4 important tips for Brazilian Jiu-jitsu beginners by Ann Osman

BRAZILIAN Jiu-Jitsu is a martial art focused on grappling, and it teaches a practitioner various tricks of the submission game.

At the competition level, it has proven to be immensely valuable, and it is the primary tool of some of ONE Championship’s biggest stars such as Adriano Moraes, Bibiano Fernandes, Shinya Aoki, and Marat Gafurov.

The popularity of “the gentle art,” as it has been called,” has been steadily on the rise. If you’re looking to start your BJJ journey, here are four valuable tips from Malaysia’s martial arts queen, Ann “Athena” Osman.

#1 Be patient

To be successful at Brazilian Jiu-Jitsu, it requires a lot of hours on the mat and practice in mastering the complex techniques.

In order to advance up the belt system and perfect the moves, it will require plenty of patience.

“Remember, BJJ is not a one-off class, but instead a journey you embark on,” Ann shared.

“Everything on your first day might seem a bit weird, but hang in there. There are various strategies and techniques you will learn over the course of a month or a year, so be patient.”

#2 Write down your drills in a notebook

Constant drilling and sparring sessions will teach you hundreds of skills such as hip escapes, bridging, sweeping, and submission moves.

Since there is so much to learn, Ann encourages you to write everything down in a notebook.

To this very day, the Borneo Tribal Squad representative still writes valuable notes down to help her prosper during grappling tournaments and sessions.

#3 Find a best friend

Ann’s BJJ classes with fellow Malaysian athlete AJ “Pyro” Lias Mansor usually lasts for a good hour or so, but the 32-year-old’s grind does not stop there.

Instead, the highly-disciplined Sabahan chooses to spend a couple more minutes to recap what she learned throughout the day.

“Practice what you’ve learned during the class by finding a best friend or a partner,” she said. “This helps you remember the drills you’ve been taught.”

#4 Practice good hygiene

Though it may not have anything to do with the sport, one of the most vital tips from “Athena” has to do with cleanliness.

According to Ann, no one likes to train with someone who has poor hygiene.

“Always keep your hygiene in check,” she explained. “It’s a really small thing, but it instills good discipline on you. Attend your classes with a clean gi, bring a small towel to wipe down the sweat, and please, cut your nails.”

Manchester City sebelah tangan pegang trofi EPL?

MANCHESTER CITY berada di landasan yang betul untuk mempertahankan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Manchester United 2-0 pada pagi Khamis.

Dengan baki tiga perlawanan lagi untuk musim ini, City berada di puncak liga dengan hanya satu mata di depan Liverpool.

Mampukah City bertahan di puncak dan menafikan kejuaraan gelaran liga utama Inggeris yang ditagih Liverpool?

Berdasarkan lawan kedua-dua pasukan bagi tiga perlawanan terakhir musim ini, City dan Liverpool mampu mengutip baki tiga mata maksimum.

Ia bakal menyaksikan City berjaya mempertahankan gelaran dengan mengumpul 98 mata dan Liverpool, 97 mata.

Di atas kertas, United adalah cabaran terakhir buat skuad bimbingan Pep Guardiola dengan baki perlawanan menentang pasukan bawahan seperti Burnley, Leicester City dan Brighton.

Kedudukan EPL selepas 35 perlawanan.

Burnley lawan Manchester City

Pertembungan pertama City dalam baki tiga perlawanan musim ini adalah menentang Burnley pada 28 April, jam 9:05 malam.

Skuad bimbingan Sean Dyche itu akan menerima kunjungan City di Turf Moor, kehilangan empat pemain berpengalaman yang belum pulih daripada kecederaan termasuk Peter Crouch, Phil Bardsley, Aaron Lennon dan juga Steven Defour.

Walaupun tonggak utama, Kevin de Bruyne cedera, anak buah Guardiola dijangka melakar kemenangan mudah di Turf Moor berdasarkan pada prestasi semasa selain berjaya membelasah Burnley 5-0 di Stadium Etihad pada Oktober tahun lepas.

Manchester City semakin hampir pegang trofi EPL.

Manchester City lawan Leicester City

Kemudian, City akan menentang Leicester City, pada 7 Mei jam 3 pagi di Stadium Etihad.

Leicester bimbingan bekas pengurus Liverpool, Brendan Rodgers mewarisi skuad yang berjaya menewaskan City 2-1 di Stadium King Power pada Boxing Day tahun lepas.

Dengan tiada kecederaan dilaporkan setakat ini, Leicester adalah pasukan terakhir yang mungkin mampu mencipta kejutan atau sekurang-kurangnya mencuri satu mata daripada perlawanan itu.

Brighton lawan Manchester City

Perlawanan terakhir City musim ini adalah menentang pendatang baru EPL, Brighton and Hove Albion pada 12 Mei jam 10 malam.

Brighton yang menduduki tangga ke-16 liga buat masa ini kemungkinan besar masih memerlukan tiga mata penuh untuk memastikan mereka terus selamat daripada tersingkir ke liga bawahan.

Bagaimana pula Liverpool?

Liverpool tidak mampu melakukan apa-apa lagi untuk merangkul kejuaraan ke-19 jika City tidak tercicir mata dan takdir bukan lagi di tangan mereka.

Baki tiga perlawanan ini adalah hanya untuk memberikan yang terbaik dan menjaringkan sebanyak gol yang mungkin untuk merapatkan juarang perbezaan gol dengan City.

Liverpool lawan Huddersfield

Kemenangan ke atas pasukan yang sudah tersingkir, Huddersfield Town pada awal pagi Sabtu amat penting untuk meneruskan tekanan kepada City selaku pendahulu liga.

Pertemuan dua pasukan ini pada Oktober tahun lepas menyaksikan Liverpool menang tipis 1-0 di Stadium John Smith, hasil jaringan Mohamed Salah.

Newcastle lawan Liverpool

Kemudian Liverpool akan bertandang ke St. James’ Park untuk menentang Newcastle, yang dibimbing oleh seorang lagi bekas pengurus Liverpool, Rafael Benitez.

Newcastle yang mencatat dua kemenangan berturut-turut selepas menewaskan West Ham United 2-0 dan Everton 3-2, sudahpun terselamat dari zon penyingkiran.

Kali terakhir dua pasukan ini bertemu, Liverpool membelasah Newcastle 4-0 di Anfield dan dijangka memperoleh kemenangan ke atas the Toons pada perlawanan yang akan berlangsung pada 5 Mei jam 2:45 pagi.

Benitez adalah salah seorang pengurus kesayangan penyokong Liverpool, selepas membimbing pasukan itu menjuarai Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada 2005.

Namun pengendali Sepanyol itu sudah pasti mahu mencari kemenangan untuk meningkatkan reputasinya sebagai pengurus, memandangkan kontraknya akan tamat musim ini.

Liverpool lawan Wolverhampton

Perlawanan terakhir Liverpool menentang Wolverhampton Wanderers bakal menjadi penentu kepada kejuaraan adalah milik mereka ataupun tidak, jika City tercicir mata menentang Leicester.

Walaupun pendatang baru dalam EPL, Wolves sudahpun berjaya menumbangkan pasukan yang berada dalam kelompok enam yang terbaik, termasuk menyingkirkan Liverpool dari saingan Piala FA untuk dua musim ini berturut-turut.

Liverpool kehilangan tonggak utama, Fabinho akibat kecederaan.

Namun Liverpool berjaya melakar kemenangan 2-0 ke atas Wolves di Stadium Molineux pada Disember tahun lepas.

Walaupun hanya kalah sekali musim ini, Liverpool hanya boleh menamatkan musim ini selaku juara liga utama Inggeris, jika berjaya memenangi kesemua baki perlawanan musim ini selain mengharapkan City tercicir mata pada salah satu baki perlawanan musim ini.

Berdasarkan undian di akaun Twitter Bual Bola Astro Awani, 53 peratus mahu melihat Liverpool muncul juara EPL musim ini.

Jadi, pasukan mana yang anda mahu lihat menjulang trofi EPL musim ini?

Solskjaer: United tidak cukup bagus untuk saingi City

PENGURUS Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, akur dengan jurang kualiti di antara pasukannya dengan Manchester City selepas tewas 0-2 dalam aksi di Old Trafford, awal pagi Khamis.

United dibelasah Everton 4-0, hujung minggu lalu dan Solskjaer merombak pasukannya dalam aksi ‘derby’ Manchester itu.

Sebanyak lima pertukaran dilakukannya dalam kesebelasan utama bagi mendorong aksi seimbang dalam separuh masa pertama yang berakhir tanpa jaringan.

“Kami memberikan reaksi, namun pada akhirnya, kami tewas kepada pasukan yang lebih baik,” katanya kepada Sky Sports.

“Bagaimanapun, kami menerima reaksi daripada penyokong dan pemain untuk melakukan percubaan dan terus berusaha.

“Ia tidak selalu menemui sasaran, namun anda dapat lihat usaha yang dilakukan mereka.

“Ia belum cukup bagus. Tedapat perbezaan daripada segi kualiti.

“Disebabkan itu mereka berada di atas dan kami berada di mana kami berada sekarang.

“Mereka telah menetapkan standard mereka.

“Ia terpulang kepada kami untuk menutup jurang itu dan memintas mereka.

“Kami hanya perlu berusaha lagi,” katanya.

Kapten pelawat, Vincent Kompany, dan Oleksandr Zinchenko, dilayangkan kad kuning dalam separuh masa pertama ketika mengekang serangan United, namun Solskjaer memuji gaya permainan City yang kurang disenangi Pep Guardiola itu.

“City mahu memenangi kembali (bola) dan dengan lebih agresif, ia pasti akan menjadi kekasaran.

“Anda mahukan pasukan seperti itu. Mereka membawa bola ke hadapan dan sentiasa mahu memenanginya kembali.

“Mereka menghalang kami dengan amat baik,” tambahnya.

Menjelang pertemuan penting United dengan Chelsea, hujung minggu ini dan juga kekalahan Arsenal kepada Wolves yang membuka kembali perebutan kedudukan empat teratas, Solskjaer ada pesanan buat penjaga golnya itu.

“David juga melakukan aksi menyelamat luar biasa. Dia memiliki standard yang tinggi.

“Ketika berdepan situasi seperti ini, kami perlu kekal bersatu, melupakan segala yang terjadi, tidak bertindak terburu-buru dan terus berusaha.

“Kami perlu kembali berjuang pada Ahad ini,” katanya.

Manchester adalah Biru!

PELUANG Manchester City raih kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) semakin cerah.

Ia selepas skuad kendalian Pep Guardiola itu berjaya tewaskan Manchester United 2-0 dalam perlawanan di Old Trafford pada pagi Khamis.

Sepakan rendah oleh Bernardo Silva catat gol pertama The Citizens pada minit ke-54.

Susulan itu Leroy Sane tambah derita The Red Devils enam minit kemudian.

Kemenangan itu menyaksikan Manchester City mendahului Liverpool satu mata di persada liga.

City turut mencatat rekod baharu dalam jumlah jaringan bagi satu musim di EPL, dengan 157 gol setakat ini.

City memecahkan rekod mereka sendiri yang dilakar bersama bekas pengurus, Manuel Pellegrini, pada musim 2013-14 di mana mereka turut meraih kejuaraan Liga Perdana dan Piala Liga (EFL).

Selepas memenangi aksi ‘derby’ itu, City akan bergelar juara andai memenangi tiga baki perlawanan musim ini bermula dengan kunjungan ke Burnley, hujung minggu ini.

Sementara itu, United kini dibolosi dalam 12 perlawanan berturut-turut untuk menjadi rekod terburuk sejak Ogos 1971.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu kini mengalami tujuh kekalahan daripada sembilan perlawanan terakhir untuk ketinggalan tiga mata di belakang pasukan di tangga keempat, Chelsea, bagi perebutan tempat ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Macam The Flash: Remaja 15 tahun ini bakal jadi Usain Bolt Malaysia?

LARIAN seorang pelajar yang menyertai acara 100m di Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2019 (MSSM) menjadi bualan hangat para netizen di laman Facebook.

Menerusi video yang dimuat naik Team Malaysia di laman Facebook, larian remaja yang baru sahaja berusia 15 tahun, Muhammad Azeem Mohd Fahmi cukup pantas meninggalkan peserta yang lain.

Atlet muda yang berasal Perak itu berjaya mencatatkan larian 10.63 saat (s).

Komen Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi entri di akaun Twitter peribadinya pula berharap bakat Muhammad Azeem dapat digilap dan tidak dibazirkan.

“Beliau Usain Bolt Malaysia. Majlis Sukan Negara Malaysia dan Institut Sukan Negara Malaysia perlu pastikan bakat beliau tidak dibazirkan,” katanya di laman Twitter.

Nama atlet muda tersebut sebenarnya tidak asing lagi di dunia pecut.

Sebelum ini, beliau memecahkan dua rekod temasya pada Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara 2019 di Kompleks Sukan Ilagan di Bandar Ilagan, Filipina pada 3 Mac lalu.

Digelar “Putera Pecut” ASEAN, beliau meraih pingat emas acara 100 meter (m) dengan mencatat rekod baharu kejohanan iaitu 10.63s sekali gus merupakan catatan terbaharu rekod kebangsaan di bawah 15 tahun.

Pochettino harap Eriksen kekal di Spurs

TOTTENHAM HOTSPUR 1 BRIGHTON & HOVE ALBION 0

Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino, masih belum berputus asa untuk berharap Christian Eriksen akan memanjangkan kontraknya walaupun pemain tengah itu hanya mempunyai perjanjian yang berbaki 14 bulan.

Eriksen menyertai Spurs dari Ajax pada 2013 dan telah menjadi watak penting sebagai salah seorang perancang terbaik dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dia meneruskan aksi cemerlangnya dengan menjaringkan gol tunggal pada lewat perlawanan ketika Spurs menewaskan Brighton and Hove Albion 1-0 di Stadium Tottenham Hotspur, awal pagi Rabu.

Ketika ditanya mengenai perkembangan terkini tentang perbincangannya dengan Eriksen, Pochettino memberitahu wartawan: “Saya fikir saya sudah jelas mengenainya sejak beberapa bulan lalu.

“Ia situasi yang sangat istimewa. Christian adalah seorang yang istimewa.

“Saya berasakan kami semua istimewa, berbeza dan kami perlu memahaminya.

“Waktu yang diperlukan untuk dia atau kelab ini mencapai persetujuan mungkin berbeza dengan pemain lain.

“Saya berharap dan saya berdoa agar Christian dapat bersama kami pada masa akan datang, namun kami dan Christian amat terbuka untuk berbincang dan kita akan lihat apa yang akan terjadi.

“Saya fikir ia pasti akan menghampiri penghujung musim ini, masih terdapat banyak waktu untuk berbincang selepas ini dan saya berasakan perkara yang penting ketika ini bukan sahaja dia tetapi buat kesemua pemain terus fokus dan meraih sesuatu yang kami inginkan.

“Kami mempunyai banyak perkara besar yang akan tiba dan kami perlu sentiasa fokus untuk mencuba, berlatih dan bersaing,” katanya.

Eriksen mencuri tumpuan sejak akhir-akhir ini dan gol kemenangannya ke atas Brighton membuktikan persembahan terbaiknya di atas padang yang membuatkan Pochettino memberikan pujian terhadap kemahiran teknikal yang dimiliki pemain itu.

“Dia mempunyai kualiti yang luar biasa.

“Dia boleh melakukan percubaan dari luar kotak penalti dan rembatan daripada kaki kiri dan kanannya amat luar biasa.

“Sudah pasti ia berkaitan dengan mentaliti juga, namun jika anda tidak memiliki kualiti, anda boleh melakukan 10 percubaan tanpa penjaga gol dan masih gagal menjaringkan gol.

“Christian boleh melakukan percubaan dan menjaringkan gol,” tambahnya.

Brighton kini semakin menghampiri zon penyingkiran dan pengurus pasukan, Chris Hughton, mengakui ia sangat perit untuk pasukannya ditewaskan pada penghujung perlawanan.

“Itulah yang kami rasakan,” katanya ketika ditanya sama ada ia kekalahan yang menyedihkan.

“Kami mempunyai sedikit tuah ketika bertandang ke sini dengan percubaan mereka terkena palang dan kami bertahan dengan baik.

“Semakin lama ia berlangsung, saya berasakan kami mampu untuk mempertahankannya andai kami beraksi semakin baik pada penghujung perlawanan.

“Pemain tengah kedua-dua pasukan beraksi dengan amat baik.

“Ia situasi yang menekan, namun kami perlu melaluinya dan kami perlu menyesuaikan diri.

“Kami masih berpeluang ketika menantikan kunjungan Newcastle United (awal pagi Ahad ini),” katanya.

FAM akan bantu, bimbing SAFA

PERSATUAN Bola Sepak Sabah (SAFA) perlu melengkapkan permohonan seterusnya mendapatkan lesen kelab sekiranya pasukan utama negeri itu ingin memasang impian beraksi dalam Liga Super, musim depan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata pihak FAM bagaimanapun akan membantu serta membimbing SAFA sehingga mereka layak memperoleh lesen berkenaan.

“Pelesenan kelab ini bukan saja penting sekiranya Sabah layak beraksi dalam Liga Super tetapi perkara itu juga adalah mandatori bagi pasukan-pasukan yang akan beraksi dalam Liga Perdana mulai musim depan.

“Kalau ada rezeki, mungkin boleh Sabah naik ke Liga Super, saya tengok dengan keupayaan pada tahun ini dengan perlawanan ada lagi 10 atau 11, Sabah perlu bersedia untuk melengkapkan lesen kelab Liga Super.

“Bagaimanapun, untuk Liga Perdana pula, lesen kelab adalah mandatori, jadi ini semua mustahak kerana saya tidak mahu terjadi pada mana-mana kelab sebelum ini yang layak tetapi tidak dapat memasuki Liga Super atas dasar tidak menepati hak pelesenan.

“Saya sudah janji dengan SAFA dengan komitmen tinggi, Insya-Allah Sabah akan dapat lesen kelab. Hanya doakan Sabah berjaya naik ke Liga Super,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin SAFA di Kota Kinabalu.

Sementara itu, Timbalan Presiden 2 SAFA, Datuk Rahman Zakaria, berkata SAFA kini dalam proses bagi melengkapkan permohonan mereka dan berharap dengan bantuan serta bimbingan FAM, mereka akan berjaya mendapatkan lesen kelab tahun ini.

“Ia (permohonan lesen kelab) dalam proses, kami akan maklumkan perkembangannya nanti, namun saya percaya dengan bantuan serta bimbingan FAM, kami akan sampai ke arah itu nanti,” katanya.

Terdahulu, Hamidin berkata tujuan beliau bersama ahli-ahli exco FAM berkunjung ke Sabah adalah bagi memberi penerangan kepada SAFA yang juga ahli gabungan persatuan itu berhubung misi dan visi mereka supaya FAM dan SAFA seiring.

“Kami juga memberi penerangan dan gambaran jelas mengenai program F:30 yang telah kami lancarkan pada Oktober lalu bersama dengan presiden FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa).

“Selain itu, kami juga memberi penerangan mengenai program inisiatif FAM, iaitu Projek Pemerkasaan Ahli Gabungan (ACE) di mana SAFA boleh memohon untik menguatkan struktur bola sepak mereka daripada segi teknikal, perbelanjaan, pamasaran, media, perundangan dan lain-lain lagi, termasuk pelesenan kelab,” katanya.

Sathianathan tutup mulut pengkritik

KETUA jurulatih Selangor, B. Sathianathan, menutup mulut pengkritik yang sering kali mempertikaikan prestasi pasukannya selepas meraih kemenangan keempat dalam saingan Liga Super dengan menundukkan PKNP FC di Stadium Shah Alam, semalam.

Selangor tidak bermula baik musim ini dan sering dimalukan di laman sendiri.

Bagaimanapun, skuad The Red Giants itu memperbaiki situasi dengan kemenangan 2-1 ke atas PKNP FC itu turut membantu mereka mendaki ke tangga ketiga liga dengan 16 mata.

Keputusan di Shah Alam itu juga menyaksikan Selangor melebarkan rekod tanpa tewas kepada lima perlawanan berturut-turut.

“Jurulatih kena tukar, padang kena tukar, but kena tukar tetapi saya hanya meneruskan kerja saya dan saya memberitahu pemain bahawa kami masih ada harapan.

“Dan jika kerana saya pasukan ini gagal beraksi baik, saya akan pergi.

“Jika anda tanyakan kepada pemain, saya sentiasa memberikan 100 peratus sepanjang masa,” katanya ketika mengulas mengenai kritikan yang dilemparkan kepadanya selama ini.

Berbeza buat PKNP FC, yang kekalahan di tangan Selangor itu menamatkan rekod lima kemenangan berturut-turut dalam saingan Liga Super dan Piala FA sebelum ini.

Ketua jurulatih, Abu Bakar Fadzim, mengakui anak buahnya sedang mengalami keletihan ekoran jadual liga yang terlalu padat.

“Kami mengakui barisan pemain mereka lebih berpengalaman. Ia menjadi pemisah dalam perlawanan malam ini.

“Dalam tempoh tiga hari ini, saya sudah mula nampak beberapa pemain mencuba yang terbaik, cuma mereka melakukan kesilapan teknikal dalam 15 minit pertama yang sepatutnya dapat dielakkan,” katanya.

Penganjuran e-sukan menguntungkan negara – Syed Saddiq

GEORGE TOWN: Penganjuran e-sukan akan menguntungkan negara kerana kerajaan tidak perlu mengeluarkan dana sebaliknya sektor korporat sendiri yang mengeluarkan perbelanjaan untuk menganjurkannya, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata selalunya sektor korporat sendiri akan datang kepada kerajaan bagi mengeluarkan dana menganjurkan e-sukan kerana mereka tahu mampu mengaut keuntungan jutaan ringgit.

“Macam saya maklumkan semalam yang kita (Malaysia) tidak menolak kemungkinan akan membida untuk menganjurkan Piala Dunia Mobile Legends tahun depan dan ini akan menguntungkan negara kerana kerajaan tidak mengeluarkan dana langsung.

“Dalam sektor ini (e-sport), kita nak pastikan sektor korporat datang ke hadapan untuk mengeluarkan dana macam sebelum ini penganjuran Dota Major siapa sangka peminat sukan itu sanggup beli tiket yang mahal untuk datang melihat dan ini memberikan keuntungan kepada penganjur,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Penang Youth Festival, di sini pada Ahad

Menurutnya, hadiah wang tunai yang mencecah jutaan ringgit kepada peserta juga selalunya ditaja oleh penaja.

Semalam, Bernama melaporkan bahawa Syed Saddiq berkata Malaysia tidak menolak kemungkinan akan membida untuk menganjurkan Piala Dunia Mobile Legends tahun depan.

Pembangun e-sukan mudah alih popular Mobile Legends-Moonton merancang untuk mengadakan kejohanan peringkat dunia tahun depan termasuk di peringkat Asia, Eropah dan Amerika Syarikat berikutan peningkatan jumlah pemain di rantau itu.

Mobile Legends merupakan satu permainan video mudah alih dalam talian multi-pemain yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Moonton pada 2016.

Liga Perdana Inggeris: Manchester United terduduk dibelasah Everton 0-4

EVERTON berpesta gol di tempat sendiri selepas menundukkan Manchester United 4-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung malam tadi.

Kekalahan itu menyaksikan skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer kekal di tempat keenam liga.

Everton bermula garang dengan melancarkan asakan bertali arus ke gawang Manchester United, dengan David de Gea menjadi penghalang.

Bagaimanapun, ia tidak kekal lama apabila sepakan gunting Richarlison membuka jaringan pada minit ke-13

Gylfi Sigurdsson terus menambah Luka the Red Devils menerusi jaringan pada minit ke-28.

Harapan Manchester United untuk bangkit pada separuh masa kedua musnah selepas Lucas Digne dan Theo Walcott menambah jaringan pada minit ke-56 dan 64.

Kekalahan di Goodison Park semakin menyukarkan Manchester United untuk merebut tempat empat terbaik seterusnya melayakkan diri ke saingan liga juara-juara Eropah musim depan.