Idham Pawi kembali beraksi di Moto2 di Grandprix Czech

KUALA LUMPUR: Selepas terlepas enam pusingan perlumbaan, pelumba Moto2 Malaysia Khairul Idham Pawi, akan kembali beraksi pada Grand Prix Czech yang akan berlangsung di Litar Automotodrom Brno, hujung minggu ini.

Khairul Idham yang dikenali sebagai Super KIP, terpaksa berehat dari menyertai perlumbaan sebelum ini, bagi membolehkan beliau pulih daripada kecederaan tangan yang dialaminya di Grand Prix Sepanyol pada Mei.

Pelumba Petronas Sprinta Racing Team berusia 20 tahun itu yang mengemari litar Brno, telah memperolehi keputusan yang baik pada perlumbaan sebelum ini di litar itu, berharap akan dapat mengejar semula kedudukannya, dengan memperolehi mata perlumbaan pada Ahad.

“Pemulihan berjalan dengan baik, namun jari saya masih belum 100 peratus pulih dari segi kekuatan atau kelenturan.

“Kami berusaha untuk bersedia secepat mungkin, dan saya bekerja keras dengan fisioterapi saya bagi memastikan ia akan menjadi lebih baik tidak lama lagi.

“Ia belum pulih sepenuhnya, tetapi ia bukan satu masalah untuk menunggang dan saya semakin kuat setiap hari.

“Saya suka litar Brno kerana ianya mempunyai banyak selekoh laju dan saya mempunyai kenangan yang baik pada kedua-dua Moto2 dan Moto3, jadi saya akan mencuba sebaiknya,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pelumba kelahiran Perak itu menetapkan sasaran untuk kekal 15 terbaik, kerana beliau tahu sukar untuk beliau menduduki tempat lebih baik selepas ketinggalan enam pusingan perlumbaan.

“Sasaran saya adalah untuk kekal di kedudukan 15 terbaik, kerana saya ketinggalan banyak pusingan, jadi agak sukar untuk mengejar kedudukan lebih baik dengan pelumba lain berlumba secara terus, manakala saya tidak berlumba.

“Sokongan daripada pasukan, keluarga dan peminat saya amat penting, dan ia memberikan saya motivasi. Saya perlu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Doktor Mir dan pasukannya kerana mereka telah lakukan yang terbaik, menyelamatkan jari saya,” katanya.

Aksi Moto2 di Litar Automotodrom Brno bermula Jumaat (2 Ogos) pada 10:55 pagi waktu tempatan (4.55 petang waktu Malaysia) dengan perlumbaan pada Ahad 12.30 tengah hari waktu tempatan (6.30 petang waktu Malaysia).

Dua pelumba Petronas Yamaha SRT sedia berlumba selepas rehat musim panas

KUALA LUMPUR: Pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli, tidak sabar untuk berlumba semula, pada Perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) yang akan berlangsung di Czech GP di litar Automotodrom Brno.

Quartararo yang kini di tempat kelapan dengan 67 mata, bersedia untuk kembali cemerlang di Brno, selepas gagal mengutip sebarang mata pada perlumbaan terakhir di GP Jerman.

Bagaimanapun dengan masa yang mencukupi untuk pulih selepas menjalani pembedahan di tangannya pada May, beliau yakin akan dapat kembali ke prestasi sebelum ini, yang menyaksikan beliau berjaya menaiki podium dua kali, apabila beraksi di Brno.

“Brno merupakan satu litar yang saya suka, kerana ia pantas, dengan pendakian dan pertukaran arah dan tidak terlalu banyak laluan lurus. Saya telah berehat mencukupi untuk tangan dan bahu saya sembuh dan telah berlatih keras, bersedia untuk menghabiskan musim ini.

“Tangan dan bahu saya sudah pulih dan saya telah menunggang motocross untuk mengesahkannya. Saya mahu tahu bagaimana akan rasa ketika berlumba. Saya harapkan ia akan sama seperti perlumbaan sebelum ini, dalam kedudukan lapan terbaik. Kami juga tahu kami boleh sangat pantas pada sesi kelayakan, jadi kami boleh mengharapkan yang terbaik, ” kata Quartararo dalam kenyataan dikeluarkan pasukan.

Rakan sepasukan Morbidelli juga mengharapkan keputusan yang baik, untuk perbaiki prestasi yang meletakkannya kini di tempat ke-11, dengan 52 mata kejohanan.

Dengan litar yang sesuai untuk cara beliau berlumba dan jentera Yamaha YZR-M1, Morbidelli yakin yang beliau boleh kembali ke-10 teratas pada perlumbaan 4 Ogos.

“Brno merupakan salah satu daripada litar terbaik dalam kalendar perlumbaan dan ia sesuai untuk Yamaha, jadi saya tidak sabar untuk ke sana. Saya rasakan yang kami agak baik dalam beberapa perlumbaan sebelum ini dan saya harap saya boleh bermula dari sana dan perbaiki di mana yang kami tinggalkan.

“Sukar untuk nyatakan sasaran, kerana ia bergantung kepada orang lain juga, tetapi kami boleh menjadi kompetetif dan menyasarkan kedudukan lima terbaik,” kata Morbidelli.

Perlumbaan di Automotodrom Brno akan bermula pada Jumaat 2 Ogos, dengan latihan bebas bermula 9.55 pagi waktu tempatan (3.55pm waktu Malaysia) dan perlumbaan bermula 2 petang waktu tempatan (8.00pm waktu Malaysia) pada Ahad 4 Ogos.

Jordan Boy awaiting next challenge in ONE Championship

KUALA LUMPUR: Mohammed “Jordan Boy” Mahmoud thrives whenever an opportunity emerges.

The Kuala Lumpur-based striker is eager to return to the Circle to test his abilities once again, barely a month after sealing his 32nd career win in Kuala Lumpur.

“I think I’m ready to have a get in the ring again,” Mohammed said with a smile. “As an athlete, you have to be ready at any given time, providing you do not encounter any injuries or other issues.”

His desire to compete against anyone regardless of the situation has made him one of the rising stars from Malaysia at The Home of Martial Arts.

With five appearances between December and July, the Sampuri Muay Thai Gym star has proven that he can test his skills regularly on the international stage.

Mohammed’s latest victory saw him register a hard-fought decision win against fellow countryman Saiful “The Vampire” Merican at ONE: MASTERS OF DESTINY on 12 July.

It was no easy win given Saiful’s experience and proficiency in “the art of eight limbs.”

“My family and fans know I love fighting, and I would never turn an offer down,” 23-year-old Mohammed said.

“I’m trying to improve all my shortcomings in every fight. I believe training outside my regular gym has also given me some much-needed abilities.

He added, “I’m still young, and I have a lot to learn in Muay Thai and my daily life.”

Not many martial artists his age have achieved similar success, and the Kedah native revealed that this is the sole reason why he never turns down an opportunity.

According to the Muay Thai athlete, younger stars should never be afraid to test themselves against anyone. After all, the more you compete, the better you become.

“Firstly, I wouldn’t like to compare myself against other countries such as Thailand. Some of these guys started before they even became teenagers. I started way later than some of these guys, but I never quit,” he revealed.

“I believe that’s the key in Malaysia. Because martial arts or Muay Thai is still growing, and if you turn down a chance, you might not receive it again.”

UFC 240: Cris Cyborg hadiahkan kekalahan pertama Felicia Spencer

ACARA UFC 240 yang berlangsung di Alberta, Kanada pada Ahad menyaksikan kekalahan pertama buat petarung tuan rumah, Felicia Spencer.

Dalam aksi ‘co-main’ event featherweight wanita itu, Spencer dikalahkan oleh petarung berpengalaman dari Brazil, Cris Cyborg menerusi keputusan sebulat suara.

Meskipun hanya berpengalaman bertarung sebanyak tujuh pertarungan berbanding Cyborg yang telah bertarung sebanyak 23 kali, Spencer ternyata bukan lawan yang mudah.

Pada pusingan pertama, Spencer diasak oleh Cyborg yang telah melepaskan tendangan padu ke bahagian kepalanya.

Bagaimanapun, Spencer berjaya mara ke hadapan dan menyiku dahi Cyborg hingga terkoyak, mengakibatkan darah mengalir dengan banyak di bahagian tersebut.

Dia kemudiannya menghimpit Cyborg ke tepi gelanggang dan cuba mengunci pergerakan lawannya itu, namun berjaya digagalkan oleh Cyborg.

Berbekalkan pengalaman selama 14 tahun sebagai petarung seni bela diri campuran (MMA) professional, ternyata Cyborg tidak mudah rebah.

Pusingan kedua pula menyaksikan Cyborg agak keletihan di mana serangan kakinya berjaya ditangkap oleh Spencer.

Namun, dengan kuderat yang ada, Cyborg berkaya menjatuhkan Spencer dan melakukan tumbukan ‘ground and pound’.

Spencer kemudiannya sekali lagi cuba mengunci lengan Cyborg, namun tidak berjaya.

Pada pusingan ketiga dan terakhir pula, kedua-dua petarung saling bertukar tumbukan dan tendangan.

Cyborg yang dilihat kembali bertenaga, melancarkan beberapa siri tumbukan padu hingga ke saat akhir pusingan.

Sesudah tamat perlawanan, pengadil mengisytiharkan kemenangan kepada Cyborg menerusi keputusan sebulat suara juri.

Bagi Spencer pula, komuniti MMA memberikannya satu penghormatan yang tinggi atas semangat dan kecekalan yang ditunjukkannya sepanjang pertarungan.

Walaupun masih baharu, Spencer mampu bertahan selama 15 minit di dalam Octagon berdepan Cyborg.

Dengan keputusan pertarungan ini, Cyborg kini memegang rekod MMA 21-2-(1 NC) manakala rekod Spencer pula menjadi 7-1.

Durakovic tekad mahu tamatkan kemarau 15 tahun Piala FA

KUALA LUMPUR: Perak tekad memastikan kemarau 15 tahun tanpa trofi Piala FA akan berakhir apabila bertemu Kedah buat pertama kali di pentas final di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, malam esok.

Tanpa gelaran juara Piala FA sepanjang karier sebagai pemain dan jurulatih, kini ketua jurulatih skuad ‘The Bos Gaurus’, Mehmet Durakovic, memasang tekad untuk menamatkan penantian dengan membawa pulang piala tersebut.

Jurulatih berusia 53 tahun, yang pernah beraksi dalam 82 perlawanan bersama Selangor dari 1995 hingga 1998 dan kemudian menjadi jurulatih selama dua tahun dengan skuad tersebut pada 2013, yakin anak buahnya dapat mengatasi Kedah susulan latihan intensif sejak beberapa minggu lalu.

“Sudah 15 tahun Perak tidak menang Piala FA sejak 2004 dan saya gembira dengan tahap persediaan yang dilakukan serta kita dapat menampilkan persembahan yang menarik untuk semua,” katanya pada sidang media praperlawanan di stadium berkenaan hari ini.

Beliau berkata beberapa pemain mengalami kecederaan ringan serta pemain tengah D. Kenny Pallraj tidak dapat diturunkan selepas mengutip tiga kad kuning pada tiga perlawanan Liga Super sebelum ini.

Bagaimanapun, Durakovic memberi amaran kepada anak buahnya supaya tidak mengambil mudah skuad Kedah selepas benteng pertahanan meloloskan beberapa gol pada perlawanan Liga Super sebelum ini.

Sementara itu, ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak turut yakin pengganti pemain import Renan Alves, yang menjalani hukuman gantung satu perlawanan, akan menampil persembahan terbaik bagi memburu jaringan.

“Persediaan kami berjalan lancar tetapi perlu mengakui kehilangan Alves di pentas final turut terasa namun perlu menghormati hukuman penggantungan yang dihadapinya,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau terlalu yakin anak buahnya akan mempamerkan persembahan terbaik masing-masing, sambil mengakui perlawanan di pentas final adalah berbeza walaupun Kedah mengalahkan Perak 4-2 pada saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar, 13 Julai lalu.

Sebagai rekod, Kedah memenangi Piala FA sebanyak empat kali iaitu pada 1996, 2007, 2008 dan 2017 manakala Perak dua kali iaitu pada 1990 dan 2004.

Lukaku beri bayangan tinggalkan United

ROMELU Lukaku memberi bayangan dia bakal meninggalkan Manchester United selepas menyiarkan gambar swafoto bersama ejennya.

Bintang Belgium itu memuat naik gambarnya bersama Federico Pastorello di Twitter semalam dan berkata: “Akan bersambung tidak lama lagi.”

Gambar itu menghangatkan spekulasi dia bakal berhijrah keluar dari Old Trafford sambil Serie A mungkin menjadi destinasinya.

Pengendali Inter Milan, Antonio Conte, mengesahkan dia berminat mendapatkan bekas pemain Chelsea dan Everton itu tetapi mendakwa United telah menolak bidaan awal Nerazzurri kerana mahukan yuran bernilai GBP75 juta (RM382 juta).

Juventus juga dikatakan berminat dengan pemain berusia 26 tahun itu sambil wujud laporan di England dan Itali kelmarin bahawa mereka bersedia menawarkan Paulo Dybala sebagai pertukaran.

April lalu, Lukaku mengakui dia mahu beraksi dalam saingan Serie A dan menyifatkan Conte sebagai pengendali terbaik dunia bulan lalu.

Lukaku telah menjaringkan 28 gol dalam 66 penampilan di pentas Liga Perdana Inggeris sejak datang daripada Everton dua tahun lalu tetapi pengurus The Red Devils, Ole Gunnar Solskjaer, lebih cenderung meletakkan Marcus Rashford sebagai penyerang utama.

Minggu lalu, Solskjaer menyifatkan Lukaku sebagai penggempur hebat di dunia tetapi sudah menyesuaikan diri tanpanya ketika pramusim akibat kecederaan.

United telah mengatasi Perth Glory, Leeds United, Inter Milan dan Tottenham Hotspur ketika pramusim tatkala Anthony Martial, Mason Greenwoo dan Rashford meletaakkan nama dalam senarai penjaring.

Mereka akan menentang Kristiansund dua hari lagi sebelum berdepan AC Milan bagi aksi terakhir Piala Juara-Juara Antarabangsa di Cardiff 3 Ogos depan.

Kempen Liga Perdana Inggeris akan dimulakan di Chelsea, lapan hari kemudian.

Ozil serang peminat Tottenham dengan jenaka kabinet trofi

SEBAGAI seorang pemain Arsenal, Mesut Ozil sering menjadi sasaran penyokong Tottenham Hotspur tetapi dia menggunakan jenaka kabinet trofi untuk membalasnya.

Ketika sesi bergambar Spurs dalam aksi menentang Juventus yang berakhir dengan kemenangan buat anak buah Mauricio Pochettino itu 3-2, kesebelasan utama Tottenham dilihat meniru gaya pasukan kebangsaan Wales apabila meninggalkan satu ruang kosong.

Seorang peminat Spurs meletakkan gambar itu di laman sosial Twitter sambil bertanya mengapa Ozil berada di dalam gambar tersebut, menyamakan situasi yang sering dihadapi pemain dari Jerman itu.

Selepas beberapa hari menikmati reaksi positif daripada media sosial, peminat tersebut menerima tindak balas daripada Ozil.

Pemain tengah itu membalas dengan kenyataan yang pastinya mampu membuatkan kritikan terhadapnya daripada peminat Arsenal sendiri lenyap apabila berkata: “Jika anda lihat dengan teliti, anda boleh saksikan kabinet trofi anda.”

Kali terakhir Spurs memenangi kejuaraan utama adalah pada 2008 sewaktu menjulang trofi Piala EFL dan sebelum itu, kejayaan terbesar mereka adalah memenangi Piala FA bagi musim 1990-91.

Tindakan Ozil itu menjadi tular dan menerima 130,000 ‘likes’ dalam tempoh dua jam.

Ev Ting hopes for another crack at the ONE lightweight world title

KUALA LUMPUR: Ev ‘E.T.’ Ting is not going to rest until he achieves his dream of becoming the ONE Lightweight World Champion.

After succeeding in his mission against Daichi Abe at ONE: MASTERS OF DESTINY on 12 July, the Auckland-based athlete already has his sights set on another world-class athlete.

“Going 10-0 in Kuala Lumpur meant everything to me. I would choose this feeling any day over a greedy one million sitting in a digital corporate bank,” the Malaysian warrior admitted.

When asked who he wants to face in the Circle next, Ting replied, “Everyone has sights on Christian Lee, and I’m the ‘Ev’ in Everyone.”

Ting has always prospered in difficult times, and if anything, it brings out the very best in him.

Despite enduring two back-to-back defeats, with a fraction of the martial arts community questioning his ability, Ting pulled off another magnificent performance in Kuala Lumpur earlier this month.

In his bout with Abe, the Japanese athlete sent the Malaysian martial artist to the mat on several occasions in the opening round, but somehow, he brilliantly turned the match around en route to a rear-naked choke in the second round.

His determination to overcome any challenge in his mixed martial arts career was evident during that bout, but Ting revealed that was all part of his plan.

“I may have lost balance and made that moment look more dramatic than it was. ONE is all about taking the audience on a high-low ride of entertainment,” the 29-year-old athlete said.

“I am down but not out – keep underestimating my tummy.”

Ting last challenged for the ONE Lightweight World Title in April 2017. He was riding on a four-match winning streak before that match.

However, he could not find a way to finish Eduard ‘Landslide’ Folayang and eventually lost to the Filipino warrior by unanimous decision.

This time around he is certain he could mount a better challenge towards the pinnacle of the lightweight division.

“I’ve been working with some of the best coaches in the world – Hamish, David, and Mike help me improve my moves,” he said.

“I want to compete in the Circle again when the chance arrives.”

Ini kehidupan Chong Wei selepas sebulan bersara

KUALA LUMPUR: Tanpa kami sedari, sebulan sudah berlalu sejak bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengumumkan persaraannya.

Bagaimana kehidupan Chong Wei sekarang, berbanding sebelum ini yang dipenuhi dengan latihan di gelanggang bagi membuat persiapan untuk pertandingan yang akan datang?

Lagenda badminton negara tersebut berkata beliau banyak meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak mereka.

Dengan pelantikannya sebagai Ketua Kontinjen Malaysia (Chef-de-Mission, CDM) untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020, beliau berkata dirinya akan semakin sibuk dalam masa terdekat.

“Pada bulan depan, saya akan hadiri mesyuarat di Jepun. Inilah jadual saya selepas bersara.

“Pada bulan September dan Oktober, saya akan mengadakan sesi ‘sparring’ buat anak muda dan membuat persediaan dalaman untuk Olimpik 2020,”  katanya kepada pemberita selepas Gala IPEC Global Legacy 2019 pada Selasa.

Chong Wei bersama ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David menerima Anugerah Utama Perdana Legasi pada majlis tersebut.

Tambahnya, tugasnya sebagai CDM ke temasya empat tahun sekali itu memerlukannya menyesuaikan diri dengan peralihan daripada seorang atlet kepada ketua kontinjen negara dengan pantas.

“Saya bekerja dengan cara yang berbeza sekarang. Dulu tugas saya ialah sebagai seorang atlet, sekarang saya sudah menjadi pegawai.

“Saya juga perlu mengikuti berita mengenai semua sukan seperti terjun dan memanah, bukan sekadar berita mengenai badminton.

“Saya banyak belajar daripada pegawai lain superti Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria (Presiden Majlis Olimpik Malaysia) untuk membuat peralihan daripada seorang ‘sportsman’,” katanya.

Sementara itu, pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu akui merindui sukan yang menjadi penemannya buat 19 tahun.

“Rindu turun ke gelanggang dan rindu pegang raket.

“Sekarang pegang raket dan hanya main bersama anak-anak saya,” katanya sambil bergurau.

Chong Wei, 37, mengumumkan persaraan daripada dunia badminton atas faktor kesihatan pada 13 Jun lalu.

Eddie Alvarez praises Eduard Folayang but confident of his chances in Manila

Eduard “Landslide” Folayang could be a tough challenge for Eddie “The Underground King” Alvarez when they meet in Manila, but the latter is confident he can leave his opponent’s hometown as the winner.

The two former World Champions collide at ONE: DAWN OF HEROES on Friday, 2 August in a ONE Lightweight World Grand Prix semi-final bout, where both martial artists will seek to return to winning ways at the Mall of Asia Arena.

“I don’t think Eduard has the experience that I have in mixed martial arts,” 35-year-old Alvarez said. “I think there’s still a lot of mistakes that he makes in the sport that habitually he’s carried over from wushu, and we’re looking to exploit and then make him pay for all his mistakes.”

Alvarez is hoping to put the memories of his ONE Championship debut to rest. The four-time Lightweight World Champion sustained a serious eye injury in the opening round before being knocked out by Russian martial arts phenom Timofey Nastyukhin.

But despite the conviction, the Ricardo Almeida BJJ representative still regards Folayang as a dangerous athlete.

“I think Eduard is a really good, well-rounded fighter – good wrestling, good kicks, a lot of good spinning stuff from wushu,” Alvarez revealed. “He’s a World Champion, so he’s one of the best athletes in ONE Championship.”

Despite a shocking introduction to The Home of Martial Arts, his goal when he signed with the organization in October of last year remains the same.

“The Underground King” dreams of capturing the ONE Lightweight World Champion and hopes that a win against his Team Lakay opponent will be the first of many to come.

“I have not veered – not one single bit. My goals are still the same. I never defined myself from a loss or a win,” he said.

“I’ll be the ONE Lightweight World Champion, and it won’t be long,” Alvarez added. “I won’t lose again. I’ll beat Eduard, they’ll give me another tough competitor, and I’ll beat them, and I’ll be fighting for the ONE Championship World Title very soon.”

Whether or not his prediction will come true depends on the result of his battle on 2 August.