Pinas by Split Decision (SD) after 3 rounds

Mixed Martial Arts Lightweight bout: Rahul Raju defeats Richard Corminal by Submission (Rear Naked Choke) at 4:43 minutes of round

Kempen promosi skuad bola sepak wanita Jerman agak nakal

DENGAN tema memperkasakan wanita, skuad Piala Dunia wanita Jerman melancarkan sebuah video yang menarik perhatian ramai.

Dengan kenyataan seperti “Kami mewakili negara yang tidak mengetahui nama kami dan juga “kami menang gelaran dunia pertama kami dan mendapat sebuah set minum teh.”

Dan mungkin yang paling penting sekali, “Kami tidak mempunyai ‘bola’ tetapi kami tahu bagaimana untuk menggunakannya.”
Jerman mengesahkan 23 pemain yang akan beraksi untuk Piala Dunia Wanita 2019 yang akan diadakan di Perancis dari 7 Jun hingga 7 Julai.

Video yang dilancarkan ditaja oleh Commerzbank dan diposkan oleh syarikat penyiaran DW Sports.

Skuad bola sepak wanita Jerman merupakan juara dunia sebanyak dua kali dan lapan kali muncul juara Eropah.

Saiful Merican breaks down the ONE Featherweight Kickboxing Grand Prix

KUALA LUMPUR: ONE Super Series’ explosive action and top-class battles have transcended throughout 2019, and the standards will be raised again on Friday, 17 May, when eight world-class athletes go head-to-head in the quarterfinals of the ONE Featherweight Kickboxing World Grand Prix.

The tournament, which takes place at ONE: ENTER THE DRAGON from the Singapore Indoor Stadium, features several multiple-time World Champions including Yodsanklai IWE Fairtex, Giorgio Petrosyan, Sasha Moisa, Jo Nattawut, Petchmorakot Petchyindee Academy, Dzhabar Askerov, Enriko Kehl, and Samy Sana.

Ahead of this colossal event, Terengganu native Saiful “The Vampire” Merican shared his expert analysis of the biggest tournament in martial arts history.

#1 Dzhabar Askerov VS Enriko Kehl

Two-time TNA Kickboxing World Champion Dzhabar “Genghis Khan” Askerov is no stranger to the scene, and his striking supremacy will be put to the test in his promotional debut against a young, but explosive athlete in Enriko “The Hurricane” Kehl.

This past March, Kehl secured a delightful knockout victory in Yangon, Myanmar, which earned him a spot in the World Grand Prix.

However, Saiful is confident Askerov will upset the German athlete.

“Both athletes are very good. Askerov is, of course, the more experienced guy, but I think Kehl’s lankier physique will cause some troubles,” he explained. “If all goes well, I think Askerov can seal the win by the third round.”

#2 Jo Nattawut VS Sasha Moisa

One of Thailand’s finest strikers “Smokin’” Jo Nattawut returns to action against Ukraine’s Sasha Moisa.

Originally scheduled to face Andy Souwer, the Thai will bring his extensive skill set and well-conditioned form to the ring against his new opponent. According to “The Vampire,” he believes Nattawut will emerge victorious.

“I started seeing ‘Smokin’’ Jo since he joined ONE Championship, but he’s been really good,” he said. “His first-round win in Malaysia against Yohann Fairtex Drai shows you what he’s made of.”

The tournament will bring together eight of the world’s best stand-up martial artists. - ONE photo

#3 Yodsanklai IWE Fairtex VS Samy Sana

Saiful has long admired Thai icon Yodsanklai IWE Fairtex, and when “The Boxing Computer” enters the Singapore Indoor Stadium for his bout against Frenchman Samy Sana, he believes he will not have any trouble securing his 203rd career victory.

“There’s nothing much to say about Yodsanklai anymore,” he joked, before breaking down just how good the multiple-time World Champion is.

“I’d compare this guy to a piranha — he takes little bites in the first round, but smashes you in the later rounds. He’ll win this match for sure.”

#4 Petchmorakot Petchyindee Academy VS Giorgio Petrosyan

The final ONE Featherweight Kickboxing World Grand Prix quarterfinal bout will pit Petchmorakot Petchyindee Academy against kickboxing legend Giorgio “The Doctor” Petrosyan.

Petrosyan is the more natural kickboxer, and he is known for his surgical precision. Because of that, Saiful thinks he will pull away with the victory by decision.

“Technicality is Petrosyan’s biggest strength, and if he can’t get a knockout, he’s just as good at picking you into pieces,” the Malaysian striker said.

“He rarely goes for the kill, but that’s what makes him fun to watch. I also want him to win because I want to see a Yodsanklai versus Giorgio final.”

Lewis Hamilton hantar kereta F1, trofi kepada pesakit kanser

BINTANG Formula 1 (F1), Lewis Hamilton mendedikasikan kemenangannya di Grand Prix Sepanyol kepada Harry Shaw, seorang kanak-kanak berusia lima tahun dari Surrey, yang menghidap kanser tulang.

Lapor The Mirror, Hamilton dan pasukan Mercedes mengaturkan untuk membawa salah sebuah kereta untuk diletakkan di luar rumah Shaw, sekaligus membolehkan kanak-kanak itu melihatnya dari dekat.

Turut dibawa bersama ialah trofi yang dimenangi Hamilton dalam perlumbaan di Barcelona, ​​serta sepasang sarung milik juara dunia berkenaan.

Lewis Hamilton mendedikasikan kemenangannya di Grand Prix Sepanyol kepada Harry Shaw, seorang kanak-kanak berusia lima tahun dari Surrey, yang menghidap kanser tulang. - Foto The Mirror

Tidak cukup dengan itu, Hamilton juga merakam sebuah video ucapan dan kata-kata semangat buat Shaw.

“Harry sangat meminati kereta lumba, dan walaupun dia lemah, dia bertanya banyak soalan tentang kereta itu.

“Apa yang dilakukan Hamilton sangat menyentuh hati kami. Ia memberi makna yang sangat besar buat Harry,” kata bapa Harry, James. – Sumber The Mirror

JDT kukuh penguasaan di persada Liga Super

KUALA LUMPUR: Pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengukuhkan kedudukannya di persada Liga Super dalam misi mempertahankan kejuaraan buat kali keenam berturut-turut selepas menewaskan pencabar terdekat, Pahang 2-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.

Kejayaan mengekalkan aksi tanpa kalah dengan rekod 10 kemenangan daripada 13 perlawanan itu menyaksikan skuad ‘Harimau Selatan’ mengumpul 33 mata untuk selesa menerajui takhta liga dengan kelebihan lapan mata, meninggalkan Pahang di kedudukan kedua.

Pada aksi penuh dramatik itu, keputusan Ketua Jurulatih Benjamin Mora membawa masuk pemain muda sensasi kebangsaan Muhammad Akhyar Abdul Rashid pada babak kedua membuahkan hasil apabila beliau muncul sebagai arkitek kejayaan JDT menerusi satu jaringan dan perancang kepada gol pertama tuan rumah.

Kapten pasukan, Harris Harun meledak gol pembukaan pada minit ke-69 selepas menerima lorongan cantik Muhammad Akhyar yang tidak dikawal hasil serangan balas menarik yang berjaya memerangkap barisan pertahanan Pahang.

Bekas penyerang Kedah itu kemudian menceriakan ribuan penyokong tuan rumah menerusi gol pada masa kecederaan babak kedua sekali gus menghadiahkan tiga mata penuh buat JDT.

Pada masa sama, PJ City FC mencatat kemenangan dramatik apabila bangkit daripada ketinggalan 0-3 sebelum menundukkan Terengganu FC 5-3 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Lima gol PJ City FC dihasilkan pada babak kedua perlawanan, masing-masing dijaringkan Elizeu Aralijo pada minit ke-49, Pedro Henrique (ke-57 dan 80′), Washington Brandao (ke-57) dan Mohamad Zamri Ramli pada minit ke-77.

Terdahulu, tiga gol pasukan tuan rumah pada babak pertama terhasil menerusi Kipre Tchetche seawal minit ke-10 diikuti Mohamad Nabil Ahmad Latpi (ke-17) dan Mohamad Ashari Samsudin, selang dua minit kemudian.

Sementara itu, Perak yang masih segar dengan kejayaan mara ke separuh akhir Piala FA tidak berdepan masalah menundukkan pasukan ‘adik’ PKNP FC 3-1 di Stadium Perak, Ipoh.

Dua pemain import baharu dari Brazil, Raianderson da Costa Moraes dan Ronaldo Henrique Silva masing-masing membuktikan kemampuan apabila meletakkan Perak mendahului 2-0 pada 30 minit pertama perlawanan menerusi jaringan seawal minit keenam dan ke-30.

PKNP FC, bagaimanapun berjaya merapatkan kedudukan menerusi jaringan pemain import Yashir Pinto pada minit ke-37, namun Nazirul Naim Che Hashim menidakkan peluang PKNP mencuri satu mata apabila meledak gol ketiga pada minit ke-70 untuk mengesahkan kemenangan Perak.

Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, pula menyaksikan Kuala Lumpur mencatat kemenangan ketiga musim ini selepas mengatasi PKNS FC 2-1.

Dua jaringan, masing-masing menerusi Kapten Indra Putra Mahayuddin dan Mohamad Azmi Muslim pada minit ke-27 dan ke-56 berjaya menafikan gol pembukaan pasukan pelawat yang dijaringkan pemain import Romel Morales seawal minit keempat.

Manchester City tipu UEFA?

MANCHESTER CITY berdepan hukuman penggantungan daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan keputusan hukuman itu dijangka diketahui dalam minggu ini.

Menurut laporan New York Times, para penyiasat di UEFA mendakwa juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu melanggar peraturan ketat kawalan kos perbelanjaan kelab.

Siasatan dibuat berdasarkan dokumen yang didedahkan Football Leaks bahawa pemilik City menggunakan syarikat di Kepulauan Cayman untuk menyembunyikan sebuah dana pembelian pemain.

Ahli badan penyiasat kawalan kewangan UEFA yang ditubuhkan untuk menganalisis akaun kelab yang disyaki melanggar peraturan badan itu telah mengadakan pertemuan dua minggu lalu di Nyon, Switzerland untuk melengkapkan siasatan mereka.

Sheikh Mansour (tengah) bersama pengurus Manchester City, Pep Guardiola (paling kanan).

Badan itu diketuai bekas Perdana Menteri Belgium, Yves Leterme dijangka memfailkan laporan mereka kepada badan perundangan UEFA untuk tindakan selanjutnya.

Hukuman yang dicadangkan para penyiasat UEFA adalah penggantungan sekurang-kurangnya setahun daripada bersaing di UCL.

Bukan kali pertama City berdepan tindakan daripada UEFA

Pada 2014, City mencapai satu persetujuan bersama dengan UEFA untuk mengelak sebarang hukuman, apabila badan induk bola sepak Eropah itu mendapati City melanggar peraturan Financial Fair Play (FFP).

FFP adalah sebuah peraturan yang melarang kelab melabur wang lebih banyak daripada pendapatan kelab.

Pelbagai strategi digunakan City sejak 2012 untuk mengelak daripada dikesan para auditor UEFA, termasuk penyumberan luar kos yang ditanggung syarikat lain dan penaja dari Abu Dhabi meningkatkan jumlah bayaran kepada pasukan itu, selain mengundur tarikh bayaran kepada awal musim.

Pihak pengurusan City sudah pasti menafikan segala tuduhan terbaharu ini dan akan mengambil tindakan balas yang keras terhadap UEFA jika digantung dari saingan UCL.

Sejak City diambil alih hartawan Arab dan Timbalan Perdana Menteri Arab Emiriyah Bersatu (UAE), Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan, kelab itu membelanjakan lebih daripada AS$1 juta untuk barisan skuad terkini the Citizens selain berbilion dolar lagi untuk barisan jurulatih, kemudahan dan operasi pasukan.

City baru sahaja meraikan kejayaan memenangi gelaran EPL yang keempat dan dalam landasan yang betul untuk memenangi kesemua tiga piala domestik, namun masih gagal untuk menjulang mahkota UCL, gelaran paling berharga di Eropah.

Sehingga kini belum pasti berkenaan hukuman yang akan dikenakan adalah untuk kempen musim hadapan atau pada 2020/21.

UEFA perlu mempercepatkan tindakan mereka sebelum kempen kelayakan UCL bermula Jun ini kerana City masih berhak merayu di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) terhadap hukuman yang mungkin dikenakan UEFA.

Undi tidak percaya terhadap Bibi Ramjani selepas Aidilfitri

KUALA LUMPUR: Kemelut Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memasuki episod baharu apabila tujuh ahli gabungan dijangka melancarkan undi tidak percaya bagi mendesak satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan bagi memilih presiden baharu.

Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) Tanah Merah, Kamarudin Mohamad, berkata pihaknya sudah bersetuju untuk melancarkan undi tidak percaya kepada Bibi Ramjani atas ketidakmampuan tokoh usahawan batik itu menguruskan persatuan itu.

“Untuk makluman, tujuh daripada 10 PBJ sudah bersetuju dan ini sudah memadai. Sudah cukup majoriti dan keputusan ini macam undi tidak percaya kepada Bibi Ramjani.

“Kami akan terus memainkan peranan sebagai pendesak. Tujuh PBJ ini akan tandatangan surat selepas hari raya Aidilfitri supaya KAFA buat mesyuarat luar biasa,” katanya.

Kamarudin juga berkata, sekarang adalah masa terbaik untuk PBJ mengemukakan usul berkenaan memandangkan terlalu banyak kelemahan yang dimiliki tokoh usahawan batik itu sepanjang dua tahun mengemudi KAFA termasuklah prestasi skuad The Red Warriors (TRW) yang kini terhumban di dasar Liga Perdana.

Selain itu, Kamarudin turut menyelar tindakan Bibi Ramjani yang sewenang-wenangnya mahu menyerahkan jawatan nombor satu itu menerusi ‘jalan belakang’ tanpa  mengikut perlembagaan persatuan berkenaan.

“Bibi kata dia nak beri kalau sesiapa nak ambil jawatan itu. Sebenarnya, tidak boleh macam tu kerana ini adalah persatuan dan bukannya harta pusaka.

“Kena melalui pemilihan, bukan main ganti macam tu sahaja. Persatuan ada kaedah tertentu, ada saluran yang betul.

“Calon presiden baru Datuk Seri Amril (Aiman) juga perlu berjumpa dengan PBJ jika berminat mahu ambil alih tampuk pentadbiran KAFA,” katanya.

Man City pertahan kejuaraan EPL

PIALA Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini sah milik Manchester City selepas menundukkan Brighton & Hove Albion 4-1 dalam perlawanan terakhir di Stadium AMEX, sebentar tadi.

Manchester City dinobat sebagai  juara EPL selepas mengumpul 98 mata berbanding Liverpool yang mengumpul 97 mata.

Berdepan Brighton, City bagaimanapun dikejutkan gol pendahuluan oleh pasukan lawan menerusi jaringan Glenn Murray pada minit ke-27.

Tersentak jaringan itu City membalas serangan dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Sergio Aguero seminit berselang.

Manchester City dinobat sebagai juara EPL selepas mengumpul 98 mata berbanding Liverpool yang mengumpul 97 mata. - Foto REUTERS

10 minit kemudian Aymeric Laporte meletakkan City di hadapan sebelum menutup babak pertama.

Riyad Mahrez cemerlang membuka aksi babak kedua dengan jaringan menarik untuk meletakkan City selesa 3-1.

Ilkay Gundogan mengesahkan kejuaraan City kali ini dengan menjaringkan gol ke-empat pada minit ke-71 untuk kemenangan 4-1.

EPL: Kemarau 29 tahun Liverpool berterusan

ANFIELD: Penantian 29 tahun Liverpool untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) berterusan apabila terpaksa berpuas hati untuk muncul naib juara musim ini, meskipun menewaskan Wolverhampton Wanderers 2-0 awal pagi ini.

Kejayaan anak buah Juergen Klopp menerusi dua jaringan Sadio Mane di Anfield tidak bermakna selepas Manchester City mencatatkan kemenangan 4-1 keatas Brighton & Hove Albion, sekali gus mempertahan kejuaraan untuk dua tahun berturut-turut.

Lebih memilukan apabila Liverpool memungut 97 mata, dipisahkan hanya satu mata dengan City.

“Selagi City masih beraksi dengan kualiti dan kuasa kewangan sedia ada, bukan mudah untuk mana-mana pasukan untuk memintas. Yang itu pasti,” kata jurulatih dari Jerman, Juergen Klopp.

Kejayaan anak buah Juergen Klopp menerusi dua jaringan Sadio Mane di Anfield tidak bermakna selepas Manchester City mencatatkan kemenangan 4-1. - Foto REUTERS
“Liverpool hampir sempurna untuk menjulang Liga Perdana, itu pandangan saya. Musim ini amat panjang dan mencabar. Anda perlu menghadapi kekurangan ini.

“Liverpool sentiasa kompetitif. City mendapat mata yang diperlukan kerana kami berikan saingan. City mendapat 198 mata dalam tempoh dua tahun, itu istimewa,” kata Klopp lagi.

Pada pertengahan minggu lalu, Liverpool meraikan kemaraan ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah apabila menewaskan kelab Sepanyol, Barcelona 4-0 pada perlawanan separuh akhir kedua.

Atlet luncur ais dakwa jadi mangsa MISF

KUALA LUMPUR: Pasukan atlet luncur ais lelaki negara yang meraih pingat emas pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 mendakwa mereka tidak dapat mengulangi pencapaian tersebut selepas diusir daripada skuad negara oleh Persekutuan Luncur Ais Malaysia (MISF).

Atlet-atlet berkenaan sebelum ini di bawah naungan Persatuan Luncur Ais Malaysia (ISAM) dan selepas pendaftaran persatuan itu dibatalkan oleh Pesuruhjaya Sukan pada Mei tahun lalu, Persekutuan Luncur Ais Malaysia (MISF) ditubuh dan diiktiraf pada Disember lalu sebagai badan induk baharu sukan berkenaan.

Pendaftaran ISAM dibatalkan selepas gagal mengemukakan laporan kewangan dari 2008 hingga 2017 kepada Pesuruhjaya Sukan.

Bagaimanapun, atlet negara di bawah ISAM sebelum ini ‘terperangkap’ apabila MISF menyingkirkan mereka daripada skuad negara tanpa alasan yang munasabah sehingga sesi latihan terpaksa dilakukan secara persendirian.

Salah seorang atlet negara, yang menjadi mangsa, Muhammad Ammer Iman Fadzil, mendakwa beliau dan rakan sepasukannya telah disingkirkan daripada skuad negara oleh MISF, sekali gus menutup peluang mereka untuk mempertahankan pingat emas di Filipina.

Pemenang emas acara 3,000m short track berpasukan pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 itu mendakwa tindakan itu adalah tidak adil dan Kementerian Belia dan Sukan terlepas perhatian terhadap masalah yang dihadapi mereka.

Menurutnya atlet berusia 17 tahun itu, krisis dengan MISF telah menjejaskan sesi latihan persendirian yang dilakukan oleh mereka dengan harapan dapat dipanggil balik mewakili negara.

“MISF memberi tekanan kepada kami… mereka mengusir kami daripada skuad negara dan menyatakan kami tidak boleh menyertai Sukan SEA tanpa memberi sebab,” katanya.

Selain, Muhammad Ammer Iman, anggota pasukan itu dibarisi Khairil Ridhwan Khalil, Ariff Rasydan Fadzil, Hazim Syahmi Shahrum dan Wong De-vin.

Seorang lagi atlet negara, Chew Sze Chyi berharap krisis antara atlet ISAM dengan MISF dapat diselesaikan supaya beliau dapat memenuhi impian untuk beraksi di Filipina.

“Saya menjadi atlet simpanan pada Sukan SEA lalu dan berharap tahun ini dapat bertanding. Harap-harap semua isu dalaman dapat diselesaikan segara supaya boleh melakukan persiapan dengan lancar,” katanya.

Sementara itu, bekas ketua jurulatih skuad Sukan SEA Kuala Lumpur, Tan Bee Leng berkata, agak, mustahil untuk Malaysia mengulangi pencapaian lima emas dan tiga gangsa pada temasya kali ini memandangkan hanya tinggal enam bulan sebelum temasya dwitahunan itu bermula.

“Saya fikir kita tidak begitu bersedia kali ini. Pada pandangan saya, kita hanya mampu mencapai tiga emas. Persediaan negara peserta lain sudah di tahap yang tinggi dengan kebanyakan mereka menghantar atlet ke Korea Selatan dan Amerika Syarikat untuk latihan tetapi kita masih belum melakukan persediaan seperti itu,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung, Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Mohd Nazifuddin Najib mengesahkan pihaknya hanya berurusan dengan MISF termasuk soal pemilihan atlet ke Sukan SEA Filipina.

Beliau berkata pendaftaran ISAM telah dibatalkan dan MOM turut membatalkan pendaftaran persatuan itu sebagai ahli gabungan MOM.

Bagaimanapun, katanya, proses pemilihan atlet dilakukan oleh MOM, Majlis Sukan Negara. Institut Sukan Negara dan anggota bebas jawatankuasa pemilihan MOM.

“Buat masa ini, kami belum menerima sebarang aduan. Mereka yang tidak berpuas hati dengan proses pemilihan atlet ke Sukan SEA 2019, boleh mengemukakan aduan,” katanya.