Piala Dunia Ragbi: Taufan Hagibis jadi motivasi wira Jepun

MICHAEL Leitch dan Jamie Joseph mendedikasikan kemenangan hebat Jepun ke atas Scotland dalam saingan Piala Dunia Ragbi buat semua mangsa Taufan Hagibis serta keluarga yang bersedih.

Skuad tuan rumah itu menang 28-21 dalam aksi di Yokohama sekali gus mencipta sejarah melangkah ke suku akhir kejohanan buat kali pertama.

Jepun memenangi keempat-empat perlawanan yang di laman sendiri dan selaku juara Kumpulan A, mereka bakal menentang Afrika Selatan, Ahad ini di Tokyo tatkala demam ragbi melanda negara itu.

Namun, kemeriahan itu direncatkan dengan kehadiran bencana alam yang meragut 20 nyawa menurut laporan media tempatan, tidak termasuk mereka yang gagal dikesan serta jumlah hartanah yang mengalami kerosakan.

“Ia detik yang sukar dengan taufan tetapi saya mahu mengucapkan terima kasih yang menjayakan perlawanan ini. Buat mereka yang merana akibat taufan itu, perlawanan ini untuk anda,” kata kapten Jepun, Leitch.

“Penyokong sangat hebat untuk kami. Seluruh jiwa kami adalah untuk mereka yang merana.”

Pengendali Jepun, Joseph, berkata: “Anda boleh lihat sekeliling dan saksikan betapa istimewa detik ini buat pasukan dan negara.

“Sebelum saya bercakap tentang aksi di padang, saya mahu menyentuh semua pihak yang kehilangan ahli keluarga akibat taufan, hari ini. Ia memberi motivasi tinggi buat kami. Kami bercakap tentangnya pagi ini sebagai satu kumpulan. Pemain benar-benar mahu bermain.”

Leitch juga menambah, dia sangat berbangga dengan pencapaian jepun selepas mendahului 28-7 dan menafikan kebangkitan Scotland dengan penuh bergaya.

“Sejak permulaan, kami beraksi sepenuh hati,” tambah Leitch.

“Hari ini, tiada istilah teknik. Ia tentang emposi dan fizikal. Saya fikir kami tunjukkannya hari ini.

“Kami akan berikan segalanya dalam aksi seterusnya.”

Jika Jepun mahu meneruskan kecemerlangan, merek harus melepasi cabaran The Springboks — seperti apa yang dilakukan empat tahun lalu di Brighton, di mana ia dilihat sebagai pencetus kepada generasi hari ini.

Joseph teruja dengan prestasi terkini pasukannya, berkata: “Pasukan saya telah melakukan persiapan yang benar-benar rapi untuk Piala Dunia dan memberikan segalanya setiap minggu. Namun, hari ini mereka telah berada di satu tahap yang berbeza.

“Mereka memberikan segalanya yang mampu, tidak kira pemain yang paling berpengalaman serta baru, mereka memberikan 150 peratus.”

Malaysia raih mata pertama, seri 1-1 dengan Australia

JOHOR BAHRU: Malaysia memperoleh satu mata apabila seri 1-1 dengan Australia pada aksi kedua Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor (SOJC) di Stadium Taman Daya, di sini, malam tadi.

Anak buah Nur Saiful Zaini berjaya mendapatkan gol pertama menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-35 yang disempurnakan oleh Adam Aiman Mamat.

Namun kegembiraan Malaysia untuk terus mendahului perlawanan tidak bertahan lama apabila Daniel Mcbride meledakkan gol padang penyamaan pada minit ke-58.

Terdahulu, India berpesta gol apabila membenam New Zealand 8-2.

Anak buah B J Kariappa tidak memberi peluang kepada skuad New Zealand untuk melakukan serangan apabila membuka tirai jaringan seawal minit keenam menerusi Dilpreet Singh, diikuti jaringan Shilanand Lakra dan Sanjay pada minit ke-14 dan ke-17 selain dua pukulan sudut penalti oleh Mandeep Mor pada minit ke-20 dan Sanjay dua minit kemudian.

Tersentak dengan lima jaringan itu, skuad bimbingan Bryce Collins mula mengasak dan pemainnya Dylan Thomas berjaya menembusi gol lawan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke 28, diikuti gol padang pada minit ke-44.

Namun kegembiraan skuad Kiwi itu hanya sementara apabila India sekali lagi melakukan serangan bertubi tubi dan menyumbat tiga gol menerusi gol padang Suman Beck pada minit ke-45, Pratap Lakra lima minit kemudian hasil pukulan sudut penalti dan gol padang Sudeep Chimarko minit terakhir sebelum wisel penamat.

Dalam perlawanan lain, Great Britain sekali lagi beraksi dengan cemerlang apabila menundukkan Jepun 2-1.

Great Britain yang melakar kemenangan pertama semalam, meneruskan momentum menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Loan Wall pada minit ke-13.

Walaupun pemain Jepun bertubuh lebih kecil, namun ia tidak mematah semangat melawan mereka apabila memberi cabaran kepada skuad kendalian Jon Bleby dan menyamakan kedudukan menerusi gol padang menerusi Kawabe Kosei pada minit ke-21.

Tersentak dengan kebangkitan skuad Kyoichi Nagaya, ketua pasukan Great Britain Nicholas Park mengesahkan kemenangan pasukannya menerusi gol padang pada minit ke-47.

Hari ini adalah hari rehat untuk SOJC.

Piala Dunia: Lima negara ASEAN duduk semeja bincang kriteria bidaan

KUALA LUMPUR: Hasrat untuk ASEAN menjadi tuan rumah bersama bagi Piala Dunia 2034 mungkin dapat direalisasikan.

Ini berikutan satu mesyuarat membabitkan lima negara ASEAN termasuk Malaysia akan diadakan di Kuala Lumpur bagi membincangkan keperluan dan komitmen yang ditetapkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail yang menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Sukan ASEAN di Manila, Filipina pada Rabu berkata:

“Oleh kerana syarat yang ada dalam pembidaan FIFA yang memerlukan beberapa perkara diteliti, jadi pada mesyuarat itu kita telah bersetuju untuk menubuhkan satu kumpulan kerja teknikal untuk mengkaji dengan lebih mendalam khususnya berkaitan dengan dokumen pembidaan.

“Kita juga akan memanggil persatuan bola sepak negara ASEAN bersama kumpulan ini bagi membincangkan tentang bagaimana kita boleh meneruskan usaha untuk menawarkan diri sebagai tuan rumah,” katanya selepas perasmian Hari Sukan Negara (HSN) yang merupakan kemuncak sambutan Bulan Sukan Negara di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Sabtu.

Ahmad Shapawi berkata mesyuarat yang masih belum dimuktamadkan tarikh itu bukan bertujuan membincangkan mengenai bidaan tetapi lebih kepada membincangkan kekuatan dan potensi yang ada pada negara ASEAN yang boleh ditawarkan untuk meyakinkan pihak FIFA.

Untuk rekod, pada Jun lepas, Pengerusi ASEAN, Jen Prayuth Chan o-cha memaklumkan bahawa kesemua 10 negara anggota ASEAN bersetuju untuk membangunkan satu usaha bersama bagi membida sebagai tuan rumah Piala Dunia 2034.

Idea rantau ASEAN untuk menjadi tuan rumah temasya bola sepak terbesar di dunia itu dicadangkan kepada pemimpin negara sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-34, di Bangkok, Thailand.

Lima negara ASEAN itu ialah Malaysia, Vietnam, Thailand, Singapura dan Indonesia.

Peluang lahirkan lebih ramai Luqman Hakim – Syed Saddiq

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan peruntukan RM45 juta untuk Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dalam Belanjawan 2020 sebagai satu rangsangan hebat, khususnya buat anak muda di luar bandar.

Peruntukan itu, yang merupakan kenaikan sebanyak RM30 juta berbanding tahun lalu, akan memberi peluang kepada anak muda yang berbakat dalam bola sepak untuk dimasukkan dalam ekosistem bola sepak, sekali gus berpeluang mengasah bakat ke peringkat antarabangsa.

“Ini akan beri impak kepada lebih 80,000 anak muda untuk diberi peluang bermain di peringkat lebih tinggi. Secara tidak langsung kita berpeluang melahirkan lebih ramai pemain seperti Luqman Hakim, yang baru-baru ini disenaraikan antara 60 bakat muda bola sepak berpotensi di dunia.

“Kita nak lahirkan lebih ramai Luqman, kerana itu kita perlukan pelaburan yang besar dan strategik,” tegas Syed Saddiq.

Beliau yang juga merupakan Ketua Armada Bersatu melihat belanjawan itu sebagai satu kejayaan buat anak muda, khususnya membabitkan peluang pekerjaan.

“Contohnya, suntikan dana sebanyak khas berjumlah RM6.5 bilion untuk mencipta 350,000 peluang pekerjaan berkualiti.

“Tetapi dalam masa yang sama, ia bukan sahaja berkenaan peluang pekerjaan baharu, kerana kita dapat lihat sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang sangat dekat di hati anak muda terutama yang berlatarbelakangkan keluarga B40, meningkat ke RM200 juta, tidak termasuk peningkatan elaun untuk pelajar-pelajar TVET.

“Inilah yang kita mahukan. Bukan sekadar one-off assistant, sebaliknya mereka diberi juga latihan dan apabila tamat belajar, mereka dapat pekerjaan yang berkualiti,” katanya lagi.

Malaysia tidak lakukan secukupnya

KAMERA beberapa kali memfokus kepada Tan Cheng Hoe dengan pelbagai gelagatnya di tepi padang – menempikkan arahan, mengangkat isyarat tangan sebagai meluahkan rasa tidak puas hati atau sekadar bercekak pinggang seakan-akan menerima apa saja kesudahan buat pasukannya.

Dan sesekali kamera televisyen menunjukkan rakan sejawatannya, Park Hang-seo, duduk di kerusi jurulatih dengan membiarkan saja kepada pemain melakukan apa saja yang sudah diarahkannya.

Dua visual berlawanan itu memadai untuk menceritakan kesimpulan daripada perlawanan di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi malam tadi yang dimenangi tuan rumah itu 1-0 tanpa Malaysia menghadirkan apa-apa ancaman.

Malah, tidak keterlaluan untuk mengandaikan Malaysia sebenarnya takut untuk berdepan Vietnam – lawan yang tiga kali gagal ditundukkan mereka di gelanggang lawan itu sepanjang kempen Piala Suzuki AFF tahun lalu.

Berlawanan dengan apa yang digembar-gemburkan ketua jurulatih Harimau Malaya itu mahupun pemainnya sebelum perlawanan, barisan negara masih tidak berupaya menembusi tembok psikologi berdepan Vietnam hingga apa yang pernah mereka pertontonkan sewaktu menentang Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di peringkat kumpulan ini sebelumnya gagal diulangi.

Semangat melawan tidak pun terserlah, kesungguhan untuk mengimbangi perlawanan tidak terlalu ketara, apatah lagi DNA bola sepak Malaysia yang memulakan gerakan dari bawah dengan bersulamkan hantaran-hantaran pendek langsung tidak menjadi.

Vietnam – pasukan yang mara sejauh suku akhir dalam kempen Piala Asia di UAE, Januari lalu – memiliki lebih keinginan untuk memenangi perlawanan ini. Seri 0-0 di gelanggang Thailand dalam perlawanan pertama, hanya kemenangan dicari mereka sebagai pembuka kempen di tempat sendiri.

Sebaliknya, Malaysia bermain seolah-olah bukan dengan niat mencari kemenangan tapi semata-mata untuk mengelakkan kekalahan. Kesudahannya, mereka tidak mendapat kedua-duanya.

Barangkali tidak keterlaluan juga untuk merumuskan taktikal Hang-seo jauh mengatasi Cheng Hoe pada ketika keinginan dan keupayaan menyerang pemain-pemainnya langsung lekang untuk menerbitkan harapan sekalipun untuk mendapat satu mata.

Norshahrul Idlan Talaha gagal menggerunkan tuan rumah dengan potongan rambut barunya, Safawi Rasid dan Mohamadou Sumareh langsung ditenggelami sambil wira hatrik Sabtu lalu, Syafiq Ahmad, langsung tidak diberi ruang untuk menoleh.

Runtuhnya barisan serangan negara, yang diburukkan lagi oleh hilangnya penguasaan bahagian tengah, mendatangkan ancaman amat besar hinggakan kedua-dua pertahanan sayap, Matthew Davies dan Corbin Ong, yang sebelumnya kerap naik membantu serangan, tidak berpeluang melakukannya kerana sibuk bertahan.

Akibatnya, bola yang dihantar ke depan akan segera kembali ke kawasan sendiri dan tanpa Vietnam menyerlahkan permainan terbaiknya sekalipun, pertahanan dan pintu gol negara lambat-laun akan bolos juga.

Itu berlaku pada minit ke-39 apabila daripada satu lambungan kapten, Que Ngoc Hai, pertahanan, Shahrul Saad, yang teragak-agak membolehkan Nguyen Quang Hai memintasnya untuk menyepak masuk melepasi terpaan Farizal Marlias.

Tiada silapnya seruan Cheng Hoe bahawa kerjasama sepasukan menjadi taktikalnya, begitu juga Norshahrul yang berpegang kepada semangat untuk menamatkan kemarau kemenangan atau Mohamadou Sumareh yang diuar-uarkan mahu melepaskan geram.

Silapnya semua yang dilaungkan itu gagal diterjemahkan kesebelasan negara malam ini.

Pada penghujungnya, Vietnam terserlah selaku pasukan yang lebih baik dan hanya tidak bernasib baik untuk menambah jaringan apabila sepakan Nguyen Anh Duc dalam keadaan kelam-kabut di depan gol pada minit ke-72, sempat ditampan Shahrul daripada menerjah jaring.

Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Hang-seo gemuruh bertemu Harimau Malaya

PENGENDALI Vietnam, Park Hang-seo, gentar berdepan Malaysia apabila tetap mahu mempertaruhkan kudrat Doan Van Hau dan Nguyen Cong Phuong walaupun kedua-dua pemain itu bergelut dengan prestasi masing-masing.

Van Hau dan Cong Phuong sememangnya antara dua pemain yang mampu menjadi ancaman besar kepada skuad Harimau Malaya.

Ia berdasarkan status dua pemain terbabit yang berpangkalan di Eropah bersama kelab Belanda dan Belgium.

Begitupun, kedua-duanya itu tampak berdepan dengan masalah prestasi kerana kurang minit permainan bersama kelab masing-masing.

Malah, situasi terkini menyaksikan Van Hau selaku tonggak pertahanan berdepan masalah ‘jet lag’ kerana baru sahaja tiba dari Eropah.

“Saya tidak menafikan kedua-dua pemain itu kurang mendapat peluang beraksi bersama kelab masing-masing tetapi itu tidak bermakna saya akan mengetepikan mereka.

“Sebaliknya, pemain terbabit adalah sandaran utama pasukan ini untuk mendapatkan kemenangan berdepan Malaysia,” kata Hang-seo.

Kegusaran pengendali dari Korea Selatan itu juga terserlah apabila mengakui Harimau Malaya melalui banyak perubahan positif dalam corak permainan yang dipersembahkan.

Ini juga termasuk kehadiran beberapa pemain berdarah campuran seperti Brendan Gan, Matthew Davies dan Corbin Ong.

“Pasukan lawan menunjukkan banyak peningkatan sejak mereka melakukan perubahan pemain, terutama apabila membawa masuk pemain berdarah campuran.

“Ia memberi impak berbeza kepada pasukan berkenaan dan kami harus berwaspada dengan situasi tersebut,” tambahnya.

Sedikit fobia di gelanggang sendiri, Agilan pilih bertarung di luar negara

KUALA LUMPUR: Atlet seni bela diri campuran (MMA) negara, Agilan Thani memilih untuk bertarung di luar kerana yakin ia dapat memberinya pengalaman yang diperlukan untuk bersaing di peringkat lebih tinggi.

Petarung welterweight dari ONE Championship itu turut mengakui berasa sedikit ‘fobia’ bertarung di dalam negara susulan pengalamannya yang pernah tewas dua kali di Kuala Lumpur.

Sungguh pun begitu, Agilan, 24, berkata dia tetap gembira jika diberi peluang bertarung di mana-mana sekali pun.

Namun, katanya jika diberi pilihan, buat masa ini dia lebih gemar bersaing di luar negara berbanding di Malaysia.

“Saya telah banyak kali berlawan di KL, dan saya gembira lawan di mana-mana pun.

“Tetapi buat masa ini saya mahu berlawan di acara yang lebih besar dan ia lebih baik jika berlawan di luar negara kerana dua perlawanan saya yang lepas di Malaysia, saya kalah.

“Jadi, secara jujurnya saya sedikit fobia. Mungkin saya perlu timba lebih pengalaman (di luar) dan kembali lebih kuat,” katanya ketika ditemui Astro AWANI, di sini.

Dikenali sebagai ‘Alligator’, Agilan bakal bersaing dalam aksi ONE: Century di Tokyo, Jepun pada 13 Oktober ini menentang petarung veteran Jepun, Yushin Okami.

Agilan memberitahu, tidak mahu meletakkan keyakinan yang terlalu tinggi terhadap dirinya. - Foto Astro AWANI

Ditanya apakah jangkaannya untuk perlawanan kali ini, Agilan berkata dia tidak mahu menjangkakan apa-apa dan hanya mahu membuat yang terbaik.

“Saya tidak menjangkakan apa-apa kecuali memberi pertunjukan yang terbaik dan buat yang terbaik. Itu sahaja jangkaan saya,” katanya.

Selain itu, dia juga tidak mahu meletakkan keyakinan yang terlalu tinggi meskipun telah mencatat kemenangan bergaya dalam perlawanannya yang lalu.

“Bagi saya, saya tidak mahu meletakkan diri saya pada kedudukan yang terlalu tinggi. Saya tidak mahu terlalu yakin.

“Saya tahu apa matlamat saya, saya mahu menjadi juara dunia. Tetapi saya tidak mahu bersikap tergesa-gesa seperti dulu. Saya mahu bergerak ke kehadapan selangkah demi selangkah,” katanya lagi.

Agilan kini memegang rekod profesional MMA dengan sepuluh kemenangan dan tiga kekalahan.

Kali terakhir dia bertarung ialah dengan Yoshihiro Akiyama yang juga dari Jepun di acara ONE: Legendary Quest di Shanghai, China pada Jun lalu.

Dalam perlawanan tersebut, Agilan menang menerusi keputusan sebulat suara.

Bekas juara Malaysian Invasion musim ke-2 (MIMMA 2) itu juga pernah mencabar jaguh Amerika Syarikat Ben Askren untuk gelaran juara dunia welterweight ONE.

Agilan menjalani sesi latihannya di Monarchy MMA dan merupakan antara atlet MMA terbaik negara.

Acara ONE: Century merupakan acara yang ke-100 dianjurkan oleh ONE Championship dan bakal menampilkan seramai 28 juara dunia dalam pelbagai disiplin seni mempertahankan diri.

Bibiano Fernandes, Kevin Belingon set to face each other one more time

KUALA LUMPUR: ONE Bantamweight World Champion Bibiano Fernandes is set to face Kevin Belingon – for the fourth time – and defend his title at ONE: Century in Tokyo, Japan, this October 13.

The Brazilian mixed martial artist said he has prepared himself very hard for this bout, and that he is very exited to face his Filipino opponent, one more time.

“The last time we fought, it ended controversially. Now, we get the chance to do it again and this time, there will be no doubt.

“I look to successfully defend my ONE Bantamweight World Champion. I’m ready to show the fans in Tokyo a very good performance,” said the 39-year-old grappler.

Meanwhile, Belingon, 31, who is also a former ONE Bantamweight World Champion said he too is very excited for this upcoming match-up and looking to end the fight in a stunning fashion.

“This is my fourth match with Bibiano (Fernandes). I think this fight will determine who is the true king at bantamweight.

“I’ll do my best to emerge the winner of this fight,” he said.

The wushu black belt from Team Lakay also said he feels super motivated to get the win in Japan and bring the title back to the Philippines.

Fernandes and Belingon first met in January 2016, when the Brazilian made quick work of the Filipino, whom he finished via first-round submission.

They met again in November 2018 in a title unification bout, where Fernandes lost the fight via split decision.

Fernandes faced Belingon again for the third time in a trilogy match in March 2019 and won the bout via disqualification when he could not continue after Belingon landed an illegal elbow to the back of Fernandes’s head, regaining the bantamweight title.

He is now expected to face Belingon for the fourth time at ONE: Century Part II on October 13, 2019.

Agilan wants war in battle against Yushin Okami

KUALA LUMPUR: Come October 13, Malaysian mixed martial arts (MMA) star Agilan Thani will be battling it out against Japan’s finest, Yushin ‘Thunder’ Okami in Tokyo, Japan.

Well aware that his opponent is a formidable one, the 24-year-old lad hopes that his bout with Okami would end up a ‘war’.

“I definitely want to go for war. The last fight (with Yoshihiro Akiyama) was war too, so I hope this fight can be one too,” said Agilan when met at Monarchy MMA gym here recently.

Nevertheless, the hometown hero also said he wouldn’t mind making a quick win in the first round.

“But a finish would be nice (too), the first round finish always the best. But I’ll do my best, no promises,” he said.

Describing about his opponent, Agilan admitted that Okami seems ‘very intimidating’ due to the fact that the latter has 17 wins by decision.

“I have watched him and I think he’s a very good grappler and MMA fighter. He has 17 wins by decision which is very intimidating because he dominates his opponent for 15 minutes, so it puts him at a very high place.

“You have to be in good cardio and have a good game plan to fight like that,” said ‘The Alligator’.

When asked about his expectations for the fight, Agilan said he expects nothing but to put on a good show and to bring out the best version of Okami.

“That’s all I expect. Nothing else,” he added.

Agilan has fought quite a number of the world’s toughest opponents, including Akiyama whom he defeated during their bout in Shanghai, China on June 15. He won via unanimous decision.

With a MMA record of 10-3, Agilan captured the Malaysia Invasion (MIMMA) amateur championship title before turning professional, winning six bouts in a row on the global stage of ONE Championship to earn a shot at Ben Askren’s coveted title.

ONE: Century takes places at the Ryogoku Kokugikan in Tokyo, and is the single greatest world championship martial arts event in the last 100 years.

With 28 World Champions featured across various martial arts, ONE: Century is also the first martial arts event in history to host two full-scale World Championship events on the same day.

It features world championship title bouts, World Grand Prix Championship Finals, and world champion versus world champion match-ups.

Kecederaan Lloris beri kesan besar kepada Tottenham – Pochettino

MAURICIO Pochettino mendakwa kehilangan Hugo Lloris akibat kecederaan lengan yang serius memberi kesan besar kepada Tottenham Hotspur tatkala mereka tewas 3-0 di tangan Brighton and Hove Albion, semalam.

Kapten Spurs, Lloris, diberikan oksigen sebelum diusung keluar dari padang ketika babak awal pertemuan di Stadium Amex.

Penjaga gol itu mengalami kecederaan selepas cuba menghalang hantaran lintang, menghempap lengan kirinya ketika cuba menahan daripada terjatuh.

Neal Maupay membuka tirai jaringan hasil bola muntah dan Brighton menambah dua lagi gol menerusi pemain muda, Aaron Connolly.

Situasi yang melanda Lloris serta kekalahan kelima musim ini yang diraih dalam semua kejohanan melengkapkan minggu suram buat Spurs selepas dibelasah Bayern Munich 7-2 dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, Selasa lalu.

“Saya rasa perkhabaran itu tidak bagus,” kata Pochettino selepas penjaga gol Perancis itu dikejarkan ke hospital.

“Kami perlu menunggu, pihak kelab cuba menjelaskan situasi sebenar. Semua orang menyaksikan dia jatuh di atas padang dan ia bukan situasi yang bagus.”

Dia menambah: “Sudah tentu ia memberi kesan kepada perlawanan. Kami tidak boleh menafikan kehebatan Brighton tetapi seluruh pasukan menanggung kesan daripada insiden itu.

“Kami mencuba cara lain dalam babak kedua tetapi tidak bernasib baik.

“Ketika kedudukan 3-0, permainan sudah tamat. Saya ingin memohon maaf kepada semua peminat dan mengucapkan terima kasih di atas sokongan diberi.”

Tottenham yang masih dipalit kekecewaan susulan keputusan buruk diraih pertengahan minggu ini, cuba bangkit selepas ketinggalan tetapi tidak menghalang daripada mereka menanggung kekalahan pertama di tangan Brighton dalam tempoh 36 tahun.

Penyerang Ireland, Connolly, jelas menyinar dalam penampilan sulung dalam kesebelasan utama di pentas Liga Perdana Inggeris menerusi dua gol dalam setiap babak.

Graham Potter memuji pemain berusia 19 tahun itu sambil meraikan kemenangan pertama sekali gus meredakan tekanan yang dihadapi sejak permulaan musim.

“Dia telah membuka akaun jaringan,” katanya.

“Connolly beraksi selaku pemain gantian tetapi tidak bernasib baik untuk menghasilkan gol. Dia memberikan kami pilihan tambahan. Saya berbesar hati dengannya.

“Dia seorang pemain muda dengan masa depan yang cerah dan kami berbesar hati memilikinya di dalam pasukan.”