Fernandes penalty earns United a point at Tottenham

LONDON: Manchester United’s Bruno Fernandes fired home a late penalty to rescue a point for the visitors in a lively 1-1 draw at Tottenham Hotspur in the Premier League on Friday.

It had looked as though Dutchman Steven Bergwijn’s first-half strike would prove enough to revive Tottenham’s faltering hopes of qualifying for the Champions League.

But United, with Paul Pogba on as a second-half substitute for his first appearance since January because of injury, stretched their unbeaten run in all competitions to 12.

Pogba immediately added some spark to United’s play and it was his dribble that forced a clumsy tackle by Eric Dier to concede the penalty that Fernandes fired past Hugo Lloris.

United thought they had another penalty awarded in stoppage time when Fernandes went over under challenge from Dier but VAR rightly reversed the decision to the home side’s relief.

Spurs remained in eighth spot on 42 points while United are fifth on 46, two points behind fourth-placed Chelsea.

The usual pre-match music bellowed around the empty 62,000-seater stadium, but after the whistle blew an eerie silence descended — the new normal in the Premier League since the restart from the stoppage caused by the coronavirus pandemic.

Despite the lack of atmosphere there was no lack of energy on the field in an often feisty clash.

SUPERB STRIKE

Marcus Rashford, who used the long break to recover from a back injury, almost gave United the lead after 21 minutes when his close-range volley was kept out by Lloris’s legs.

It was Tottenham who went ahead though shortly afterwards.

Bergwijn marked his Spurs debut with a superb strike against Manchester City in February and showed again why the club signed him from PSV Eindhoven in the January transfer window.

His strike after a surging run was fierce but straight at David de Gea who could only deflect it into the net.

The Spanish keeper did much better soon after when he tipped Son Heung-min’s header over the bar.

Pogba replaced the ineffective Fred just past the hour and United were immediately more dangerous.

Twice Anthony Martial looked certain to equalise, first when Dier made a sliding interception to block his shot and then when Lloris produced a stunning flying save.

Victory would have launched Spurs back into the hunt for a top-five finish but Dier’s rash tackle left them frustrated.

It could have been worse for Jose Mourinho’s side. After their VAR let-off United substitute Mason Greenwood went agonisingly close to snatching a winner.

Timo Werner sah ke Chelsea

PENYERANG RB Leipzig, Timo Werner sah akan menyertai Chelsea selepas syarat peribadi untuk menyertai the Blues berjaya dimuktamadkan.

Pemain Jerman berusia 24 tahun itu akan menyertai Chelsea pada Julai, selepas musim Bundesliga Jerman tamat.

Werner yang menyertai Leipzig dari Stuttgart pada 2016 berjaya menjaringkan 32 gol dalam semua kejohanan untuk kelab Jerman itu musim ini.

Sebelum ini, Werner dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool namun perjanjian gagal dicapai kerana bayaran perpindahan yang terlalu tinggi.

Liverpool dilaporkan tidak mahu membayar jumlah penebusan kontrak Werner yang dikatakan bernilai lebih £50 juta (RM268 juta).

Chelsea dipercayai membayar sekitar £43 juta untuk membawa Werner ke Stamford Bridge bagi menguatkan barisan serangan skuad Frank Lampard.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Chelsea, pengarah kelab itu, Marina Granovskaia menyatakan keterujaannya dapat membawa seorang nama besar di Eropah ke Stamford Bridge.

Werner pula memberitahu dia gembira dan bangga dapat menyertai kelab hebat seperti Chelsea.

EPL: Manchester City benam Arsenal 3-0

AKSI sulung tertutup Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi menyaksikan Manchester City menang selesa 3-0 ke atas Arsenal.

Perlawanan turut menyaksikan pemain Arsenal, David Luiz dilayangkan kad merah.

Jaringan City dihasilkan di babak kedua masing-masing pada minit ke 45, 51 dan 91. Arsenal bagaimanapun gagal meledakkan sebarang gol di gawang City.

Luiz, yang menjadi pemain gantian pada babak pertama, dilayangkan kad merah selepas menarik Riyad Mahrez. Kesilapan itu menyebabkan City dianugerahkan sepakan penalti.

City kini di kedudukan kedua liga sementara Arsenal di tangga kesembilan

Sementara itu, satu lagi perlawanan menyaksikan Aston Villa dan Sheffield United seri tanpa jaringan.

Dalam pada itu, pemain EPL turut menunjukkan solidariti dengan gerakan Black Lives Matter.

Pemain Arsenal dan Manchester City berlutut sebagai solidariti sebelum sepak mula di Stadium Ethihad.

Perkataan Black Lives Matter turut menggantikan nama pemain di belakang jersi.

Pemain turut bertafakur seminit bagi memperingati mangsa koronavirus.

Mereka turut memakai logo biru perkhidmatan kesihatan nasional, bagi menyatakan sokongan kepada petugas barisan hadapan ketika berdepan pandemik COVID-19.

Leukemia, strok lebur impian Faiz Putra

IMPIAN Mohd Faiz Putra Abd Razak untuk bergelar jurulatih negara tidak kesampaian apabila terlantar di hospital sejak April lalu, bekas pemain kebangsaan itu disahkan mengidap leukemia dan strok.

Dulu hebat di dalam gelanggang, kini Faiz terlantar di hospital apabila menghidap leukemia dan lebih parah, dia diserang strok hingga lumpuh bahagian kiri badan.

Bekas atlet bola tampar pantai berusia 30 tahun itu sepatutnya buat penampilan sulung sebagai jurulatih negara pada Kejohanan Bola Tampar Pantai B-19 tahun Asia di Bangkok, Oktober depan namun impian itu nampaknya — tidak kesampaian.

“Saya tidak sangka penyakit yang dihadapi mampu sampai ke tahap kanser ditambah pula dengan penyakit Arteriovenous Malformation (AVM), penyakit yang boleh berlaku kepada satu populasi di dunia, semua ini berlaku secara mengejut,” kata Faiz.

“Kedua-dua orang anak kami adalah kekuatan saya untuk terus membantu suami agar kembali sembuh seperti sedia kala,” kata isteri Faiz, Nur Ili Ibrahimul Ghani.

Mungkin ramai yang tidak mengenali siapa Faiz Putra yang turut bertugas sebagai pensyarah di UiTM Perlis.

Faiz sebenarnya pernah beraksi dalam Kejohanan Bola Tampar Pantai Jelajah Dunia Terbuka Malaysia tiga tahun lalu dan berjaya mara ke suku akhir.

Pencapaian Terbaik :
• Suku Akhir Jelajah Dunia
Terbuka Malaysia 2017

Fakta Menarik :
• Wakili Malaysia bersama
Rafi Asruki sejak 2006 -2017
secara separuh masa.

• Pensyarah Fakulti
Sains Sukan & Rekreasi di
UiTM Perlis.

Kompleks sukan rekreasi di Sarawak dibuka dua hari lagi

KUCHING: Kerajaan negeri Sarawak bersetuju untuk membuka semula kemudahan kompleks sukan rekreasi di negeri ini bermula 17 Jun 2020.

Keputusan pembukaan semula dicapai kerajaan negeri setelah diperhalusi oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Malah keputusan dibuat berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) dikemukakan telah dipersetujui.

Keputusan berkenaan diumumkan Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah di Kuching pada Isnin.

Bagaimanapun sebahagian daripada aktiviti sukan yang dibenarkan hanya dihadkan kepada atlet negeri Sarawak untuk tujuan latihan.

“Ada fasiliti yang hanya dibuka untuk persiapan atlet negeri ini ke Sukan Malaysia (SUKMA) dan ada fasiliti dibuka kepada orang awam namun fasiliti seperti kolam renang masih tidak dibenarkan.

“Bagaimanapun saya mahu kompleks sukan dibuka untuk mereka (atlet Sarawak) dibuka kerana mereka memerlukan pusat latihan strategik dan dikhususkan bagi tujuan ini dan bayangkan sekiranya kolam renang ditutup sehingga Ogos atau September, pasti sukar untuk kita meraih pingat,” katanya.

Menerusi sidang media tersebut, tujuh kategori sukan dibenarkan antaranya sukan air, sukan individu, sukan berpasukan, sukan tempur/kombat, sukan permotoran, sukan ekstrem/sukan udara dan sukan riadah.

Bagaimanapun terdapat larangan bagi ketujuh-tujuh kategori sukan ini.

Ini termasuk aktiviti sukan/rekreasi yang dilakukan di kolam renang kecuali atlet renang dan terjun elit Sarawak, aktiviti sukan/rekreasi yang bersentuhan fizikal (anggota badan), aktiviti perlawanan atau permainan bagi sukan berpasukan dan sukan tempur/kombat dan penganjuran kejohanan/pertandingan melibatkan selain dari pemain seperti pegawai teknikal, penyokong dan penonton.

EPL disambung semula minggu ini

LIGA Perdana Inggeris (EPL) akan bersambung semula minggu ini dengan perlawanan minggu ke-29 yang tidak sempat dimainkan akibat pandemik COVID-19.

Dua baki perlawanan tersebut adalah Aston Villa menentang Sheffield United dan Manchester City menentang Arsenal pada awal pagi Khamis.

Peminat bola sepak Inggeris sudah pasti tidak sabar untuk menyaksikan pasukan pilihan mereka beraksi semula dalam saingan EPL yang digantung sejak 13 Mac akibat pandemik COVID-19.

Semasa liga dihentikan, Liverpool yang menang 27 daripada 29 perlawanan mendahului carta dengan 82 mata.

The Reds meninggalkan jauh Manchester City di tempat kedua dengan 25 mata dan memerlukan sekurang-kurangnya dua kemenangan sahaja untuk mengesahkan kejuaraan menjadi milik mereka.

Kali terakhir Liverpool memenangi gelaran utama Liga Inggeris adalah pada 1990 dan pandemik COVID-19 merencatkan usaha The Reds melakar pelbagai sejarah baharu EPL.

Liverpool mungkin mengesahkan kejuaraan milik pasukan Merseyside itu seawal Ahad ini jika City gagal menewaskan Arsenal dalam perlawanan yang akan berlangsung pada 18 Jun ini jam 3:15 pagi.

City yang dikendalikan Pep Guardiola akan menerima kunjungan Arsenal yang dibimbing bekas pembantu pengurus The Citizens, Mikel Arteta.

Arsenal melalui prestasi tidak menentu musim ini apabila sekadar mencatat sembilan kemenangan dan 40 mata kini berada di tangga kesembilan liga.

Sementara Liverpool akan mengharungi Merseyside Darby menentang jiran mereka Everton pada Ahad.

Luqman Hakim lantik ejen berpangkalan di Eropah

KUALA LUMPUR: Ketika namanya kecoh diperkatakan, pemain bola sepak sensasi negara, Luqman Hakim Shamsuddin, mengambil langkah melantik ejen yang berpangkalan di London  untuk mengendalikan kerjayanya selepas ini.

Syarikat berkenaan, EL-EF Sport memaklumkan perkara itu di laman sosial pada Jumaat.

Langkah itu diambil selepas Luqman, 18, dipanggil menyertai kelab divisyen satu Belgium, KV Kortrijk, malah terdapat juga laporan dia turut diintai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Kami dengan sukacitanya mengumumkan telah menandatangani salah seorang bakat muda paling berpotensi dari Asia.

“Kami berharap dapat bekerjasama dengan Luqman dan membantunya dalam memulakan perjalanan karier profesionalnya,” kata mereka.

Nama Luqman kembali hangat sejak beberapa hari lalu apabila pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat pendedahan tentang pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu yang didakwa bukan dibeli oleh KV Kortrijk.

Sebaliknya, TMJ berkata penyerang muda itu ‘terpaksa’ diambil kerana faktor bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman.

“Bos anda, Tan Sri Vincent Tan beritahu saya dia tak beli Luqman tetapi dia terpaksa ambil pasal menteri tissue (Syed Saddiq) dan Tun ‘request’ (mohon). Demi kepentingan politik,” kata TMJ seperti dipetik di laman Instagram Johor Southern Tigers (JST).

Luqman yang disenaraikan media antarabangsa sebagai antara 60 pemain remaja terbaik dunia tahun lalu, sepatutnya menyertai KV Kortrijk pada Mac. Ia bagaimanapun tertangguh atas sebab yang tidak dapat dipastikan.

Namun laporan terbaharu menyebut Luqman sudah mendapat panggilan ke Belgium, minggu depan dan kini menanti kebenaran kerajaan ke luar negara.

Reezal bawa usul SOP sukan renang ke Mesyuarat Khas Menteri

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bakal membawa usul dan cadangan prosedur operasi standard (SOP) sukan renang yang lebih komprehensif untuk pertimbangan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Khamis depan.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS), menerusi satu kenyataan, menyebut bahawa Reezal Merican telah memberikan keyakinan itu kepada penggiat arena sukan renang selepas mengadakan perbincangan pada satu sesi libat urus pada Jumaat.

Ia bertujuan untuk mendapatkan kebenaran beroperasi bagi kolam renang pelbagai jenis seperti kolam saiz Olimpik dan separa Olimpik yang diiktiraf badan antarabangsa, kolam pelbagai saiz untuk tujuan rekreasi di kondominium serta hotel, kelab golf, pusat sukan dan juga di dalam kompleks atau di dalam rumah kedai untuk tujuan komersil.

“Semua pihak telah bertukar-tukar pandangan dan bersama-sama membincangkan perincian terhadap SOP Am Individu dan SOP Am Pengurusan untuk sukan renang atau kolam renang yang bakal dikemukakan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai Pelaksanaan PKP dalam masa terdekat.

“Antara yang dibincang dan dicadangkan adalah supaya pihak kerajaan memberi pertimbangan untuk pembukaan kolam renang secara beransur-ansur, contohnya bermula dengan latihan renang tanpa sentuhan fizikal.

“Ia seperti untuk latihan renang termasuk sukan terjun untuk atlet kebangsaan, negeri dan juga untuk perenang kelab serta akademi renang dalam program-program tertentu yang boleh dikawal dan dipantau pematuhannya kepada SOP semasa dan yang akan ditetapkan oleh pihak berkuasa,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, ramai penggiat sukan itu dan pemilik akademi renang mengeluh kerana kehilangan pendapatan sejak PKP dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

Berikutan itu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri menyarankan agar KBS, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berbincang serta memperincikan lagi SOP bagi sukan renang.

Sesi libat urus itu dihadiri Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Ahmad Shapawi Ismail, pegawai kanan dan wakil kementerian serta agensi kerajaan seperti Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, KKM, MKN, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Bomba.

Turut hadir wakil Persatuan Sukan Renang Amatur Malaysia, Persatuan-Persatuan Sukan Renang Amatur Negeri-Negeri, Persatuan Hotel, Persatuan Aquatik, persatuan serta wakil jurulatih serta pemilik/operator kolam renang, kelab dan akademi renang.

143 peserta program Road to Tokyo negatif COVID-19

KUALA LUMPUR: Keseluruhan 143 peserta di bawah program ‘Road to Tokyo’ (RTT) di Pusat Latihan Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, disahkan negatif jangkitan COVID-19.

Ia selepas baki 11 daripada 143 peserta yang masih menunggu keputusan ujian swab COVID-19 itu disahkan bebas daripada penyakit berjangkit berkenaan.

Perkembangan positif itu diumumkan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail dalam kenyataan MSN.

“Berdasarkan keputusan yang telah diperoleh daripada makmal perubatan BP Healthcare pada hari ini, sukacita dimaklumkan bahawa keputusan untuk ujian COVID-19 bagi 11 peserta itu adalah negatif.

“Kesemua 11 peserta akan memulakan sesi latihan pada 12 Jun 2020,” menurutnya dalam kenyataan itu.

Di bawah program RTT, seramai 143 peserta terdiri daripada atlet, jurulatih, atlet ‘rakan pelatih’, pengurus sukan, anggota sokongan serta pegawai khidmat sokongan sains dan perubatan sukan.

BWF batalkan Terbuka Switzerland, Kejuaraan Eropah

KUALA LUMPUR: Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu mengumumkan pembatalan dua kejohanan badminton iaitu Terbuka Switzerland dan Kejuaraan Eropah 2020.

Kedua-dua kejohanan itu sebelum ini diletakkan sebagai ‘ditangguhkan’ sehingga tarikh yang bersesuaian, bagaimanapun BWF semalam mengumumkan pembatalannya.

Terbuka Switzerland, acara Super 300 dalam Jelajah Dunia BWF, dijadualkan berlangsung pada 17-22 Mac, sementara Kejuaraan Eropah di Kyiv, Ukraine, dijadualkan pada 21-26 April, sebelum BWF menangguhkan semua kejohanan akibat pandemik COVID- 19.

“BWF dalam rundingan dan mendapat kata sepakat dengan Swiss Badminton serta penganjur kejohanan itu, memutuskan adalah tidak wajar untuk menganjurkan kejohanan berkenaan pada tarikh lain dalam tahun 2020.

“Badminton Europe dan Persekutuan Badminton Ukraine (UBF) juga bersetuju bahawa langkah terbaik adalah membatalkan Kejuaraan Eropah 2020. UBF telah bersetuju untuk menjadi tuan rumah edisi 2021 dan akan diadakan di ibu kota Ukraine itu dari 27 April hingga 2 Mei, 2021,” kata badan induk badminton dunia itu dalam satu kenyataan.

Lima hari lepas, BWF mengumumkan pembatalan tiga kejohanan iaitu Terbuka Australia 2020 (2-7 Jun), Terbuka Hyderabad (11-16 Ogos) dan Masters Korea (24-29 Nov).

Menurut kalendar kejohanan BWF 2020 yang dikemas kini, Masters China dijadualkan semula pada 25-30 Ogos di Sanya, dan mungkin menjadi acara badminton antarabangsa pertama selepas kejohanan Seluruh England pada Mac kerana sebahagian besar kejohanan masih ditangguh, ditunda atau dibatalkan.