FAM lega kerajaan beri pertimbangan kemasukan penyokong

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) menganggap pertimbangan kerajaan untuk membenarkan kemasukan penyokong ke dalam stadium sebagai petunjuk bahawa saingan Liga Malaysia akan disambung semula seawal Ogos ini.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, berkata prosedur operasi standard (SOP) mengenai perkara itu akan disertakan dalam permohonan latihan fasa kedua, minggu depan.

“Kami memang mengharapkan apabila liga bermula, ada penyokong dalam stadium mengikut SOP serta penelitian daripada semua pihak yang bertanggungjawab demi memastikan keselamatan terjamin. Saya akan berbincang dengan pihak Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebelum menyerahkan kertas cadangan secepat mungkin. Memang perkara ini sedang dibincangkan,” katanya.

“Kalau betul dibenarkan, kami ingin pastikan FAM dan MFL betul-betul sediakan SOP. Kami juga memang harapkan ada penyokong. Bukan sahaja melibatkan pendapatan di pintu masuk tetapi ia juga merangkumi sokongan yang diperlukan,” ujar Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Perlis (PAFA).

“Pemain bola sepak, tanpa penyokong memang tiada seri. Apabila beraksi tanpa penyokong, ia seolah-olah dalam latihan. Mengenai sesi latihan Pahang, mungkin dalam minggu depan akan meraih kata putus,” tambah pengendali Pahang, Dollah Salleh.

Bantuan FIFA mampu bantu atasi isu kewangan

SETIAUSAHA Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam, mengakui dana bantuan Covid-19 berjumlah AS$1.5 juta (RM4.29 juta) daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mampu untuk membantu menangani kemelut kewangan.

Pada Khamis, FIFA sebulat suara meluluskan pelan bantuan Covid-19 itu selepas mengambil kira pelbagai faktor yang melumpuhkan industri bola sepak dunia.

“Keputusan yang dibuat FIFA adalah adil, pengagihannya dilakukan secara sama. Ia bukan bermakna untuk menyelesaikan masalah bola sepak dunia atau negara tetapi bagi membantu persatuan selepas berdepan pandemik Covid-19. FAM juga terjejas disebabkan Covid-19,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Stuart turut menegaskan kepentingan untuk menyambung saingan liga tempatan tatkala ia bakal memberi impak kepada tahap prestasi skuad kebangsaan bagi menghadapi saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

“Ia akan menjejaskan persiapan pasukan kebangsaan termasuk kecergasan pemain. Jadi, saya rasa perjalanan liga tempatan akan membolehkan pemain meraih permainan konsisten sebelum saingan penting, Oktober nanti,” tambah Stuart.

Walaupun akan ada aksi persahabatan pada September nanti, namun saingan liga tempatan tetap yang terbaik untuk skuad kebangsaan.”

Status Luqman Hakim disahkan dalam tempoh terdekat

PERSATUAN Bolasepak Selangor (FAS) memberi bayangan untuk meraih kata putus mengenai status Luqman Hakim Shamsudin sama ada mahu kekal bersama Selangor II atau berhijrah ke kelab Liga Belgium, K.V. Kortrijk, dalam tempoh kurang dari seminggu.

Susulan pengakuan yang dilakukan Luqman Hakim dalam Nadi Arena pada Khamis, penjelasan cuba diraih daripada pihak FAS untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan situasi melibatkan pemain muda sensasi kebangsaan itu.

“Perbincangan dengan Luqman Hakim adalah berkaitan dengan kontrak, perkembangan.

“Jadi kalau tanya saya, daripada pihak FAS, kami tidak menghalang tetapi saya ingin menegaskan bahawa Luqman Hakim perlu membuat keputusan yang tepat, di mana sesuai untuknya. Ia adalah keputusannya.

“Insya-Allah satu atau dua hari lagi kami akan berikan kenyataan rasmi,” kata Timbalan Presiden FAS, Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Namun, bagi pengendali Selangor II,  Michael Feichtenbeiner, dia berpendapat amat bagus untuk Luqman Hakim kekal di Malaysia seterusnya menyertai skuad B-19 tahun kebangsaan.

“Dia perlukan banyak latihan. Bagi saya, dia memerlukan kempen pramusim bersama kami.

“Mungkin selepas itu, kami akan berikan pilihan untuk beraksi bersama skuad Liga Perdana sebelum menyertai kem kebangsaan,” katanya.

“Jangan jadi bodoh, ikut nasihat orang yang tahu tentang bola sepak. Jangan ikut cakap orang sebaliknya nilai sendiri.

“Fokusnya harus terhadap bola sepak dan bukan perkara lain. Usah fokus banyak benda tetapi tidak tumpukan perhatian ketika latihan,” tambah ketua jurulatih Selangor, B. Sathianathan.

“Dengar dengar cakap luar tetapi rujuk kepada kelompok yang lebih berpengalaman seperti pemain senior dan sebagainya. Orang luar hanya mementingkan publisiti.”

EPL: Manchester City ditewaskan Chelsea

MANCHESTER City gagal melewatkan kemenangan Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila tumpas di tangan Chelsea, dalam saingan awal pagi ini.

Kekalahan 1-2 kepada Chelsea di Stamford Bridge itu sekali gus mengesahkan kejuaraan Liverpool bagi musim ini.

Dalam aksi yang dijalankan secara tertutup susulan penularan pandemik COVID-19, Chelsea tampak garang dengan meledak satu gol menerusi Christian Pulisic pada minit ke-36.

Ia sekali gus menyaksikan Chelsea berada di depan pada babak pertama

Pada minit ke-56 babak kedua, bintang City, Kevin De Bruyne, menyamakan mata.

Namun pada minit ke-76, City terpaksa bermain dengan 10 pemain susulan kad merah dilayangkan kepada Fernandinho apabila dilaporkan bola terkena tangan dalam kotak penalti.

Ia memudahkan Chelsea menambah satu lagi gol menerusi sepakan penalti oleh Willian.

Ia menjadikan keputusan Chelsea 2 – City 1.

EPL: Liverpool semakin hampir buru gelaran juara

LIVERPOOL semakin hampir memburu gelaran juara Liga Perdana Inggeris untuk kali pertama dalam 30 tahun apabila membenamkan Crystal Palace 4-0 dalam aksi di Anfield pada awal pagi Khamis dalam saingan secara tertutup.

Selepas terpaksa berpuas hati tanpa gol ketika menentang Everton Ahad lalu, Liverpool tampak garang dengan menjinakkan lawan di laman sendiri.

Sepakan percuma dimanfaatkan Trent Alexander Arnold dengan jaringan pertama seawal minit ke 23.

Seperti dijangka, Mohamed Salah, Fabinho dan Sadio Mane antara yang menjadi tumpuan setiap kali perlawanan dengan masing-masing menjaringkan satu gol.

Liverpool kini pendahulu liga dengan 86 mata dan diikuti Manchester City dengan 63 mata.

Manchester City kini perlu menang menentang Chelsea sebagai usaha untuk melewatkan kemenangan Liverpool sebagai juara liga perdana.

Bersediakah Malaysia kehilangan dua lagi ikon sukan?

TAHUN lalu, Malaysia kehilangan dua ikon sukan selepas Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David mengumum persaraan.

Bersediakah kita kehilangan dua lagi atlet berstatus legenda sekiranya mereka mengambil pendekatan sama tahun depan?

Bercakap mengenai sukan boling tenpin, sudah pasti nama Shalin Zulkifli akan berlegar-legar di fikiran anda.

Ratu boling negara itu sudah mencurahkan bakti selama hampir 29 tahun buat negara tetapi setiap permulaan pasti akan ada pengakhirannya.

Dalam satu temu bual Nadi Arena pada Selasa, Shalin berkongsi mengenai masa depannya.

“Perancangan untuk bersara itu memang ada sebab sebelum ini, anda dapat lihat saya sudah mengadakan satu program bual bicara mengenai perancangan saya.

“Bagi kebanyakan atlet, apabila kami mahu bersara, ia agak mengejutkan juga buat diri kami kerana secara tiba-tiba, hidup anda selaku seorang atlet sudah tamat.

“Saya bermain boling sejak berusia sembilan tahun dan mewakili negara pada usia 17 tahun, tiga perempat daripada hidup saya adalah sebagai atlet.

“Jadi, secara tiba-tiba saya perlu berhenti.

“Anda perlu membiasakan diri dengannya.

“Ramai atlet menjadi murung dalam dua tahun pertama selepas bersara kerana mereka tidak tahu hala tuju hidup mereka.

“Sebelum ini hidup mereka telah diaturkan sebagai seorang atlet tetapi secara tiba-tiba, ia tidak lagi begitu.

“Jadi, saya sudah lama memikirkannya (mengenai persaraan), mungkin dalam 15 tahun lalu.

“Saya mahu memastikan yang saya mempunyai pelajaran, sebab itu saya menyambung pelajaran terlebih dahulu.

“Kemudian, saya juga memiliki sijil untuk menjadi jurulatih.

“Saya juga bekerja di bahagian pentadbiran dan pembangunan sejak 2011,” katanya.

Persoalannya, adakah kita akan melihat Shalin sebagai jurulatih skuad kebangsaan pada masa akan datang?

“Saya tidak pasti, pilihan itu sentiasa ada.

“Satu lagi pencapaian yang saya inginkan adalah gelaran pro, kerana saya adalah atlet pertama menyertai kejohanan jelajah pada 2009.

“Saya hampir memenanginya, jadi sebab itu saya rasa masih ada perkara yang perlu saya capai.

“Jika bersara sekalipun, mungkin bersara daripada skuad kebangsaan,” tambahnya.

Seorang lagi atlet ternama yang sedang berada dalam situasi yang sama adalah The Pocket Rocketman, Azizulhasni Awang, yang telah banyak mengharumkan nama negara dalam sukan berbasikal trek.

Bagi juara dunia acara keirin 2017 itu, dia tidak akan dapat gelaran ikon itu tanpa satu sosok yang dianggapnya sebagai bapa, iaitu jurulatihnya, John Beasley.

“Sudah pasti saya tidak akan berada di mana saya berada sekarang ini tanpa Beasley.

“Hubungan saya dengannya memang macam anak dengan bapa.

“Kalau boleh saya ingin kekal bersamanya sampai bila-bila.

“Kalau satu hari nanti Malaysia sudah tidak mahukan Beasley, saya rasa saya akan mengikuti ke mana sahaja dia akan pergi.

“Jika saya memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik (Tokyo tahun depan), sudah pasti Beasley orang pertama yang saya akan tujukan kejayaan itu.

“Saya tahu bagaimana sayangnya John terhadap saya dan bagaimana sayangnya dia terhadap pasukan berbasikal Malaysia.

“Saya pasti akan sedih sekiranya dia bersara.

“Saya menganggapnya sebagai ahli keluarga saya.

“Saya rasa selepas kami bersara sekalipun, hubungan itu akan kekal,” katanya.

MOM, Pejabat Pesuruhjaya Sukan perkukuh hubungan kerjasama

KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Pejabat Pesuruhjaya Sukan mahu memperkukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua belah pihak.

MOM dalam satu kenyataan memaklumkan kedua-dua pihak bersetuju untuk memperakukan kumpulan kerja bagi membincangkan lebih lanjut bidang kepentingan bersama untuk meningkatkan pembangunan sukan di negara ini melalui Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA).

Presiden MOM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria dalam kenyataan itu berharap akan ada lebih banyak pertemuan antara kedua-dua belah pihak pada masa akan datang.

“Saya yakin terdapat banyak bidang untuk dilaksanakan bagi kepentingan sukan di Malaysia,” katanya pada Isnin.

Pesuruhjaya Sukan, Dr Wirdati Mohd Radzi turut bersependapat dengan Mohamad Norza dan meluahkan rasa gembira kerana dapat bertemu dengan ahli Lembaga Eksekutif MOM sejak dilantik pada Julai tahun lepas.

“Mereka adalah pemegang taruh utama dalam ekosistem sukan Malaysia dan saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan MOM untuk memperkukuhkan lagi Persatuan Sukan Kebangsaan kita,” katanya.

Terdahulu beliau mengadakan kunjungan hormat ke ibu pejabat MOM di Jalan Hang Jebat, di sini, dan dalam pertemuan itu perbincangan terarah kepada tadbir urus dan pendaftaran persatuan sukan, proses arbitrasi dan penyelarasan program pendidikan untuk meningkatkan jumlah pentadbir sukan berkelayakan.

Nash tidak peduli tanggapan orang ramai

“KALAU ada wang tetapi tiada bakat pun tidak akan menjadi.”

Itu kata Nasharudin Elias, penyanyi terkenal negara dan juga bapa kepada pemain muda kebangsaan, Aniq Asri, mengenai tanggapan sesetengah pihak bahawa pelaburan membawa anaknya ke Sepanyol sebagai satu usaha sia-sia.

Graduan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP), Aniq, dilaporkan bakal ke Akademi FC Malaga City sekali gus memberikan sinar cerah buat perkembangan bola sepak negara.

Walaupun ada sesetengah pihak menganggap ia satu pelaburan kosong tetapi Nasharudin atau lebih dikenali dengan nama Datuk Nash menegaskan bakat dan kebolehan dimiliki anaknya menjadi tunjang kepada pemilihan ke kelab berkenaan.

“Apabila menginginkan sesuatu, pelaburan sememangnya diperlukan tetapi ia menjadi perkara kedua. Kami bukan berniaga.

“Apa yang penting, Aniq memiliki bakat dan berminat dengan apa yang dilakukan. Kami hanya berikan galakan untuk dia berbakti kepada negara,” katanya.

“Harapan saya, pemain muda dalam negara kita perlu diberikan galakan khususnya mereka yang meraih peluang.”

Indonesia rancang langsungkan kembali liga bola sepak, kes COVID-19 terus meningkat

JAKARTA: Liga bola sepak Indonesia 2020, akan kembali dilangsungkan, dijadualkan pada bulan September atau Oktober ini.

Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) menerusi laman web rasminya memaklumkan bahawa liga satu dan dua untuk musim ini akan dilangsungkan kembali dengan kesesuaian protokol kesihatan yang ketat.

Menurutnya PSSI sedang menyusun penjadualan semula perlawanan, menyediakan garis panduan berkaitan peraturan perlawanan, protokol kesihatan kepada pemain, garis panduan untuk liputan media dan sebagainya, sebagai persiapan untuk menyambung kembali saingan liga yang dihentikan Mac lepas akibat penularan COVID-19.

PSSI juga akan melakukan koordinasi dengan Kementerian Pemuda dan Olahraga, serta Kementerian Kesihatan Indonesia, dan setakat ini isu berhubung kebenaran untuk para penonton hadir bagi menyaksikan perlawanan liga itu, masih belum dimuktamadkan lagi.

Kes positif COVID-19 di Indonesia setakat Jumaat terus meningkat melepasi angka 43,000 dengan tambahan 1,041 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata bagi tempoh antara pukul 12 tengah hari Khamis sehingga 12 tengah hari Jumaat, sebanyak 34 lagi kematian berlaku, menjadikan angka keseluruhan jumlah kematian kini menjangkau 2,373 orang.

“Kes positif kini berjumlah 43,803 manakala sebanyak 13,211 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19,” katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 678 kes, diikuti provinsi Jakarta (578 kes), Jawa Barat (171), Kalimantan Selatan (152) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

Southampton thrash basement side Norwich 3-0 away

NORWICH: Southampton hammered bottom side Norwich City 3-0 after scoring twice in five minutes soon after the break and adding another late on in their Premier League game at Carrow Road on Friday.

Danny Ings, Stuart Armstrong and Nathan Redmond all netted as Saints notched their seventh away win of the season and left Norwich on 21 points, six adrift of the safety zone and having played a game more than their relegation rivals.

Ings struck the bar in the first half but made no mistake with a curling effort inside the penalty area in the 49th minute to open the scoring with his 16th league goal of the season.

Armstrong finished with an accurate shot, squeezed just inside the left-hand post and outstretched arm of goalkeeper Tim Krul, for the second in the 54th after the visitors had broken away quickly and caught the home defence scrambling.

It could have been even worse for the hosts minutes later when new Southampton captain James Ward-Prowse had an effort cleared off the line by Max Aarons.

But Redmond did eventually add to the scoreline with a deserved goal after a fine individual performance, dropping his shoulder to round the Norwich defence and shooting across the keeper to net in the 79th minute.

The victory lifted Southampton above Newcastle United into 13th place on 37 points from 30 games and was fully deserved on the basis of their strong second-half showing.

It could have been a lot different had Norwich taken their early chances, notably one for Josip Drmic, the Swiss international making his first start since signing at the start of the season from Borussia Moenchengladbach.

He showed his rustiness as the ball got stuck under his feet after he was smartly cued up by Teemu Pukki in the eighth minute.

Pukki had a good chance of his own from close range midway through the second half but was blocked by Jan Bednarek in what was characteristic of a tired-looking performance by Norwich.