UFC: Ronaldo Souza kembali dengan mesej lebih positif

SELEPAS kekalahan pada acara UFC Fort Lauderdale Ahad lepas, petarung Brazil Ronaldo ‘Jacare’ Souza dilihat begitu sedih dan murung.

Semasa sidang media pasca pertarungannya, Souza berkata, “Saya sedih. Saya melalui kem latihan yang sangat bagus untuk pertarungan ini.

“Saya tidak berasa penat. Tetapi saya tidak mampu pamer aksi cemerlang di Octagon. Ini sangat tidak baik.”

Namun hari ni, Souza tampil dengan mesej yang lebih positif. Dia membuat kenyataan terbaru melalui akaun Instagramnya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua atas sokongan mereka. Lawan saya mempunyai strategi yang bagus dan menang. Sebaik selepas pertarungan, saya sangat sedih dan kecewa.

“Tetapi sekarang Tuhan telah menenangkan hati saya dan walaupun saya tidak menang, saya tidak berasa sedih lagi. Saya berterima kasih pada Tuhan untuk perasaan ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang mempercayai usaha saya dan menyokong saya!

“Saya akan mengambil sedikit masa untuk berehat bersama keluarga saya dan saya akan kembali tidak lama lagi!”

Dengan kekalahan kepada Jack Hermansson, rekod keseluruhan Souza adalah 26-7.

Kedudukan Souza dalam ranking Middleweight UFC juga telah jatuh ke tangga keenam.

Iker Casillas kena serangan jantung

Bekas penjaga gol Real Madrid, Iker Casillas dilaporkan mengalami serangan jantung sewaktu menjalani sesi latihan bersama kelabnya, Porto.

Bagaimanapun, lapor Reuters, pemain dari Sepanyol itu dilaporkan dalam keadaan stabil selepas dirawat di hospital.

Casillas, 37 tahun, yang membuat 167 penampilan sebagai penjaga gol untuk pasukan kebangsaan Sepanyol, mengalami serangan tersebut semasa sesi latihan pagi.

Porto sedang menjalani persiapan menjelang pertemuan mereka dengan Aves untuk saingan Liga Primiera hujung minggu ini.

Penyerang Czech Republic, Josef Sural meninggal dunia

Pemain kebangsaan Republic Czech Josef Sural meninggal dunia dalam kemalangan yang membabitkan sebuah bas mini di Turki.

Menurut entri yang dimuat naik di akaun Twitter rasmi kelab bola sepak Aytemiz Alanyaspor, Sural meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Enam lagi rakannya cedera dalam kejadian tersebut selepas menghadiri satu perlawanan menentang Kayserispor.

Menurut laporan media antarabangsa, pemandu bas mini tersebut terlelap ketika memandu. Ketujuh-tujuh pemain itu menyewa bas mini tersebut manakala ahli kelab lain serta petugas menaiki bas berasingan atau kenderaan sendiri ketika dalam perjalanan selepas perlawanan bola sepak Liga Turki di Kayserispor.

Menurut laporan media antarabangsa, pemandu bas mini tersebut terlelap ketika memandu.  Ketujuh-tujuh pemain itu menyewa bas mini tersebut manakala ahli kelab lain serta petugas menaiki bas berasingan atau kenderaan sendiri ketika dalam perjalanan selepas perlawanan bola sepak Liga Turki di Kayserispor.

Menurut laporan media antarabangsa, pemandu bas mini tersebut terlelap ketika memandu.  Ketujuh-tujuh pemain itu menyewa bas mini tersebut manakala ahli kelab lain serta petugas menaiki bas berasingan atau kenderaan sendiri ketika dalam perjalanan selepas perlawanan bola sepak Liga Turki di Kayserispor.

Bekas pemain Cardiff City dan pemain pertahanan QPR, Steven Caulker berada dalam bas tersebut ketika kejadian.

Satu upacara penghormatan terkakhir turut diadakan bagi memperingati mendiang.

Dalam pada itu, Persatuan Bola Sepak Republic Czech dalam satu kenyataan berkata, mereka turut berduka atas pemergian pemain itu.

Sural sebelum ini sudah tampil dalam 20 perlawanan sejak sertai Alanyaspor pada Januari.

Dasar Kemudahan Sukan Nasional akan diperkenal, elak projek gajah putih – Sim

KUALA LUMPUR: Dasar Kemudahan Sukan Nasional akan diperkenalkan bagi memastikan setiap kemudahan sukan yang dibina pada masa hadapan menepati keperluan dan seterusnya mengelak daripada menjadi projek ‘gajah putih’, Dewan Negara diberitahu pada Selasa.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim Chee Keong berkata dengan kewujudan dasar berkenaan, setiap projek yang dibina akan dinilai secara objektif dan bukan semata-mata diwujudkan mengikut cita rasa dan ‘suara’ politik.

“Kita mahu melihat kemudahan dan infrastruktur sukan memenuhi keperluan di kawasan setempat.

“Kita juga mahu pastikan ia mampu menggemblengkan semua aktiviti sukan dan komuniti di kawasan berkenaan,” katanya ketika menggulung perbahasan Titah Diraja pada persidangan Dewan Negara bagi kementeriannya.

Dalam usaha mengelak kemudahan sedia ada terbiar, Sim berkata setiap pegawai sukan turut digalak menggunakan pendekatan pelbagai peranan, termasuk sebagai ‘programmer’ dengan menganjurkan pelbagai aktiviti di kawasan masing-masing.

Sabah lass Cassandra wins gold at Abu Dhabi world jiu-jitsu championship

KUALA LUMPUR: Brazilian Jiu-jitsu exponent Cassandra J. Poyong made the country proud by becoming the first Malaysian female to win a gold medal in the Abu Dhabi World Masters Jiu-Jitsu Championship 2019.

The 30-year-old Sabahan lass defeated two other contestants, Marianna Jurkiewicz from Poland and Jelsilene Monteiro from Brazil in the women’s under 55kg category.

Commenting on her victory, Poyong who trains at Monarchy MMA gym in Kuala Lumpur said her win was no doubt a team effort.

“It was a team effort, no doubt. From the gruelling training to the crazy weight cuts and insane bath salt soak (this was super crazy) somehow I knew everyone was right behind me, endlessly supporting my decisions and my every move,” she wrote on her Instagram post recently.

Throughout her career in BJJ, Poyong who hails from Kota Kinabalu, had also won two golds in this year’s IBJJF Manila Open, and various gold medals in Malaysia’s very own Copa da Malasia jiu-jitsu tournament.

Running from 20-26 April, the Abu Dhabi World Masters Jiu-Jitsu Championship drew thousands of athletes from around the world, competing for the championship title.

The world stage tournament is regarded as the largest and most important event on the global jiu-jitsu calendar.

This year’s edition has attracted even more of the top champion competitors from around the globe than ever before.

Liverpool pamer aksi lima bintang

LIVERPOOL terus memberi tekanan kepada Manchester City apabila membelasah Huddersfield Town 5-0 di Anfield pada awal pagi Sabtu.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp itu kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan dua mata di hadapan City yang akan bertandang ke Turf Moor untuk menentang Burnley pada Ahad.

The Reds hanya memerlukan 15 saat untuk berada di depan menerusi pemain baru, Naby Keita yang memaksa pertahanan Huddersfield membuat kesilapan sebelum menyudahkan hantaran Mohamed Salah.

Sadio Mane kemudian menjaringkan gol kedua Liverpool selepas menanduk hantaran silang Andy Robertson pada minit ke-23, sebelum Salah menjadikan kedudukan 3-0 pada masa kecederaan babak pertama.

Bersambung di babak kedua, Mane sekali lagi menemui jaring apabila menanduk masuk gol keempat Liverpool hasil hantaran kapten pasukan, Jordan Henderson.

Robertson sekali lagi membantu pasukannya mendapatkan gol dalam perlawanan ini selepas menghantar bola kepada Salah untuk menjaringkan gol kelima pasukan tuan rumah.

Dengan jaringan tersebut, Salah muncul penjaring terbanyak EPL setakat ini dengan 21 gol, diikuti Mane di tempat kedua dengan 20 gol.

Huddersfield yang sudahpun tersingkir dari EPL, menghuni di tangga tercorot liga dengan 14 mata.

Perlawanan ini turut menyaksikan Alex Oxlade-Chamberlain kembali beraksi untuk skuad utama Liverpool apabila masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-73.

Oxlade-Chamberlain tidak beraksi sejak April 2018 akibat kecederaan di bahagian lutut.

Sentuhan emas Messi bantu Barcelona raih gelaran La Liga ke-26

BARCELONA mengesahkan gelaran La Liga Sepanyol yang ke-26 selepas menewaskan Levante 1-0 pada awal pagi Sabtu di Nou Camp.

Gol kemenangan dijaringkan Lionel Messi yang masuk sebagai pemain gantian dalam babak kedua, menggantikan Philippe Coutinho.

Messi menewaskan dua pertahanan Levante sebelum menyepak bola ke dalam gawang Levente, menewaskan penjaga golnya, Aitor Fernandez.

Bagaimanapun Levante nyaris menangguh kemenangan Barcelona apabila dua kali hampir mendapat gol penyamaan.

Jose Luis Morales berjaya melepasi pertahanan Barcelona di bahagian kiri padang namun percubaannya tersasar.

Percubaan Enis Bardhi di penghujung permainan pula terkena tiang sebelum diselamatkan penjaga gol Barca, Marc-Andre ter Stegen.

Dengan kemenangan ini, Barcelona mengutip 83 mata selepas 35 perlawanan, sembilan mata di hadapan pencabar terdekat, Atletico Madrid.

Messi pula muncul pemain La Liga pertama yang memenangi 10 gelaran liga Sepanyol itu.

Ia juga merupakan trofi ke-34 yang dimenangi bintang bola sepak Argentina itu.

Van Dijk diangkat sebagai Pemain Terbaik PFA

PERTAHANAN Liverpool, Virgil van Dijk, memenangi anugerah Pemain Terbaik PFA selepas menempuhi musim yang cemerlang dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pemain kebangsaan Belanda itu telah memainkan peranan yang penting buat The Red mencabar takhta liga musim ini mengejar penyandang juara, Manchester City — persaingan yang bakal ditentukan sehingga perlawanan terakhir musim ini.

Aksi cemerlang Van Dijk merupakan tunjang prestasi cemerlang skuad bimbingan Jurgen Klopp dan dia telah diangkat selaku pemain terbaik dalam anugerah yang dijalankan di London, semalam.

Raheem Sterling, yang telah menjaringkan 17 gol bersama Manchester City, dilihat sebagai pencabar terdekat Van Dijk, tetapi bintang England itu sekadar membawa pulang anugerah Pemain Muda Terbaik PFA.

Rakan sepasukan Sterling bersama City, Bernardo Silva dan Sergio Aguero turut berada dalam senarai utama, sementara penyerang Liverpool, Sadio Mane dan bintang Chelsea, Eden Hazard.

Van Dijk menyertai Liverpool dari Southampton Januari 2018 selaku pertahanan termahal dunia dengan nilai perpindahan mencecah GBP75juta (RM400juta), berjaya membantu pasukan ke final Liga Juara-Juara (UCL) musim lalu.

Pertahanan itu merupakan yang pertama sejak John Terry pada musim 2004-05 untuk merangkul anugerah tersebut, beraksi dalam setiap 36 perlawanan liga musim ini.

Musim lalu, Liverpool bolos 38 gol namun mempamerkan peningkatan apabila sekadar bolos 20 gol dalam msuim ini.

Ia menandakan dalam dua musim berturut-turut menyaksikan pemain Liverpool meraih anugerah tersebut, Mohamed Salah berjaya meraih kejayaan yang sama 12 bulan yang lalu.

Leicester hadiahkan Arsenal rentetan tiga kekalahan 

ARSENAL tumbang buat kali ketiga berturut-turut dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan lebih buruk lagi terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas kelibat Jamie Vardy membayangi kemenangan besar 3-0 Leicester City di Stadium King Power, sebentar tadi.

Kekalahan kepada Crystal Palace dan Wolves, minggu lalu, menjejaskan harapan The Gunners untuk mengukuhkan kedudukan dalam kelompok empat teratas.

Tetapi kekalahan terbaru kepada The Foxes itu bermakna, mereka memerlukan empat mata lagi untuk kelayakan UCL sekiranya Chelsea mengatasi Manchester United, lewat malam ini.

Arsenal membuat langkah sumbang ekoran terjahan lewat Ainsley Maitland-Niles ke atas James Maddison yang membawa kepada insiden kad kuning kedua pada minit ke-36.

Pemain tengah Leicester itu mencetuskan peluang buat jaringan pembukaan Youri Tielemans menerusi tandukan kencang sebelum sejam usia permainan sementara Vardy menemui sentuhan penyudah pada minit ke-86 dan masa kecederaan.

Skuad Brendan Rodgers itu mendominasi perlawanan sebaik tiupan wisel pertama apabila mencipta peluang awal yang dijanak oleh Jonny Evans dan Maddison — tetapi Arsenal memiliki peluang yang lebih terbuka ketika Alexandre Lacazette melancarkan rembatan dari jarak 12 ela di pertengahan babak pertama.

Penjaga gawang The Gunners, Bernd Leno, melakukan aksi menyelamat luar biasa untuk mengekang tandukan Wilfred Ndidi sementara sentuhan Vardy menggegar palang setelah menerima hantaran Marc Albrighton.

Kasper Schmeichel turut diuji di gawang Leicester apabila perlu menafikan percubaan rendah Alex Iwobi dengan kakinya sebelum Maitland-Niles diarah keluar padang.

Leno sekali lagi dipaksa untuk bertindak sebelum rehat dengan mengekang percubaan Vardy.

Leicester terus memberi tekanan sebaik permainan bersambung dan selepas 59 minit perlawanan, mereka menerima ganjaran apabila penyerang, Maddison, menyudahkan hantaran silang Tielemans dari sebelah kanan.

Selepas itu, pemain Belgium itu melepaskan rembatan liar sebelum ketangkasan Leno dituntut untuk menyangkal percubaan Ricardo Pereira dan pemain gantian, Harvey Barnes.

Arsenal yang tenggelam cuba bangkit pada penghujung permainan tetapi dihukum pula dengan gol ke-17 dan ke-18 Vardy dalam kempen musim ini.

Dia menanduk masuk golnya selepas usaha awalnya untuk melepasi Leno terkena palang dan menambah derita skuad kendalian Emery itu dalam masa pemberhentian apabila menolak mudah peluang yang dicipta Pereira.

Zidane jengkel dengan prestasi Madrid

ZINEDINE ZIDANE mengakui dia berasa jengkel dengan kegagalan Real Madrid untuk menewaskan Getafe selepas terikat 0-0 dalam aksi LaLiga di Coliseum Alfonso Perez, awal pagi tadi.

Madrid melengkapkan tiga perlawanan di laman lawan tanpa kemenangan ketika gagal memecah kebuntuan jaringan ke atas skuad kendalian Jose Bordalas di mana Karim Benzema hampir menjadi penjaring pelawat.

Keputusan itu, bagaimanapun, dimanfaatkan Getafe untuk kekal di tangga keempat liga walaupun Sevilla membelasah Rayo Vallecano 5-0 dalam perlawanan lebih awal.

Ia bermakna, mereka masih kekal dalam kelompok kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan dengan hanya berbaki empat perlawanan musim ini.

Madrid pula hampir pasti menamatkan musim di tempat ketiga dan sudah boleh menumpukan kepada musim depan, namun Zidane masih mengharapkan aksi menyerang yang lebih baik daripada pasukannya.

“Kami mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol dan kami tidak memanfaatkannya,” katanya seperti yang dipetik AS.

“Kami agak jengkel dengan keputusan ini, kami sepatutnya memperoleh yang lebih baik.

“Pemain telah memaparkan aksi baik. Kami amat bagus ketika bertahan dan tidak mahu mengambil risiko.

“Kami hanya tidak menjaringkan gol untuk memenangi perlawanan ini.

“Kami agak marah kerana tidak memenangi perlawnan.

“Anda mahu melakukan perubahan (dari bangku simpanan) untuk memperbaiki keadaan.

“Mereka tidak mencipta sesuatu seperti yang saya harapkan. Itulah yang sedang berlaku.

“Perkara baik adalah tidak dibolosi. Perkara lain…”

Zidane memilih untuk terus menggunakan Keylor Navas di benteng terakhir walaupun Thibaut Courtois sudah kembali cergas sepenuhnya dan pemain kebangsaan Costa Rica itu memaparkan aksi menyelamat berganda dalam babak kedua untuk menafikan percubaan Jorge Molina dan Jaime Mata.

Bagaimanapun, Zidane tidak mendedahkan penjaga gol mana yang akan diturunkan untuk berdepan Rayo, hujung minggu ini.

“Kedua-duanya akan diaturkan jurulatih.

“Hari ini Keylor beraksi. Selepas ini, kita akan lihat nanti,” tambahnya.