Menang Piala Dunia, hari Isnin tetap kerja

SEJURUS selepas wisel penamat ditiup menandakan Afrika Selatan berjaya menjuarai Piala Dunia Ragbi 2019 di Yokohama, Jepun pada Sabtu, seluruh Afrika Selatan berpesta menyambut kemenangan.

Jika satu masa dahulu, ragbi merupakan permainan yang menjadi simbol dasar aparteid (apartness dalam Bahasa Afrikaans’ atau pengasingan kaum putih dari kulit hitam), kini; sukan ‘bola lonjong buah kana’ ini diterima sebagai alat penyatuan.

Semuanya bermula dengan berakhirnya hampir 50 tahun zaman aparteid dengan pembebasan Nelson Mandela setelah ditahan di Robben Island selama 27 tahun pada 1990.

Lima tahun kemudian pada 1995, Afrika Selatan mengalahkan All Blacks dengan jarak 3 mata di perlawanan akhir Piala Dunia Ragbi di Elllis Park, Johannesburg.

Kemenangan itu disambut dengan penuh harapan mengukuhkan penyatuan Afrika Selatan di waktu kesan era aparteid masih belum berakhir sepenuhnya.

Afrika Selatan terpaksa menunggu 12 tahun lagi sebelum menenangi Piala Dunia Ragbi buat kali kedua – kali ini mengalahkan England di perlawanan akhir di Paris, Perancis. Afrika Selatan juara Piala Dunia Ragbi kali kedua mengalahkan England 15-6 pada tahun 2007.

Tahun ini – 2019, selepas 12 belas tahun lagi penantian, Afrika Selatan muncul juara lagi.  Pada Sabtu di Yokohama, Afrika Selatan membuktikan mereka pasukan jagoan, menghampakan harapan seluruh England yang dikalahkan dengan keputusan 32-12.

Jika pada 1995 dan 2007, pemain kulit hitam boleh dibilang dengan sebelah tangan. Kali ini, Springboks berkaptenkan Siyamthanda Kolesi – kapten pasukan Afrika Selatan pertama di pentas akhir berkulit hitam.

Sejurus selepas kemenangan, media sosial sibuk berkicau mendesak Presiden Cyril Ramaphosa – yang hadir sebagai penonton bersama Prince Harry di dalam stadium – umumkan Isnin sebagai cuti umum.

(Sehingga hari Selasa – dua hari selepas perlawanan akhir – tiada apa berita kedengaran dari Afrika Selatan samaada Isnin diumum cuti. Lain cerita dengan beberapa pasukan tempatan yang memberi cuti seluruh negeri walaupun hanya muncul juara piala tempatan).

Piala Dunia Ragbi 2019 memberi peluang kepada peminat ragbi ‘disekolahkan’ tentang bagaimana wujud 3 sukan yang sama sama menggunakan bola lonjong berbentuk buah kana.

Dengan kejayaan popular serata dunia pasukan Afrika Selatan, sekurang kurangnya peminat sudah peka perbezaan sukan Rugby Union berbanding Rugby League berbanding Bolasepak Gridiron Amerika (American Football).

Semuanya menggunakan bola lonjong berbentuk buah kana, tetapi undang-undang dan cara bermain sungguh berbeza.

Satu lagi fakta yang menarik ekoran kekalahan All Blacks di peringkat separuh akhir kedengaran bagaimana peminat dari New Zealand yang awal lagi sudah membeli tiket perlawanan menebus kekecewaan tewas kepada England.

Tiket ke perlawanan akhir yang dibeli pada harga 500 Pound Sterling (RM2,700) jual pada harga RM8,000 kepada peminat England yang kemaruk tidak mahu lepas menyokong pasukan kesayangan mereka.

Bi Nguyen believes Stamp Fairtex is still unproven

IN 2019, Bi “Killer Bee” Nguyen has swarmed the atomweight division.

Now “Killer Bee” looks to sting ONE Atomweight Kickboxing and Muay Thai World Champion Stamp Fairtex at ONE: MASTERS OF FATE this Friday, 8 November in Manila, Philippines.

It also marks Nguyen’s return to mixed martial arts after a dominant display against India’s Puja “The Cyclone” Tomar at ONE: IMMORTAL TRIUMPH in September – ONE’s first-ever striking-only event.

“I was focused on mixed martial arts for a while, and then I went to Muay Thai, which meant I had to change my wrestling to clinching. I showed that in my last fight,” Nguyen said.

“I don’t think people realize and appreciate the kind of work it takes to go back and forth between sports, but it’s a challenge that I welcome – and I’m happy to have.”

Nguyen’s next opponent will be no easy task. Stamp ­­– a two-sport World Champion – took the martial arts world by storm last year and continues to showcase her elite level in every bout.

In her quest to add a third martial arts World Title to her resume, Stamp stunned fans with a rear-naked choke win in August of this year.

Though the submission exhibited Stamp’s potential on the ground, Nguyen thinks the ground is her opponent’s biggest weakness.

“She looked like a good athlete, she looked like she had been doing [grappling], and she looked like she was a natural, but you really have to take into account who she was fighting,” the 30-year-old said.

“Her opponent in the last fight had zero ground game. She’s a great boxer, but it was a great match-up for Stamp to show her ground [skills] in the last fight. She’s not going to get that chance with me.”

For “Killer Bee,” it is not a matter of if the match goes to the ground, but when – and once there, she thinks all paths will lead to her getting her hand raised.

“I think the fight is going to end up on the ground, and I’m going to win. That’s where it becomes a mismatch.”

“I’m not going to say if it’s ground and pound or a submission. It’s hard to tell. My submission might give me ground and pound, or my ground and pound might give me a submission.”

ONE Championship returns to Manila for one last time this year with ONE: MASTERS OF FATE this Friday, 8 November at the Mall Of Asia Arena.

Cheng Hoe sedia kekang rekod bersih Thailand

KUALA LUMPUR: Selepas mengejutkan pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Thailand kini dalam persiapan mengekalkan rekod tanpa kalah, dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, apabila bertemu skuad Harimau Malaya pada 14 Nov ini.

Ketua jurulatih skuad Gajah Perang, Akira Nishino telah memanggil beberapa pemain utama seperti perancang tengah, Chanathip Songkrasin yang bermain bersama kelab Hokkaido Consadole Sapporo di liga utama Jepun (J1) dan pemain pertahanan kelahiran Perancis, Tristan Do yang terlepas aksi terdahulu, kerana kecederaan.

Pengendali dari Jepun itu juga telah memanggil pemain berpengalaman seperti penyerang, Thitiphan Puangjan, penjaga gol Kawin Thamsatchanan yang bermain untuk kelab OH Leuven di Belgium dan Sarach Yooyen bagi memantapkan pasukan menjelang aksi menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil dan Vietnam di Hanoi lima hari kemudian.

Bagaimanapun, ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe kekal positif dan yakin anak-anak buahnya mampu melakarkan kejutan, untuk mengekang pasukan yang menduduki ranking ke-109 dunia itu.

“Saya rasa semua jurulatih memandang serius kempen kelayakan ini dengan pendekatan mereka untuk mengumpul mata. Kemasukan Chanathip dan Thitiphan yang cedera serta pemain senior yang berpengalaman luas, menambah kekuatan mereka.

“Tetapi persediaan kita juga cukup rapi dan pemain pun dah habis musim Liga Malaysia, saya harap mereka dapat fokus dalam dua perlawanan terakhir bagi tahun ini, untuk lakar keputusan positif. Mereka pun sudah pasti mahu kemenangan untuk mencapai sasaran kita,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di padang Majlis Sukan Negara Bukit Jalil di sini, pada Rabu.

Beliau turut harap kelebihan beraksi di laman sendiri juga akan membantu pasukan Malaysia yang menghuni ranking ke-158 dunia, menyekat hasrat Thailand untuk mengekalkan rekod bersih dalam kempen itu.

Selepas tiga aksi pusingan kedua kempen kelayakan itu, Thailand berada di kedudukan teratas Kumpulan G walaupun berkongsi tujuh mata dengan Vietnam, manakala Malaysia berada di tempat keempat dengan tiga mata.

Mengikut rekod pertemuan melibatkan kedua-dua pasukan sejak 1959, Malaysia pernah melakar kemenangan sebanyak 40 kali, tewas 35 kali dan seri 35 kali.

Sebelum bertemu Thailand, skuad Harimau Malaya akan berhadapan Tajikistan dalam aksi persahabatan pada Jumaat ini, diikuti aksi kelayakan menentang Indonesia pada 19 Nov, di venue yang sama.

Cheng Hoe berkata beliau tidak akan membuat perubahan besar dalam kesebelasan utama menentang Tajikistan, selepas mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Maldives dalam aksi pemanas badan pada Selasa.

“Itu hanya aksi latihan, saya memberikan peluang kepada pemain-pemain yang tidak beraksi dalam separuh akhir dan final Piala Malaysia supaya mereka dapat merasai prestasi perlawanan dan tekanan perlawanan bagi menguji keserasian dan kombinasi pasukan,” katanya.

Sementara itu, pemain tengah Kedah, Baddrol Bakhtiar yang kembali dipanggil menyarung jersi kebangsaan selepas hampir dua tahun, bertekad untuk membalas kepercayaan barisan kejurulatihan, dengan mempamerkan aksi terbaiknya.

“Dengan panggilan kali ini, saya nak beri yang terbaik untuk meraih keputusan positif kepada pasukan. Bagi saya, bergandingan dengan sesiapa pun tiada masalah, kerana mana-mana pemain yang diturunkan akan beri 100 peratus,” katanya.

Walaupun kali pertama mendapat panggilan ke skuad kebangsaan di bawah kendalian Cheng Hoe, pemain berusia 31 tahun itu yang pernah bermain di bawah jurulatih itu di Kedah, yakin dapat memahami taktikal Cheng Hoe dengan cepat.

Tiada VAR, GLT untuk Liga-M musim 2020

PETALING JAYA: Penggunaan Video Bantuan Pengadil (VAR) dan Teknologi Garisan Gol (GLT) tidak akan mewarnai saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim hadapan.

Kedua-dua sistem teknologi itu yang kini sedang diguna secara meluas dalam kancah bola sepak dunia terutamanya Liga Perdana Inggeris (BPL), memerlukan kos perbelanjaan tinggi selain persediaan yang begitu rapi.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam menjelaskan kos GLT lebih tinggi berbanding VAR, dan VAR yang mula digunakan sekitar penghujung 2017 masih mempunyai kelemahan, selain turut menjadi polemik pasukan terbaik dunia.

“VAR itu satu perkara ‘trendy’ untuk diperkatakan, tetapi adakah ia satu penyelesaian dan jika anda tanya kepada pasukan BPL di England, adakah VAR satu penyelesaian? Sampai isu ketiak pun kita boleh pertikaikan, jadi saya tidak rasa ia satu penyelesaian 100 peratus, tetapi dalam sukan kita sentiasa akan ada perkara yang perlu di perdebatkan dan perubahan.

“Jika BPL liga nombor satu dunia pun ada masalah dengan VAR, apatah lagi kita nak tergesa-gesa dalam keadaan yang tidak bersedia. Dalam VAR, kursus dan prosesnya agak panjang, selain kedudukan kita ketika ini belum lagi tepat pada masanya untuk penggunaan VAR atau GLT,” katanya ketika ditemui pemberita di Wisma FAM di sini, pada Rabu.

Menurut Stuart, kos penggunaan VAR dalam satu-satu perlawanan beberapa bulan lepas dianggarkan antara RM50,000 hingga RM100,000 dan nilai itu menunjukkan penurunan dari semasa ke semasa.

“Kos itu sedang turun di serata dunia akibat perkembangan teknologi. Dengan adanya lebih banyak pengguna dalam VAR dan banyak penyedia perkhidmatan yang boleh sediakan perkhidmatan, kita boleh tengok dalam masa terdekat, mungkin kalau kos itu dah sesuai, mungkin kita (FAM) boleh masukkan VAR dalam sistem kita,” jelasnya.

Pada aksi final Piala Malaysia 2019, Sabtu lepas, antara Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT) menyaksikan gol kedua JDT menerusi pemain sayap Muhammad Safawi Rasid, mengundang kontroversi sama ada bola telah melepasi garisan gol atau sebaliknya.

Gol hasil sepakan percuma tonggak skuad kebangsaan itu menggegar tiang dan melintas garisan gol Kedah, sebelum keluar dari pintu gol yang dikawal Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim.

Namun pengadil perlawanan Nazmi Nasaruddin yang mendapatkan nasihat daripada penjaga garisan di belakang gol mengesahkan jaringan itu.

Jersi edisi terhad Team Malaysia semarakkan sokongan di Sukan SEA 2019

KUALA LUMPUR: Penyokong sukan tanah air berpeluang menyarung jersi edisi terhad ‘Team Malaysia’, bagi menunjukkan sokongan kepada kontinjen negara pada Sukan SEA ke-30 di Filipina, yang dijadual berlangsung dari 30 Nov hingga 11 Dis ini.

Pemangku Naib Presiden Eksekutif Unifi, Moharmustaqeem Mohammed berkata Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan kerjasama Paragon Vest Sdn Bhd pada Rabu melancarkan jersi tersebut, yang merupakan versi keempat jersi Team Malaysia selaku penyokong rasmi atlet kebangsaan.

Beliau berkata jersi berkenaan adalah bagi menyokong perjuangan atlet negara pada Sukan SEA 2019 dan Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.

“Kami mahu menyatukan rakyat Malaysia untuk menyokong atlet negara di Sukan SEA. Menyarungkan jersi Team Malaysia sentiasa menjadi kebanggaan semua dan menunjukkan bahawa kita semua bersatu di bawah satu bendera,” katanya pada majlis pelancaran jersi edisi terhad berkenaan di Menara TM di sini pada Rabu.

Jersi dengan cetakan belang harimau merupakan simbol kekuatan, kuasa kepantasan dan kebanggaan negara, selain mewakili semangat penyokong yang memberikan aspirasi kepada atlet Malaysia beraksi di pentas dunia.

Majlis pelancaran itu disempurnakan Moharmustaqeem bersama-sama Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam, jurulatih bawah 22 tahun negara Datuk Ong Kim Swee dan Pengurus Besar Paragon Vest Sdn Bhd Vincent Lai.

‘Jersi Edisi Terhad’ Team Malaysia itu boleh dibeli secara dalam talian melalui laman web https://www.pvestmarketing.com/ pada harga RM59.90 sehelai bermula hari ini, manakala pada 1 Dis ini, orang ramai boleh mendapatkan jersi berkenaan dengan harga RM69.90 di outlet sukan di seluruh negara.

Pada masa sama, Moharmustaqeem berkata selari dengan pelancaran jersi itu, Unifi turut mengadakan peraduan ‘Tanah Pusaka’ yang memerlukan peserta menyampaikan lagu patriotik tahun 1960-an itu secara kreatif sebagai tanda sokongan kepada atlet kebangsaan.

Untuk menyertai peraduan itu, orang ramai perlu menyiarkan video ‘Tanah Pusaka’ menerusi platform media sosial sebelum 15 Nov ini, dengan menyertakan #khabarbaik dan #unifitanahpusaka.

Lima video terbaik akan dipilih sebagai pemenang untuk memberi sokongan kepada atlet Malaysia yang bersaing di Sukan SEA 2019.

Gagal ke Olimpik Tokyo: Salah siapa?

PERMAINAN menuding jari bermula sebaik saja Malaysia tewas 2-5 kepada Great Britain pada aksi kedua play-off kelayakan Sukan Olimpik untuk agregat 3-9 di Pusat Tenis dan Hoki Lee Valley, London, England.

Sama ada mendesak Ketua Jurulatih, Roelant Oltmans, letak jawatan, pemain senior bersara atau barisan pegawai Konfederasi Hoki Malaysia diketuai Presiden, Datuk Seri Subahan Kamal meninggalkan badan induk itu.

Memang mudah untuk menuding jari tetapi kita perlu lihat kepada perkara asas.

Adakah Malaysia sebuah negara hoki?

Adakah sistem yang ada di negara kita membantu melahirkan ratusan pemain muda berbakat setahun untuk disalurkan ke skuad senior kebangsaan?

Nilai kembali faktor akar umbi, berapa banyak padang hoki yang ada di Malaysia? 100?

England yang jadi sebahagian daripada Great Britain saja memiliki lebih 1000 padang hoki.

Adakah pelajar sekolah mendapat tunjuk ajar daripada jurulatih berkelayakan? Jangan salahkan guru kerana ramai yang sanggup berkorban menggunakan wang sendiri walaupun tugas utama mereka mengajar di kelas.

Berapa banyak kelab menyertai Liga Hoki Malaysia?

Berapa lama LHM? Tiga bulan?

Bagaimana dengan program pembangunan? Adakah Malaysia memiliki skuad bawah 16, 18 dan pembangunan seperti India atau gergasi Eropah?

Hasil daripada gabungan ini, itulah wajah skuad senior lelaki dan wanita kebangsaan.

Apa yang kita lihat sejak hampir sedekad lalu lebih mirip kepada mee segera dengan melantik jurulatih luar negara dibantu pakar perunding seperti Micheal McCann, Martijn Drijver dan Taeke Takema untuk jangka masa pendek.

Malah, Oltmans disyaratkan membawa Malaysia ke Sukan Olimpik hanya dalam tempoh setahun selepas dilantik pengendali negara.

Program paling tersusun dalam tempoh itu ialah penubuhan Skuad Projek 2013 (selama empat tahun).

Selepas raih tangga keempat Piala Dunia Remaja 2013, pasukan itu dibubarkan hingga ramai yang berhenti bermain hoki.

Melihat ke depan, kita hanya mendoakan agar juara benua Afrika, Afrika Selatan tarik diri daripada Olimpik Tokyo dan Malaysia dipilih sebagai pengganti memandangkan dikalangan negara gagal ke Tokyo, negara kita menghuni ranking terbaik dunia (11).

Tetapi banggakah mengharapkan tiket pintu belakang?

KHM akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 16 November ini. Saya yakin hala tuju baru akan dirangka.

Saya harap KHM memilih beberapa individu yang benar-benar arif untuk menyusun semula semua program bermula peringkat akar umbi hingga skuad kebangsaan.

Kita sudah bermain di semua peringkat, Piala Asia, Sukan Komanwel, Sukan Asia, Piala Dunia dan hanya kempunan Sukan Olimpik.

Nampak hanya selangkah lagi tetapi realitinya, hanya negara hoki sejati layak bermain di Sukan Olimpik.  – Oleh Bazly Azmi

Kelantan kekal bermain di Liga Premier

KOTA BHARU: The Red Warriors (TRW) sah beraksi pada saingan Liga Premier musim depan selepas memperoleh lesen kelab daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Husin Deraman berkata pihaknya boleh menarik lafaz lega berkaitan isu terbabit (pelesenan kelab) yang sebelum ini menjadi kegelisahan kepada pihak pengurusan persatuan itu.

“Dalam isu lesen, kami berterima kasih kepada FAM dan MFL berikutan telah memperhalusi komitmen kami bagi menyelesaikan isu lesen kelab.

“FAM dan MFL telah membuat satu pertimbangan yang profesional dalam hal itu dan memahami situasi yang dihadapi KAFA,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Sebelum ini, pasukan TRW berdepan pergantungan lesen kelab berikutan KAFA perlu menyelesaikan berberapa masalah antaranya tunggakan gaji pemain dan tunggakan hutang dengan agensi kerajaan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Husin berkata pihaknya turut berterima kasih kepada pemain yang mempunyai tunggakan gaji berikutan telah bertolak ansur dalam rundingan dilakukan bersama.

“Pengajaran yang baik adalah jangan pandang remeh terhadap undang-undang FAM dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sekiranya mahu bermain bola sepak secara profesional.

“Jawatankuasa dan pengurusan pasukan akan mula bertindak segera untuk membuat gerakan bagi melaksanakan perancangan yang telah dibuat sebelum ini,” katanya.

Dalam kenyataan media FAM semalam, First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM pada 4 November 2019 telah bermesyuarat dan membuat semua keputusan berkaitan pelesenan yang tertangguh dan permohonan lesen yang diberikan lanjutan bagi memenuhi kriteria pelesenan kelab untuk penyertaan liga kebangsaan 2020.

Bagi Liga Premier, keputusan lesen bagi Kelantan FA, Sarawak FA dan UKM FC telah dibuat selepas tarikh akhir lanjutan pada 30 Oktober 2019.

UKM FC telah diberikan lesen kebangsaan. Kelantan FA dan Sarawak FA pula diberikan lesen kebangsaan dengan bersyarat disebabkan beberapa jaminan yang diperlukan daripada pihak ketiga.

Enam pasukan diberi lesen kebangsaan oleh FAM

KUALA LUMPUR: Enam pasukan iaitu dua pasukan Liga Super dan empat pasukan Liga Premier telah diberi lesen kebangsaan oleh First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia 2020.

Dua pasukan Liga Super adalah Melaka dan PKNS FC, manakala empat pasukan Liga Premier adalah UKM FC, Selangor United, PDRM dan Pulau Pinang.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam dalam satu kenyataan berkata, FIB Pelesenan FAM yang bermesyuarat pada Isnin bersetuju memberi lesen kebangsaan, dengan bersyarat kepada pasukan Kelantan dan Sarawak disebabkan beberapa jaminan yang diperlukan daripada pihak ketiga.

“Kedua-dua pasukan telah mengemukakan dokumen sokongan yang menunjukkan jaminan untuk semua perkara yang tertunggak dan akan dipantau untuk memastikan semua jaminan itu dipenuhi. Jika ada yang gagal, lesen kebangsaan mereka boleh dibatalkan,” katanya.

Stuart memaklumkan dua pasukan berkenaan serta pasukan UKM FC diberi amaran oleh FIB Pelesenan FAM supaya lebih teliti dan memberi perhatian terhadap tarikh akhir lanjutan yang berakhir pada 30 Okt lalu.

Beliau pada masa sama turut menegaskan walaupun kesemua kelab berkenaan telah menerima lesen kebangsaan berdasarkan penyelesaian daripada sebarang tunggakan sehingga 30 Jun lalu, sebarang tunggakan selepas tarikh berkenaan, perlu diisytiharkan pelan penyelesaiannya kepada FAM selewat-lewatnya pada 15 Dis ini.

Beliau memaklumkan pasukan-pasukan terlibat dikehendaki menyediakan Surat Akuan Berkanun pada 15 Dis ini, untuk mengisytiharkan bahawa jika mereka mempunyai sebarang bayaran tertunggak pada tarikh berkenaan dan pelan untuk melunaskan hutang-hutang berkenaan.

Ia bertujuan memastikan tiada sebarang tunggakan dari 2019 yang akan dibawa ke musim 2020, jelas Stuart.

“Sebagai penambahan kepada pengisytiharan itu, Unit Pelesenan Kelab akan menjalankan pemeriksaan ke kelab-kelab tertentu bagi memastikan kelab mengambil prosedur tertentu untuk menyelesaikan bayaran tertunggak dan ia perlu selari dengan apa yang telah mereka isytiharkan,” tegas Stuart.

Berbaloi Chelsea beli Pulisic

PELABURAN Chelsea terhadap Christian Pulisic disifatkan berbaloi dalam memperkasa cabaran The Blues pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Penyerang muda Chelsea, Tammy Abraham menyifatkan kehadiran Pulisic yang menyumbang satu gol ketika membantu The Blues menewaskan Watford 3-1 di Vicarage Road sebelum ini sebagai satu petanda positif kepada kelab berkenaan.

“Secara peribadi saya senang dengan kehadiran Pulisic yang diturunkan dalam kesebelasan utama beberapa perlawanan baru-baru ini dan dia sudah pun membuktikan prestasi sebenarnya apabila mula menjaringkan gol.

“Saya berharap dapat terus digandingkan bersama Pulisic kerana kami mudah membentuk keserasian ketika beraksi bersama di padang.

“Kami mudah bekerjasama ketika latihan untuk mengetahui pergerakan masing-masing, bila masa sesuai dia mengumpan atau saya memberikan umpan. Kami juga tahu bila masa sesuai untuk berada dalam kawasan penalti,” katanya.

Pulisic yang menyertai Chelsea dari Borussia Dortmund pada Januari dengan nilai £58 juta (RM298.85 juta) sebelum menghabiskan baki musim lalu secara pinjaman di Jerman dilihat berjaya menyisihkan segala keraguan mengenai potensi dirinya setakat ini.

Pada awal musim ini, pemain Amerika Syarikat itu diberi kepercayaan berada dalam kesebelasan utama Chelsea, namun sejak Pedro dan Willian pulih daripada kecederaan menyebabkan peluangnya semakin terhad.

Namun, Pulisic yang kali terakhir membarisi kesebelasan utama ketika bertemu Sheffield United 31 Ogos lalu membalas kepercayaan pengendali Chelsea, Frank Lampard apabila meledak hatrik ketika membantu The Blues mengatasi Burnley 4-2 di Turf Moor pada 27 Oktober lalu.

Chelsea kini berjaya mengekalkan rentak kemenangan apabila menang dalam lima perlawanan terakhir mereka, sekali gus berada pada kedudukan keempat liga dengan 23 mata selepas 11 perlawanan.

Everton sahkan Gomes retak, terkehel buku lali

EVERTON mengesahkan Andre Gomes mengalami keretakan pada buku lali kanannya yang terkehel ketika terikat 1-1 dengan Tottenham Hotspur di Goodison Park awal pagi tadi dan akan menjalani pembedahan secepat mungkin.

Gomes diusung keluar padang selepas dikasari Son Heung-min sebelum berlanggar dengan Serge Aurier.

Penyerang Spurs, Heung-min, yang diarahkan keluar padang oleh pengadil, Martin Atkinson, kelihatan bingung dan terkilan sebelum dipujuk ke terowong pemain manakala pemain kedua-dua pasukan itu turut terkesan dengan insiden berkenaan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Everton berkata: “Everton boleh mengesahkan bahawa Andre Gomes akan menjalani pembedahan Isnin ini (awal pagi esok) selepas mengalami kecederaan buku lali ketika perlawanan menentang Tottenham.

“Pemain kebangsaan Portugal itu telah diusung keluar padang dalam babak kedua dan terus dikejarkan dengan ambulans ke Hospital Aintree dan ditemani beberapa ahli pasukan perubatan Everton.

“Selepas menjalani pemeriksaan, adalah disahkan bahawa dia mengalami keretakan di buku lali kanan yang terkehel.”