Atlet Malaysia yang berada di 13 negara luar dalam keadaan baik – KBS

KUALA LUMPUR: Kesemua 48 atlet negara termasuk atlet profesional dan atlet-atlet di bawah Persatuan-Persatuan Sukan yang kini berada di luar negara berada dalam keadaan baik dan selamat.

Bagaimanapun Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) dalam satu kenyataan media berkata pihaknya akan sentiasa memantau perkembangan dan keperluan dari semasa ke semasa serta bersedia untuk membantu atlet-atlet Malaysia di luar negara untuk pulang ke tanah air sekiranya perlu.

“Para atlet berkenaan masih berada di luar negara adalah disebabkan mengikuti pengajian tinggi/bersekolah, mewakili kelab luar negara sebagai atlet professional, mengikuti latihan atau pertandingan, bermastautin tetap dan bercuti.

“Kesemua mereka berada di 13 buah negara berlainan seperti Thailand, Amerika Syarikat, Australia, Jerman, UK, Jepun, Kanada, Sweden, Perancis, Switzerland, Singapura, Chinese Taipei, dan Indonesia,” jelas kementerian itu pada Isnin.

Daripada jumlah atlet tersebut, seramai 25 orang terlibat dalam Program Podium (Sukan Renang, Berbasikal, Olahraga, Muay Thai dan Golf) manakala 23 orang di luar Program Podium (Lawan Pedang, Hoki Ais, Bola Sepak, Luncur Ombak, Mendayung, Skating, Golf, Skate Board, dan Ragbi).

Di samping itu, atlet-atlet Malaysia mahupun atlet persendirian atau persatuan dan keluarga mereka adalah dinasihatkan juga untuk berdaftar dan berhubung dengan Kedutaan Malaysia atau Pejabat Konsulat Malaysia yang berdekatan untuk tujuan perkembangan dan laporan terkini dan juga sekiranya ada sebarang keperluan kecemasan.

Bagaimanapun Menteri Luar Negeri menasihati agar rakyat Malaysia yang berada di dua negara (Amerika Syarikat dan UK) untuk membuat perancangan awal untuk pulang ke Malaysia sebelum negara itu mengenakan perintah berkurung.

Para Sukma 2020 tangguh ekoran COVID-19, kata MPM

KUALA LUMPUR: Para Sukan Malaysia (Para Sukma) 2020 di Johor yang dijadualkan pada Ogos ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian susulan ancaman wabak COVID-19.

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata tarikh baharu Para Sukma 2020 akan ditentukan sebaik tarikh Sukma Johor 2020 ditetapkan.

“Memandangkan ia adalah isu sejagat serta mampu mengancam keselamatan dan kesejahteraan atlet para yang memerlukan lebih perhatian terutama membabitkan isu kesihatan, maka adalah lebih baik untuk Para Sukma Johor 2020 ditangguhkan.

“Segala perkembangan terbaru akan dibincangkan sekali lagi bersama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN),” menurutnya dalam kenyataan.

Keputusan menangguhkan temasya dwitahunan itu dicapai dalam mesyuarat khas Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia Para secara dalam talian pada Isnin.

Mesyuarat yang berlangsung selama setengah jam itu dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Dr Waitchalla RRV Suppiah bagi membincangkan situasi terkini penganjuran Para Sukma Johor 2020.

Ia turut disertai ketua pengarah MSN, ketua pegawai eksekutif Sukma Johor, ketua pegawai Institut Sukan Negara dan timbalan ketua pengarah bahagian pembangunan sukan di JBSN termasuk 13 pengarahnya serta pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican telah mengumumkan bahawa Sukma 2020 yang dijadualkan pada Julai ini ditangguh ke satu tarikh akan ditetapkan kemudian susulan pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini.

COVID-19: Pemain Juve setuju gaji dibekukan selama empat bulan

PEMAIN Juventus dan pengurus pasukan, Maurizio Sarri bersetuju untuk tidak dibayar gaji selama empat bulan bagi membantu kelab itu menjimatkan sekitar 90 juta euro (RM435 juta) akibat penggantungan liga bola sepak di Itali.

Ini bermakna, Juventus yang turut dibarisi bintang Portugal, Cristiano Ronaldo akan tidak menerima gaji penuh dari Mac hingga Jun 2020.

Kesemua liga bola sepak di Itali digantung sekurang-kurangnya sehingga 3 April akibat penularan wabak Covid-19.

Kelab Itali itu sedang mendahului Liga Serie A dengan satu mata di hadapan pencabar terdekat, Lazio.

Setakat ini semua aktiviti sukan di Itali juga digantung sehingga 3 April.

Para pemain di Liga Eropah seperti di Jerman pula bersetuju menerima pemotongan gaji selain empat kelab terbaik di negara itu bersetuju menderma 20 juta euro untuk membantu kelab yang lebih kecil mengharungi krisis coronavirus di sana.

Kes baharu jangkitan Covid-19 di Itali meningkat kepada 919 pada Sabtu, yang tertinggi setakat ini dicatat negara itu.

Sehingga kini lebih 9,000 orang sudah meninggal dunia akibat virus itu.

Pihak berkuasa Itali memberi amaran bahawa perintah larangan keluar rumah kemungkinan dilanjutkan.

Penangguhan SUKMA 2020 langkah tepat – Abdul Karim

KUCHING: Sarawak mengalu-alukan penangguhan Sukan Malaysia ke-20 (SUKMA 2020) yang dijadual berlangsung di Johor dari 11 hingga 19 Julai ini.

Keputusan dibuat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA berikutan kebimbangan terhadap penularan pandemik COVID-19 yang melanda negara.

Kementerian Belia dan Sukan Sarawak menerusi satu kenyataan bertarikh 27 Mac memaklumkan keputusan itu sudah dijangka.

Malah Menterinya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata langkah itu tepat bagi mengelakkan wabak itu terus merebak.

“Kami dimaklumkan mengenai keputusan ini semalam (26 Mac) selepas mesyuarat menerusi sidang video yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican,” jelas Abdul Karim.

Beliau menambah tindakan itu selari keputusan Jepun dan Majlis Olimpik Antarabangsa IOC menangguhkan temasya Olimpik Tokyo ke tahun hadapan.

Kenyataan Belia dan Sukan Sarawak yang memaklumkan reaksi terhadap penangguhan SUKMA 2020

Pada Khamis, Reezal dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan menangguhkan temasya dwi tahunan itu dibuat selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tertinggi Sukma menerusi sidang video.

Jawatankuasa tersebut juga bersetuju agar tarikh baharu Sukma Johor 2020 diputuskan pada mesyuarat yang akan datang iaitu selewat-lewatnya awal Mei depan.

PSG sell out special jerseys, raise over 200,000 euros for hospitals

Paris St Germain have raised over 200,000 euros (180,603.48 pounds) for local healthcare professionals battling the coronavirus outbreak with the release of a limited edition jersey, the Ligue 1 champions have said.

The shirt is a replica of PSG’s current home strip but has the words ‘Tous Unis’ (All Together) where the main sponsor logo usually sits and features badges pledging support to doctors.

The club confirmed on Twitter they had sold out a batch of 1,500 shirts via their online store on Thursday night, with all the proceeds going to Assistance Publique Hopitaux de Paris.

“We cannot be grateful enough for the tremendous and courageous work that healthcare staff are doing every day to deal with this emergency,” PSG President Nasser al-Khelaifi said.

More than 25,000 people in France have been infected by the virus and over 1,300 have died, according to Reuters tally.

COVID-19: Empat kelab Bundesliga sumbang RM96 juta

BAYERN Munich, Borussia Dortmund, RB Leipzig dan Bayer Leverkusen berikrar akan menyumbangkan EUR20 juta (RM96 juta) sebagai sokongan buat kelab Bundesliga dan 2.Bundesliga yang bergelut dengan kewangan akibat wabak koronavirus.

Musim bola sepak di Jerman ditangguhkan sekurang-kurangnya sehingga 30 April depan susulan penularan wabak COVID-19 yang telah menjangkiti hampir 40,000 penduduk di Jerman sekali gus muncul selaku negara ketiga tertinggi dalam Eropah.

Penangguhan kempen itu dilihat memberi kesan besar kepada kewangan beberapa kelab sehingga memaksa melakukan pemotongan gaji dan sebagainya.

Pemain kelab Bundesliga, Union Berlin, bersetuju untuk menerima potongan gaji bagi menggalakkan pertumbuhan pasukan tetapi langkah yang diambil empat wakil Jerman dalam Liga Juara-Juara Eropah itu dilihat mampu membantu banyak pasukan dalam dua liga tertinggi negara itu.

Kenyataan yang dikeluarkan semalam oleh Liga Bolasepak Jerman (DFL) mengesahkan sumbangan sebanyak RM96 juta akan dilakukan oleh empat kelab dalam usaha membantu keuntungan media kebangsaan oleh DFL dalam musim akan datang.

Nilai sekitar EUR12.5 juta (RM60 juta) akan disumbangkan melalui sumber persendirian kelab.

“Kempen ini dilakukan sebagai tanda sokongan buat Bundesliga dan 2.Bundesliga. Presidium DFL berbesar hati dengan langkah empat kelab itu terhadap pasukan lain,” kata jurucakap DFL, Christian Seifert.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bayern, Karl Heinz Rummenigge, menambah: “Bersama tiga lagi pasukan Liga Juara-Juara, kami mahu memberikan tanda sokongan buat semua kelab dalam Bundesliga dan 2.Bundesliga menerusi usaha inin.

“Dalam tempoh sukar ini, penting untuk mereka yang lebih mampu untuk menyokong kelompok yang lemah. Jadi, kami mahu buktikan bahawa bola sepak itu bersatu.”

DFL akan membuat keputusan terperinci mengenai pengagihan sumbangan RM96 juta itu.

COVID-19: Perjalanan Liga Malaysia 2020 terganggu – FAM

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, situasi semasa akibat penularan wabak COVID-19 telah memberi kesan kepada perjalanan Liga Malaysia 2020.

Namun, pihaknya yakin segala masalah yang berkaitan mampu diselesaikan dengan kerjasama daripada FAM, Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), kelab serta para pemain dan pegawai pasukan.

“Kita sedia maklum yang kelab-kelab ini mungkin berdepan masalah kewangan kerana ketiadaan perlawanan berlangsung ketika ini, sekali gus menjejaskan sumber kutipan tiket masing-masing dan pada masa yang sama perlu meneruskan juga pembayaran gaji kepada para pemain dan pegawai.

“Situasi seperti ini bukan kita minta dan tidak dapat dielakkan tetapi apabila ia berlaku, perbincangan dan persetujuan bersama adalah sesuatu yang perlu dicapai bagi memastikan kepentingan semua pihak dapat dijaga.

“Sama seperti FAM, kami di MFL sentiasa bersedia untuk dihubungi oleh mana-mana rakan kongsi liga untuk sebarang perbincangan,” ujarnya.

Beliau yang juga Presiden MFL berkata, FAM bersama-sama MFL akan mencari jalan penyelesaian berhubung situasi ini dengan pemegang taruh yang terlibat terutamanya kelab, pemain dan pegawai.

“Meskipun keputusan lanjutan penangguhan ini adalah satu keputusan sukar tetapi keputusan ini harus dibuat demi kepentingan dan keharmonian rakyat.

“FAM bersama MFL sentiasa mengutamakan rakyat dalam usaha mencegah wabak COVID-19 daripada terus menular apatah lagi kita mencatat peningkatan jangkitan di kalangan masyarakat ketika ini,” katanya menerusi kenyataan media di Facebook rasmi FAM.

Dalam masa sama, FAM juga kata beliau, mengambil maklum berhubung situasi semasa tahap penularan terkini wabak COVID-19 yang telah menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April ini.

Untuk itu, FAM bersetuju untuk terus menangguhkan kesemua aktiviti di bawah pengelolaan FAM, MFL serta Amateur Football League (AFL) sehingga tarikh baharu diumumkan kelak.

Dalam perkembangan sama, beliau turut memberitahu bahawa FAM dan MFL telah sedia maklum bahawa Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) meminda beberapa tarikh penting melibatkan pasukan kebangsaan selain perlawanan-perlawanan Asian Champion League (ACL) dipinda ke bulan Mei dan Jun depan.

COVID-19: Sukan Olimpik dan Paralimpik ditangguh setahun

TEMASYA Olimpik dan Paralimpik 2020 di Tokyo akan ditangguhkan selama setahun susulan penularan wabak COVID-19.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berkata Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach hari ini bersetuju dengan cadangan Jepun untuk menangguhkan acara sukan empat tahun sekali itu.

“Cadangan saya ialah menangguhkannya setahun dan Presiden (IOC) telah memberikan persetujuan,” kata Abe.

Penangguhan ini juga membabitkan Sukan Paralimpik Tokyo.

“Ini akan memungkinkan para atlet untuk membuat persiapan yang terbaik, dan akan menjadikan acara ini selamat untuk atlet dan penonton,” tambah beliau.

Persetujuan itu hadir selepas Persatuan Olimpik British (BOA) bermesyuarat pada Selasa untuk membincangkan perkara berkenaan.

Ini adalah kali pertama Sukan Olimpik ditangguhkan.

Sebelum ini, Sukan Olimpik hanya dibatalkan sepenuhnya semasa tempoh peperangan iaitu pada tahun 1916, 1940 dan 1944.

28 bintang bola sepak sertai kempen FIFA/WHO tumpaskan COVID-19

GENEVA: Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan kerjasama memerangi COVID-19 dengan melancarkan kempen yang diwakili pemain bola sepak terkenal dunia.

Kempen itu memberi penekanan kepada semua orang untuk mengikuti lima langkah utama menghentikan penyebaran penyakit ini.

Kempen ini selari dengan panduan WHO yang memberi tumpuan kepada mencuci tangan, etika batuk, tidak menyentuh wajah, jarak fizikal, dan tinggal di rumah jika berasa tidak sihat.

“FIFA dan presidennya Gianni Infantino terlibat secara aktif dalam menyampaikan mesej terhadap pandemik ini sejak awal lagi.

“Melalui kempen atau pembiayaan, FIFA bertegas dalam isu COVID-19 dan saya gembira bahawa bola sepak dunia menyokong WHO untuk kempen ini,” kata Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus pada pelancaran maya kempen itu di ibu pejabat organisasi itu di Geneva, Switzerland.

Sementara itu, Gianni menjelaskan usaha menentang COVID-19 perlukan kerja berpasukan.

“FIFA telah bekerjasama dengan WHO kerana kepentingan kesihatan itu sendiri.

“Saya menyeru komuniti bola sepak di seluruh dunia untuk menyertai kami dalam menyokong kempen ini untuk menyampaikan mesej dengan lebih jauh lagi.

“Beberapa pemain hebat telah melibatkan diri dalam kempen itu dan bersatu dalam hasrat mencegah COVID-19,” katanya.

Dua puluh lapan pemain terlibat dalam kempen video yang diterbitkan dalam 13 bahasa.

Mereka adalah Sami Al Jaber (KSA), Alisson Becker (BRA), Emre Belözoğlu (TUR), Jared Borgetti (MEX), Gianluigi Buffon (ITA), Iker Casillas (ESP) Dato (CHN), Samuel Eto’o (CMR), Radamel Falcao (COL), Laura Georges (FRA), Valeri Karpin (RUS), Miroslav Klose (GER) Lloyd (AS), Lionel Messi (ARG), Mido (EGY), Michael Owen (ENG), Park Ji-sung (KOR), Carles Puyol (ESP), Célia Šašić (CIV), Juan Sebastián Verón (ARG), Sun Wen (CHN) dan Xavi Hernández (ESP).

Satu kempen video, yang akan diterbitkan pada pemain dan saluran digital FIFA dan disediakan sebagai dokumen kepada 211 ahli persatuan FIFA dan agensi media, bersama-sama dengan kemudahan grafik untuk penyebaran mesej kempen lebih luas di media sosial.

Lima langkah utama untuk menghentikan penyebaran COVID-19

Tangan

“Ia bermula dengan tangan anda,” kata Alisson Becker, Duta WHO untuk promosi kesihatan.

Beliau juga penjaga gol Liverpool FC dan Brazil selain Penjaga Gol Terbaik FIFA, 2019 menasihati semua untuk mencuci tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air atau cacair berasaskan alkohol.

Jelasnya, langkah itu dapat membunuh virus yang mungkin berada di tangan.

Tambahnya, walaupun ia nampak mudah namun sangat penting untuk diaplikasikan.

Siku

“Tutup hidung dan mulut menggunakan siku atau tisu apabila bersin atau batuk, keluarkan tisu segera dan basuh tangan anda,” kata Carli Lloyd yang merupakan pemenang dua kali Piala Dunia Wanita FIFA dari Amerika Syarikat,” katanya.

Nasihatnya, dengan mengikuti kebersihan pernafasan, ia usaha melindungi orang di sekeliling daripada diserang virus, seperti selesema dan COVID-19.

Wajah

“Elakkan menyentuh wajah anda, terutamanya mata, hidung atau mulut untuk mencegah virus memasuki badan,” kata pemain Barcelona FC dan Argentina Lionel Messi.

Messi yang juga pemain Terbaik FIFA Lelaki pada 2019 dan pemenang FIFA Ballon d’Or menjelaskan fungsi tangan yang menyentuh banyak permukaan mungkin membawa mudarat.

“Sebaik sahaja tercemar, tangan boleh memindahkan virus ke wajah anda, di mana virus boleh bergerak ke dalam badan anda menjadikan anda berasa tidak sihat,” ujarnya.

Jarak

“Dari segi interaksi sosial, ambil langkah yang selamat, sekurang-kurangnya satu meter dari orang lain,” kata Han Duan, yang mewakili China 188 kali dalam kerjaya antarabangsa yang mencecah 11 tahun.

Jelasnya, dengan mengekalkan jarak sosial, ia membantu untuk mengelakkan jangkitan akibat titisan air halus selepas seseorang yang dijangkiti bersin atau batuk.

Rasa – tahu gejala anda

“Jika anda berasa tidak sihat, tinggal di rumah.

“Sila ikuti semua arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa kesihatan tempatan anda,” kata Samuel Eto’o, bekas penyerang FC Barcelona dan Cameroon, yang mewakili negaranya sebanyak 114 kali.

Dapatkan rawatan perubatan sekiranya mengalami demam, batuk dan kesukaran bernafas, katanya lagi.

“Perlu dimaklumkan bahawa pihak berkuasa kesihatan tempatan memberikan maklumat terkini mengenai keadaan di kawasan anda.

“Sila ikuti arahan khusus dan hubungi mereka untuk membolehkan mereka mengarahkan anda ke kemudahan kesihatan tempatan yang sesuai.

“Ini melindungi anda dan membantu mencegah penyebaran virus dan jangkitan lain,” jelasnya.

Safety, security of athletes, officials top priority in decision on Olympic participation – Minister

KUALA LUMPUR: The safety and security aspects of national athletes and officials will be given the highest priority before a final decision is made on the Malaysian contingent’s participation at the 2020 Tokyo Olympic Games in July following the COVID-19 pandemic.

Youth and Sports Minister Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican said in a statement today that the ministry will work closely with the Olympic Council of Malaysia (OCM) regarding both aspects.

He also believes that the International Olympic Council (IOC) and all its affiliates will take appropriate measures by heeding the views and suggestions of the World Health Organisation and the United Nations should the pandemic worsen and get out of control.

He also confirmed that Malaysia was among the 45 affiliates who recently gave their backing to the IOC, via a video conference call, for the Olympics to be held as scheduled from July 24 to Aug 9, before adding that the support was subject to several conditions.

Among them being IOC to strive to make fair changes to athletes’ qualifying systems, priority be given to the safety and security of athletes and officials as well as to constantly monitor the latest development on the COVID-19 threat.