Hafizh Syahrin raih kedudukan keenam Moto2 GP Sepanyol

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah berjaya meraih tempat keenam daripada 23 pelumba pada Kejuaraan Motosikal Grand Prix Sepanyol di Litar Jerez selepas mempamerkan tunggangan mantap pada perlumbaan hari ini.

Pelumba pasukan Inde Aspar Team Moto2 itu yang memulakan perlumbaan di petak ke-15, melakar catatan masa 39 minit 38.875 saat pada perlumbaan yang melibatkan 23 pusingan itu.

Pelumba Itali, Luca Marini dari pasukan Sky Racing Team VR46 meraih kemenangan sulung musim ini setelah merakam masa 39 minit 23.297 saat, disusuli dua pelumba pasukan Red Bull KTM Ajo, Tetsuta Nagashima dan Jorge Martin dari Sepanyol yang masing-masing ketinggalan 1.271 saat dan 4.838 saat di belakang Marini.

“Perlumbaan kali ini agak panas dan sukar bagi kesemua pelumba, apapun saya dah buat yang terbaik.

Saya dah hilang ‘penghayatan’ macam ini dah lama, jadi saya amat bersyukur dapat tempat keenam.

“Apapun, terima kasih kepada pasukan yang terus membantu saya dan saya akan buat yang terbaik untuk perlumbaan selepas ini,” kata Hafizh Syahrin menerusi rakaman video pendek selepas perlumbaan itu.

Hafizh Syahrin akan meneruskan saingan Moto2 pada perlumbaan seterusnya pada GP Andalusia yang dijadualkan berlangsung di litar yang sama, hujung minggu depan.

KBS to request permission for football supporters to attend matches

KUALA LUMPUR: The Ministry of Youth and Sports (KBS) will submit an official request to the National Security Council (MKN) and the Ministry of Health (MOH) regarding the permission to allow supporters to attend Malaysian League (M-League) football matches in the near future.

Minister of Youth and Sports Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican said the application involves phases five and six of the gradual reopening of the sports and recreation sector.

Stage five would see the attendance of spectators to the stadium on a small scale and stage six involved the presence of supporters on a larger scale, as well as the participation of foreign athletes in local tournaments.

“I had previously said that there should be three or four exit and entry points for football (at stadiums), maybe we can provide a Standard Operating Procedure, however, currently there is no place in the world where spectators are allowed to attend football matches.

“So, I think we can begin it gradually and in stages. We do not want to open it up too quickly, there could be a sharp increase in transmissions (COVID-19 cases), and we would end up with a sports cluster that erodes not only the confidence of the people, but also the government, in terms of granting us the permission (to operate again),” he told reporters after attending a dialogue session at Wisma OCM here.

The session was held with national sports associations in conjunction with the Olympic Council of Malaysia’s 193rd Executive Council Meeting.

The government had previously announced the third phase of the reopening of the sports and recreation sector which came into effect on July 15, where sports and recreation activities with physical contact, as well as the organising of local tournaments and competitions for non-contact sports without spectators have been allowed.

The fourth phase starting Aug 15 will allow the organising of local tournaments and competitions for contact sports without spectators, including the M-League competition.

In another development, Reezal Merican informed that a task force would soon be set up to review the effectiveness of the Podium Programme which began in 2015, with the aim of securing Malaysia’s first gold medal at the Olympics.

He said the special task force would be led by former National Sports Institute (NSI) chief executive officer Datuk Dr Ramlan Abd Aziz.

Asked about the ‘Road to Tokyo (RTT) 2020 Programme, Reezal Merican said it would go on as usual under the supervision of the National Sports Council and NSI.

Tiada keistimewaan buat Wan Kuzri – Fayhsal

TIADA keistimewaan buat pemain berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Wan Kuzri Wan Ahmad Kamal, walaupun statusnya sebagai adik kepada Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal.

Wan Ahmad Fayhsal menegaskan pemain tengah Akademi Bola Sepak St Louis itu, perlu membuktikan kebolehannya bersaing dengan 34 pemain lain dalam kem latihan pusat di Wisma FAM untuk mendapatkan tempat ke Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020 B-19.

“Saya menyerahkan sepenuhnya kepada jurulatih (Brad Maloney) dan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) untuk menentukan kedudukan Wan Kuzri. Tidak bermakna dia adalah adik kepada timbalan menteri, kelebihan akan diberikan kepadanya.

“Saya yakin dengan kemampuannya sebagai pemain yang berpengkalan di AS mampu untuk menyumbang kepada skuad B-19 negara,” katanya pada sidang media selepas meninjau penganjuran Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2020 di Litar Antarabangsa Sepang di sini, hari ini.

Wan Kuzri, 18, yang juga adik kepada seorang lagi pemain sensasi yang beraksi untuk pasukan Sporting Kansas City di AS, Wan Kuzain, memulakan latihan bersama skuad bimbingan Maloney semalam, selepas tamat tempoh kuarantin selama 14 hari dan diuji negatif COVID-19 dalam dua ujian swab sejak pulang dari negara itu.

Kejohanan AFC B-19 2020, yang dijadual berlangsung dari 14-31 Okt di Uzbekistan adalah pusingan kelayakan Piala Dunia Bawah 20, di Indonesia pada 2021.

Malaysia, yang diundi dalam Kumpulan D bersama bekas juara Qatar, Tajikistan dan Yaman, menyasarkan untuk layak ke Piala Dunia buat kali pertama secara merit.

COVID-19: LIMA21 batal atas faktor ekonomi

KUALA LUMPUR: Susulan wabak COVID-19 yang melanda dunia ketika ini, Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2021 (LIMA’ 21) yang dijadual berlangsung 16 hingga 20 Mac tahun depan dibatalkan.

Menurut Kementerian Pertahanan, wabak tersebut mempunyai impak besar bukan sahaja kepada Malaysia tetapi juga di seluruh dunia, dan ia masih belum dapat ditangani sepenuhnya.

“Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengangkutan selaku penganjur utama LIMA’21 juga sedar akan impak global COVID-19 yang bukan sahaja dari sudut kesihatan, malah kesan besar terhadap sosial dan ekonomi dunia.

“Sehubungan itu, kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai lepas memutuskan untuk membatalkan penganjuran LIMA’ 21 berdasarkan impak ekonomi penularan COVID-19,” kata Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan.

Ia menjelaskan, impak ekonomi dilihat memberi kesan besar terhadap jumlah penyertaan pempamer dan pelabur dalam acara antarabangsa seperti LIMA’21.

Ia juga, katanya, berkait rapat dengan langkah diambil oleh kebanyakan negara untuk menutup sempadan dan menyekat perjalanan ke luar negara.

“Ia adalah bagi mengurangkan risiko penularan wabak berkenaan seterusnya menyukarkan pihak kementerian untuk mencapai sasaran penyertaan yang ditetapkan.

“Kekangan masa dalam keadaan mencabar penganjuran acara berskala besar seumpama ini memerlukan tempoh wajar agar dapat dirancang dengan teliti dan terperinci.

“Ini termasuk untuk menjalankan aktiviti promosi serta publisiti bagi mendapatkan sasaran penyertaan dan juga memenuhi keperluan pelbagai sektor berkaitan,” tambahnya.

Kementerian Pertahanan berkata, perkara itu sekali gus mempengaruhi impak kepada penjenamaan LIMA’21 yang selama ini diklasifikasi sebagai pameran maritim dan aeroangkasa utama di rantau Asia.

“Pulangan perbelanjaan kerajaan dan syarikat penganjur kos penganjuran LIMA’21 dijangka meningkat mengambil kira keperluan memenuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

“Dengan jangkaan jumlah penyertaan akan berkurangan, sukar untuk mencapai pulangan pelaburan berbanding kos yang dikeluarkan kerajaan dan penganjur,” menurutnya.

Tambahnya, keputusan pembatalan juga dibuat setelah mengambil kira pandangan pemegang taruh dan pihak-pihak berkaitan lain.

Persahabatan antarabangsa: Malaysia uji Bahrain Oktober depan

SKUAD Harimau Malaya akan berdepan pasukan di ranking ke-99 dunia, Bahrain, dalam aksi pemanas badan di tempat lawan 2 Oktober depan.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam, berkata perlawanan persahabatan berkenaan merupakan medan persediaan skuad kebangsaan sebelum berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi keenam Kumpulan G, pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di tempat lawan pada 8 Oktober depan.

Bagaimanapun, badan induk itu perlu mendapatkan kebenaran daripada kerajaan untuk ke Bahrain memandangkan kerajaan masih menguatkuasakan sekatan perjalanan ke luar negara bagi membendung penularan COVID-19.

“Baru-baru ini, FAM dan Bahrain FA sudah mencapai persetujuan secara lisan untuk mengadakan aksi persahabatan di tempat lawan, namun kami perlu menunggu lampu hijau daripada kerajaan sebelum terbang ke sana.

“Ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe, dijangka memanggil beberapa pemain bagi menjalani latihan pusat, seminggu sebelum mereka terbang ke Bahrain,” kata Stuart.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah dalam pusingan kelayakan Piala Asia 2015 di tempat lawan yang menyaksikan Malaysia tewas 0-1.

Selepas aksi berdepan UAE, Malaysia akan melayan kunjungan Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pada 13 Oktober depan sebelum menamatkan pusingan awal kelayakan menentang Thailand di Bangkok pada 17 November depan.

Malaysia kini berada di tangga kedua Kumpulan G dengan mengumpulkan sembilan mata selepas mengharungi lima daripada lapan aksi.

Hanya UAE, yang berada di tangga keempat dengan enam mata, memiliki kelebihan satu aksi sementara pendahulu, Vietnam, unggul dengan 11 mata diikuti Thailand pada kedudukan ketiga (lapan mata) dan Indonesia tercorot tanpa sebarang mata.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebelum ini menangguhkan kesemua perlawanan kelayakan sejak Mac lalu susulan pandemik COVID-19.

Olimpik Tokyo 2020: JOC akan lakukan yang terbaik

JAWATANKUASA Olimpik Jepun (JOC) berikrar akan melakukan yang terbaik untuk menyokong atlet, menjelang Olimpik Tokyo 2020 yang ditangguhkan ke tahun depan.

Presiden JOC, Yasuhiro Yamashita memaklumkan pada Selasa, JOC akan melakukan apa sahaja bagi memastikan Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 dapat dijalankan dengan selamat.

“Tidak siapa yang dapat meramalkan keadaan dalam tiga bulan, setengah tahun atau sebulan akan datang,” kata Yamashita pada satu sidang media di Tokyo.

“Apa yang boleh saya katakan ialah, JOC akan lakukan apa sahaja untuk mengadakan Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 yang selamat dan terjamin,” tambahnya.

Yamashita juga berkata, penting bagi pihaknya untuk memudahkan kelangsungan acara agar mendapat sokongan masyarakat Jepun.

Beliau juga tidak akan mengubah sasaran Jepun untuk meraih 30 pingat emas, sambil menekankan atlet Jepun mampu mencapai tujuan itu sekiranya persediaan dibuat dengan baik.

Sukan Olimpik Tokyo 2020 ditangguhkan bulan lalu ke slot baru pada 23 Julai hingga 8 Ogos 2021.

Morbidelli sambung kontrak dengan Petronas Yamaha SRT hingga 2022

KUALA LUMPUR: Pelumba dari Itali, Franco Morbidelli akan terus bersama pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) untuk dua tahun lagi sehingga tahun 2022.

Morbidelli berkata, beliau gembira untuk memperbaharui kontraknya untuk dua tahun lagi selepas cemerlang dengan pasukan itu yang memperlihatkan beliau bermula di barisan hadapan empat kali, dan menduduki tempat keenam terbaik tujuh kali bersama jentera Yamaha YZR-M1.

“Saya rasa adalah penting untuk saya terus bersama pasukan yang sama, motosikal dan suasana, dan meneruskan kerana kerjasama hebat bersama mereka.

“Kami semua bekerjasama dan ia suatu yang menarik untuk bekerja bersama kesemua krew Petronas SRT,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan pasukan itu.

“Saya mahu berterima kasih untuk peluang yang mereka berikan kepada saya, dan ia satu penghormatan untuk menunggang untuk mereka.

“Saya akan bekerja keras bagi memberikan mereka keputusan yang lebih baik lagi yang telah kami capai pada tahun pertama kami bersama,” kata pemenang anugerah pelumba baru terbaik MotoGP tahun 2008 yang sebelum ini berlumba untuk Marc VDS Racing Team.

Prinsipal pasukan Petronas Yamaha SRT Datuk Razlan Razali mengalu-alukan keputusan pelumba berusia 25 tahun itu yang lebih mesra dipanggil Franky, dan yakin beliau akan berjaya mencapai keputusan yang lebih baik di musim akan datang.

“Franky sentiasa berada di dalam perancangan masa hadapan jadi ia memberikan kelebihan kepada kami dan dengan beliau dapat mengesahkan beliau akan terus menunggang untuk kami pada 2021 dan 2022.

“Franky berpotensi untuk menang dan inilah yang akan berusaha keras untuk mencapainya. Kami yakin pada beliau, walaupun sebelum musim bermula.

“Kami yakin Franky akan beri saingan dari Jerez dan beliau akan lebih baik dan matang dalam semua perkara di masa hadapan,” katanya lagi.

Musim hadapan, Morbidelli dijangka akan berpasangan dengan rakan senegara, bekas juga MotoGP sembilan kali Valentino Rossi.

Rossi yang sebelum ini bersama pasukan Monster Energy Yamaha Factory Team, membuat keputusan untuk bertukar pasukan selepas enam tahun bersama pasukan Italian-Japanese.

Tempat beliau digantikan pasangan Morbidelli, Fabio Quartararo musim ini yang telah menandatangani kontrak dua tahun.

Ketepi penyakit demi bantu Selangor raih treble – Jamsari

‘KECEWA sehingga pingat pun dah tak nak pandang.’

Itulah pengakuan bekas penjaga gol Selangor, Jamsari Sabian, yang mengetepikan sakit usus yang dihadapi demi mencapai kejuaraan ‘treble’ Selangor pada 2005.

“Saya mengambil keputusan untuk melepaskan pingat kemenangan itu adalah berdasarkan kekecewaan.

“Selepas melihat bekas pemain negara, Khalid Jamlus yang menjual Kasut Emas yang diraih, saya juga mengambil keputusan yang sama atas dasar kekecewaan.

“Melihat pingat itu setiap hari akan lebih menyakitkan hati daripada mengingatkan saya kepada kenangan yang indah,” kata Jamsari ketika diwawancara oleh wartawan Nadi Arena, Fina Nasrom.

“Bermain demi lencana bermati-mati namun apa yang telah dijanjikan tetapi tidak ditepati. Pulangan yang diterima begitu hampa.”

Selangor dikatakan mungkir janji, terbit harapan yang disuarakan Jamsari andai pengurusan baru Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) sudi untuk bertemu muka.

“Jika terdapat pihak persatuan yang mahu bertemu kami, termasuk beberapa rakan sepasukan yang lain, kami sangat berbesar hati untuk menyelesaikan perkara ini. Tetapi isu ini telah lama namun kami berkhidmat untuk pasukan yang sama.

Bercakap mengenai janji yang telah diberikan, Jamsari berkata: “Perkara yang mengecewakan saya tidaklah melibatkan bonus kerana ia diberikan jika kami menjuarai sesuatu pertandingan tetapi ia melibatkan gaji. Ia merupakan sesuatu yang telah dijanjikan tetapi sehingga kini ia merupakan perkara tidak ditunaikan.”

Jamsari menerusi akaun Facebooknya sebelum ini mengumumkan mahu melelong koleksi tiga pingat iaitu pingat juara Liga Perdana 2005, Piala FA 2005 dan Piala Malaysia 2005 selepas jualan pingat sebelum ini (ketika menyarung jersi Kedah) didermakan untuk Palestin dan Syria.

Dia menyatakan jualan pingat itu untuk ‘menderma’ kepada diri sendiri sekali gus menimbulkan persoalan memandangkan ia dibuat hanya beberapa hari selepas Khalid Jamlus melelong koleksi peribadinya termasuk Anugerah Kasut Emas.

EPL: Burnley lebur rekod 100% menang Liverpool di laman sendiri

BURNLEY menamatkan impian juara Liga Perdana Inggeris, Liverpool untuk merekodkan 100 peratus kemenangan di laman sendiri musim ini.

Ia mencatat keputusan seri 1-1 di Anfield.

The Reds turun beraksi dengan misi memecah rekod mata EPL. Tuan rumah terdahulu meledak jaringan pada minit ke-34.

Bagaimanapun, Burnley berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-69.

Keputusan seri itu bermakna Liverpool meleburkan rekod kemenangan seratus peratus di laman sendiri.

Burnley pula mencatat kemenangan lima perlawanan berturut-turut sejak aksi liga kembali dibuka.

Sementara itu, Sheffield United meneruskan buruan kelayakan untuk Liga Eropah musim depan.

Ia berjaya melonjak ke tangga keenam selepas kemenangan 3-0 ke atas Chelsea.

Beraksi di laman sendiri, Sheffield turun penuh bergaya. Ia menghasilkan gol pertama seawal minit ke-18 menerusi David Mc Goldrick.

Ini diikuti gol kedua pada minit ke-33. Mc Goldrick sekali lagi meledak jaringan pada minit ke-77.

Ozil perlu keluar dari Arsenal – Keown, Simpson

SEJAK saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bersambung kembali awal bulan lalu selepas rehat hampir tiga bulan gara-gara COVID-19, kelibat Mesut Ozil tidak lagi kelihatan bersama kesebelasan utama skuad Arsenal kendalian Mikel Arteta.

Ia menimbulkan persoalan terhadap masa depan pemain tengah itu bersama Arsenal, sekaligus memberi isyarat khidmatnya mungkin tidak diperlukan Arteta.

Bagi bekas pertahanan Arsenal, Martin Keown, mungkin lebih baik jika Ozil mencari haluan baru dalam kerjayanya.

“Saya tidak berasa Ozil mempunyai masa depan bersama Arsenal, ia merugikan kerana dia seorang pemain berbakat tetapi Arteta mengutamakan etika bekerja dalam pasukan.

“Jika Ozil enggan bekerja keras dalam padang, sukar buat dia diturunkan dan skuad Arsenal kendalian Arteta kini menekankan kerjasama erat sepasukan.

“Jika Arsenal terus menyimpannya, ia juga menunjukkkan isyarat tidak baik kepada pemain muda.

“Ia kerana Ozil tidak bermain tetapi menerima gaji besar berbanding pemain muda yang main tetapi gaji lebih kecil,” kata Keown ketika menjadi tetamu dalam siaran secara langsung Arsenal – Crystal Palace pada Rabu bersama bekas pemain Leicester City, Danny Simpson di saluran CH813 Astro Supersport.

Simpson turut senada dengan Keown dan berasa Ozil sepatutnya mampu membimbing tonggak muda dalam pasukan.

“Ozil seorang pemain cukup berbakat dan ramai pemain lain hanya mampu berhajat untuk mempunyai bakat sepertinya.

“Sepatutnya dia membimbing pemain muda dalam padang, bantu mereka menangani tekanan.

“Tetapi Arteta kini pengurus Arsenal dan dia membuat beberapa keputusan penting, saya tidak nampak Ozil bermain untuk Arsenal lagi,” kata Simpson.

Dalam pada itu, Arteta akui kecewa pasukannya sekadar seri satu sama berdepan Leicester dalam aksi EPL pada Rabu walaupun tiada rungutan mengenai komitmen pemainnya.

Arsenal mendahului awal menerusi Pierre-Emerick Aubameyang pada minit ke-21 sebelum Eddie Nketiah dilayangkan kad merah ketika perlawanan berbaki 15 minit.

Berbekalkan kelebihan seorang pemain, Leicester bangkit menyamakan kedudukan menerusi James Vardy pada minit ke-81.

“Saya kecewa kami kehilangan dua mata, kami menguasai sebahagian besar perlawanan dan boleh mendahului tiga, empat kosong.

“Tapi kami tidak menyempurnakan peluang dan apabila itu berlaku sudah pasti lawan akan mempunyai detik kebangkitan.

“Selepas kami beraksi dengan 10 pemain ia sememangnya sukar untuk kami terus membendung asakan lawan.

“Apa pun, saya tidak boleh meminta lebih daripada pemain kerana mereka sudah memberikan komitmen terbaik, banyak lagi perlu dilakukan untuk menjadi lebih baik dan kami di landasan tepat,” kata Arteta ketika temubual pasca perlawanan bersama Stadium Astro pada Rabu.