SOP dan jadual perlawanan Liga M kekal, ini apa yang anda perlu tahu!

KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan berlangsung seperti biasa yang mana ia masih kekal dengan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dengan aksi diadakan tanpa kehadiran penonton.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ab Ghani Hassan, semua pasukan perlulah mematuhi arahan seperti ditetapkan di dalam SOP pengelolaan perlawanan yang sudah diberikan kepada setiap pasukan bertanding.

“Sebarang pelanggaran kepada SOP merupakan satu kesalahan yang berat dan menyalahi Akta 342: Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“SOP Pengelolaan Perlawanan Liga Malaysia 2020 adalah turut terpakai bagi pengelolaan perlawanan persahabatan bermula 2 Ogos 2020,” jelasnya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Berikut adalah garis panduan pengelolaan perlawanan Liga Malaysia tanpa penonton yang disediakan oleh MFL sebagai langkah pencegahan wabak COVID-19:

Akses kemasukan ke stadium

1) Hanya 15 orang pengamal media dan 10 orang jurufoto atau juruvideo dibenarkan masuk ke venue perlawanan dan hendaklah berdaftar dengan Pegawai Media Pasukan Tuan Rumah (PTR) sehari sebelum perlawanan.

2) Petugas media WAJIB menggunakan Kad Akreditasi Liga Malaysia 2020.

3)  Kehadiran petugas media WAJIB direkodkan. (Nama penuh, no telefon dan organisasi)

4) Petugas yang merekodkan suhu badan melebihi 37.5° serta mengalami gejala wabak Covid-19 seperti demam, batuk dan sakit tekak tidak dibenarkan masuk ke venue perlawanan.

5) Petugas media WAJIB memakai pelitup muka sepanjang bertugas.

SOP sebelum perlawanan 

1) Petugas media tidak dibenarkan untuk buat rakaman di tempat ketibaan.

2) Petugas media tidak dibenarkan untuk membuat temu ramah pemain sebelum perlawanan.

3) Petugas media WAJIB duduk di media tribun dan perlu mengamalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu (1) meter.

4) Petugas media tidak dibenarkan duduk di dalam bilik media.

5) Jurufoto mesti mengamalkan penjarakan sosial ketika mengambil gambar pemain masuk ke padang permainan dan juga ketika berada di dalam sebarang kedudukan di sepanjang tempoh permainan.

6) Pegawai Media PTR hendaklah menandakan tempat bertugas petugas media dengan mengekalkan penjarakkan sosial.

7) Petugas media WAJIB memakai pelitup muka sepanjang bertugas.

SOP semasa perlawanan 

1) Jurufoto dan juruvideo dibenarkan untuk berada disepanjang garisan belakang papan iklan (kecuali belakang gol) untuk merakam perlawanan.

2) Jarak jurufoto/juruvideo dengan jurufoto/juruvideo yang lain sekurang-kurangnya mestilah satu 1 meter.

3) Bagi juruvideo yang membuat rakaman dari pentas utama juga harus mengamalkan penjarakan sosial satu 1 meter.

4) Jurufoto/juruvideo yang bertukar tempat semasa separuh masa perlulah menunggu sehingga pemain dan pegawai perlawanan selesai masuk ke bilik persalinan dan perlu menjaga jarak sosial yang disarankan.

5) Pegawai Media PTR hendaklah memantau pematuhan SOP dan penjarakan sosial petugas media sepanjang perlawanan.

6) Petugas media WAJIB memakai pelitup muka sepanjang bertugas.

SOP selepas perlawanan 

1) Bilik sidang media perlu dihadkan jumlahnya kepada petugas media mengikut keluasan bilik serta mengamalkan penjarakan sosial.

2) Jarak antara petugas media adalah satu (1) meter.

3) Jarak antara petugas media dan meja sidang media dua (2) meter.

4) Petugas media tidak dibenarkan membuat temuramah di luar dari Bilik Sidang Media selepas tamat sidang media.

5) Petugas media tidak dibenarkan untuk menunggu di ruang Mixed Zone.

6) Pegawai Media PTR hendaklah memastikan dan memantau pelaksanaan SOP tersebut.

7)  Petugas media WAJIB memakai pelitup muka sepanjang bertugas.

Dalam pada itu, beliau menegaskan pihak MFL sedang memantau perkembangan terkini Wabak COVID-19 di Sabah dan Sarawak dan sebarang keputusan ke atas pasukan Sabah, Sarawak United FC dan Kuching FA akan dimaklumkan sekiranya terdapat sebarang perubahan.

Untuk rekod, aksi Liga Malaysia (Liga M) kembali bersambung 26 Ogos di mana perlawanan akan dilangsungkan secara satu pusingan bermula minggu kelima sehingga minggu ke-11.

Sehubungan dengan itu, buat masa ini Jadual perlawanan Liga Malaysia 2020 adalah kekal
seperti yang diedarkan.

“Penundaan tarikh Asian Champions League 2020 yang melibatkan pasukan Johor Darul
Ta’zim (17 Oktober hingga 4 November 2020) turut diambil kira di mana perancangan pihak
penyiar rasmi dan komersial yang telah dirangka lebih awal oleh MFL.

Perancangan jadual itu turut mengambil kira persiapan pasukan kebangsaan bagi menghadapi Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 (FIFA dan AFC) pada bulan Oktober dan November 2020.

Loren Mack joins worlds most innovative, fastest growing league in PFL

The Professional Fighters League has added a globally-recognizable figure to the executive team in Loren Mack.

Mack, who has experience working with the UFC and ONE Championship, joins PFL in the role of Vice President of Corporate Communications.

“As the most innovative and fastest growing league in the world, the PFL continues to expand to a global scale,” said Peter Murray, Chief Executive Officer of PFL. “Loren Mack brings a wealth of experience and drive to the top executive management team within the PFL organization.”

Mack started his career with the UFC, developing and implementing the public relations strategy for the promotion. He was also instrumental during the UFC’s early stages in helping the company expand to what it is today by organizing marketing events and partnerships with the most recognizable media outlets in the world.

From there, Mack’s expertise played the key role in pushing ONE Championship to reach its biggest headlines ever both locally and internationally, along with helping develop the brand.

Mack also held the title of Director of Communications for the largest media organization in Indonesia, BeritaSatu Media Holdings, for two years.

While there, he helped elevate the company by directing their commercialization and launching new media products in both television and events.

Mack with PFL President Ray Sefo (right). - Photo courtesy of PFL

Currently, Mack is finishing work on his Doctor of Philosophy in Public Affairs at UNLV.

“Having been in this profession for over 15 years, I am thrilled to be joining an executive team like the one compiled for PFL,” Mack said. “This is a tremendous opportunity and I am ready to start working with their roster filled with world-class athletes for the most innovative and fastest growing league.”

Heading the PFL executive team is Peter Murray, the Chief Executive Officer. Murray is considered by many to be the most seasoned executive to step into the world of combat sports, offering his knowledge through an extensive history in media and sports that is second to none.

Created in 2012, the PFL debuted its inaugural season in 2018, crowning six winners in six different weight classes. All six were awarded $1 million each.

The PFL signed a multi-year deal with ESPN to broadcast live events on ESPN2, ESPN+ and ESPN Deportes. They also have an international distribution deal that brings them into 160 countries.

EPL: Jurgen Klopp dinamakan pengurus terbaik

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp dinamakan sebagai pengurus terbaik tahun ini oleh Persatuan Pengurus Liga.

Klopp mengemudi The Reds sehingga berjaya menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) buat pertama kalinya dalam tempoh 30 tahun.

Liverpool juga mengumpul 99 mata keseluruhan musim ini.

Pemenang diundi oleh barian pengurus kelab lain.

Bekas pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson menyifatkan, Klopp layak dianugerahkan penghargaan itu atas kerja keras menaikkan semula nama Liverpool.

Kenyataan Sanusi tambah perit skuad Kedah

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) tiada berhasrat untuk menamatkan isu gaji tertunggak selama lima bulan, selepas presidennya, Mohd Sanusi Md Noor, umpama menjerut leher skuad Sang Kenari – semuanya atas alasan ia ‘urusan tidak selesai’ yang ditinggalkan pihak pengurusan terdahulu.

Tanpa gaji selama lima bulan, menyaksikan kesukaran bersilih ganti yang terpaksa dihadapi barisan pemain Kedah.

Kenyataan terbaru daripada Sanusi, gagal mencetus kelegaan buat pemain dan pegawai KFA malah ia menambahkan lagi kekusutan yang dilalui skuad Hijau Kuning ketika ini.

“Saya perlu menegaskan hal ini, jika melantik Menteri Besar Kedah bagi menyelesaikan tunggakan gaji menggunakan duit kerajaan negeri pasukan Kedah, saya tidak akan melakukannya.

“Ia merupakan duit untuk anak yatim, ibu tunggal, orang miskin, duit untuk sekolah dan pembangunan. Jika untuk menyelesaikan gaji pemain Kedah, saya Mohd Sanusi Md Noor tidak akan melakukannya,” kata Sanusi ketika dihubungi Nadi Arena.

Hasrat pemain dan jurulatih untuk bertemu Sanusi juga tertangguh lagi, difahamkan beliau akan menghadiri mesyuarat KFA 2 Ogos ini dan tarikh pertemuan dalam pasukan hanya akan diputuskan dalam mesyuarat tersebut.

“Mesyuarat bersama pihak KFA akan dilakukan awal bulan hadapan dan saya akan melihat perancangan yang dimiliki persatuan ketika ini.”

Piala Razak dilangsungkan dalam satu divisyen

KUALA LUMPUR: Persekutuan Hoki Malaysia (MHC) telah menukar format kejohanan hoki Piala Razak yang dijadualkan berlangsung 18 hingga 26 Sept.

Pengerusi Jawatankuasa Kejohanan MHC Datuk Seri Anil Jeet Singh berkata kejohanan itu akan dilangsungkan dalam format satu divisyen sahaja, tanpa perbezaan usia di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

Sejumlah 15 pasukan lelaki telah mendaftar bagi kategori lelaki dengan Sabah membuat penampilan semula selepas empat tahun, manakala Sarawak tidak menyertai kejohanan tahun ini.

Kategori wanita pula menyaksikan penyertaan 11 pasukan di mana Sabah, Johor, Perlis dan Melaka, tidak menyertainya. Tarikh tutup pendaftaran pada 11 Sept.

“Pasukan lelaki akan diundi kepada empat kumpulan (4-4-4-3), manakala wanita akan dibahagikan kepada dua kumpulan (6-5). Kesemua yang menyertainya perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pada setiap masa.

“(Walaupun kes COVID-29 meningkat sekarang) saya percaya kejohanan ini akan diteruskan, saya cuma risaukan ada pasukan akan tarik diri,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kejohanan pada Sabtu.

Bagaimanapun Anil Jeet berkata, jika kerajaan menarik balik kebenaran untuk menganjurkan kejohanan, MHC tidak mempunyai pilihan untuk membatalkan kejohanan itu.

Sebelum ini, kejohanan itu dimainkan dalam dua divisyen, dengan pemenang divisyen 2, akan dinaikkan ke divisyen satu.

MHC juga memutuskan untuk tidak mengenakan yuran pendaftaran RM100 tahun ini.

Juara kategori lelaki akan membawa pulang hadiah RM10,000, manakala tempat kedua RM7,000 dan ketiga RM5,000. Pemenang kategori wanita pula masing-masing akan membawa pulang RM5,000, RM3,000 dan RM2,000.

Kejohanan tahun ini iaitu yang pertama dianjurkan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan menjadi lebih menarik apabila pemain kebangsaan dibenarkan untuk bemain mewakili pasukan negeri masing-masing.

Senarai pasukan lelaki: ATM, Johor, Kedah, Kelantan, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Polis, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Selangor dan Terengganu.

Senarai pasukan wanita: ATM, Kedah, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pahang, Polis, Pulau Pinang, Perak, Sarawak, Selangor dan Terengganu.

Selangor akur perlu lupakan Stadium Shah Alam

SELANGOR dan Stadium Shah Alam tidak boleh dipisahkan tetapi status venue itu ketika ini seakan-akan menafikan hak pasukan berkenaan.

Ketua Jurulatih Selangor, B. Satianathan, menjelaskan pasukan Gergasi Merah itu terpaksa menggunakan Stadium UiTM Shah Alam menjelang penyambungan Liga Super bulan depan memandangkan laman keramat mereka itu perlu melalui proses baik pulih.

“Mungkin ini nasib saya kerana musim ini, kami belum pernah dapat beraksi di laman sendiri.

“Dan sekarang Stadium UiTM akan menjadi stadium utama kami bagi baki saingan liga musim ini.

“Proses membaiki stadium itu akan mengambil masa dan kami perlu terima hakikat ini.

“Saya tidak berapa jelas dengan tempoh yang diberikan kepada Selangor dan buat masa ini, saya tidak tahu bila kami akan dapat menggunakan Stadium Shah Alam.

“Saya harap jika kehadiran penyokong dibenarkan, kami dapat menggunakan semula Stadium Shah Alam kerana peminat sentiasa menjadi nadi kepada Selangor di Shah Alam,” katanya.

Pertahanan tengah Selangor, Taylor Reagan, menambah: “Sedikit pelik apabila tidak dapat beraksi di Shah Alam kerana ia merupakan laman keramat pasukan ini tetapi kami perlu akur dan memandang ke depan demi memastikan Selangor terus gah.”

Dalam pada itu, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan bahawa Selangor telah memilih Stadium UiTM sebagai gelanggang pertandingan selepas mendapati Stadium Shah Alam tidak sesuai untuk digunakan.

“MFL mengetahui status Stadium Shah Alam menerusi kenyataan media daripada Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon, yang memutuskan untuk tidak menggunakan Stadium Shah Alam ekoran keadaan stadium itu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan.

“FAS memilih Stadium UiTM Shah Alam sebagai venue utama pasukan Selangor manakala skuad Selangor II pula akan beraksi di Stadium MPPJ.”

Olimpik Tokyo 2020: Penduduk Tokyo berbeza pendapat

TOKYO: Pendapat berbeza disuarakan penduduk Tokyo sama ada temasya Sukan Olimpik Tokyo yang ditangguhkan ke tahun hadapan boleh diteruskan atau sebaliknya.

Memetik laporan Associated Press, ada yang berpendapat sekiranya pihak penganjur mengambil langkah yang sewajarnya, terutama ketika penularan COVID-19, penganjuran sukan dunia itu selamat diteruskan.

Namun, ada juga yang berpendapat jika temasya sukan tersebut dibanjiri oleh penonton dari luar negara, tidak selamat untuk menyertainya.

Menurut seorang pekerja awam, Akari Masuda, jika pihak penganjur mengambil langkah sepatutnya, temasya tersebut patut diteruskan.

“Sukan menyatukan kita semua. Sekiranya mereka mengambil langkah keselamatan, temasya tersebut boleh dianjurkan. Jadi, saya rasa mereka patut teruskan,” katanya.

Namun, bagi Hikaru Okubu, dia merasakan masih belum selamat untuk menghadiri perhimpunan yang melibatkan orang awam yang datang dari seluruh dunia.

“Saya agak bimbang. Jika Olimpik diadakan di negara luar dan saya jangka untuk pergi, saya tidak akan teruskan perancangan tersebut melainkan saya merasa selamat untuk keluar ke tempat awam,” jelasnya.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh media tempatan, Kyodo News Agency, 25 peratus penduduk bandar itu berpendapat Sukan Olimpik itu patut diteruskan tahun hadapan.

Manakala 70 peratus lagi berpendapat, anjuran temasya itu perlu dibatalkan atau ditunda sekali lagi.

Terdahulu, Presiden Tokyo 2020, Yoshiro Mori berpendapat ia berkemungkinan tidak akan diteruskan sekiranya pandemik COVID-19 masih berterusan.

Menerusi temu bual bersama media tempatan NHK, beliau menyatakan harapan situasi pandemik ini beransur pulih, sambil menambah, hanya vaksin yang dapat membaik pulih keadaan ketika ini.

Pada Mac, Sukan Olimpik Tokyo 2020 ditangguhkan susulan penularan COVID-19, dan akan dilangsungkan pada 23 Julai hingga 8 Ogos 2021.

Perkembangan itu menyaksikan Sukan Paralimpik pula berlangsung pada 24 Ogos sehingga 5 September 2021.

Keputusan rayuan jumlah acara Sukan SEA diketahui November

KUALA LUMPUR: Keputusan rayuan mengenai senarai sukan yang bakal dipertandingkan pada Sukan SEA ke-31 di Vietnam pada tahun hadapan, dijangka diketahui November ini.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, berkata 10 negara bertanding telah mengemukakan rayuan kepada Vietnam untuk 22 sukan termasuk 11 sukan dimohon oleh Malaysia, serta tiga disiplin, untuk dilangsungkan pada temasya sukan dwitahunan itu.

Oleh kerana jumlah sukan yang diminta dimasukkan ke dalam senarai bagi temasya di Hanoi yang dijadual dari 21 Nov hingga 2 Dis 2021 itu, banyak pihak penganjur meminta masa untuk membuat penelitian, katanya.

“Vietnam mencadangkan supaya senarai sukan tidak diputuskan pada mesyuarat hari ini. Mereka perlu menilai dari segi aspek sukan dan logistik. Jadi Vietnam akan bentangkan perubahan senarai sukan pada mesyuarat seterusnya yang dijadual pada November.

“Keputusan tertakluk kepada hos untuk melihat semua aspek serta implikasi dan kelebihan kepada mereka dan sokongan dari negara-negara terlibat. Setiap 22 sukan ini mempunyai justifikasi dan rasional masing-masing,” katanya pada sidang media di Wisma OCM, selepas menyertai mesyuarat Majlis Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) yang diadakan secara maya semalam.

Malaysia memohon agar 11 sukan disenaraikan pada temasya sukan itu melibatkan hoki dalam dewan, bola jaring, pelayaran, tenpin boling, skuasy, boling padang, kriket, ragbi 7s, papan selaju, floorball dan sambo, iaitu sukan tempur dari Soviet.

Sukan lain turut dibuat rayuan untuk dimasukkan pada Sukan SEA itu ialah muay, triathlon, taekwondo ITF, lumba bot tradisional, jujitsu, e-sukan, arnis, obstacle course, kempo, teqball dan soft tennis, selain tiga disiplin iaitu chinlone di bawah sukan sepak takraw serta polo air dan renang seirama di bawah akuatik.

Terdahulu, Vietnam hanya menyenaraikan 36 sukan iaitu olahraga, akuatik (renang dan terjun), memanah, badminton, bola keranjang, tinju, kanu, berbasikal (lebuh raya dan basikal bukit), sukan tarian, lawan pedang, bola sepak, golf, gimnastik, bola baling, bola tampar, judo, karate, mendayung, menembak, ping pong, taekwondo, tenis, angkat berat dan gusti.

Turut tersenarai acara snuker dan biliard, catur/xiangqi (catur China), futsal, Muay Thai, pencak silat, petanque, sepak takraw, renang sirip, bina badan, wushu, kurash, kick boxing dan vovinam (seni pertahan diri Vietnam).

Ditanya mengenai cadangan penghantaran atlet pelapis berbanding atlet senior yang berisiko menyebabkan kontinjen negara kehilangan dominasi dalam beberapa sukan dan keputusan mengenai pengelasan atlet mengikut Kategori A dan B, beliau berkata terlalu awal untuk membuat keputusan itu.

Sementara itu, beliau berkata mesyuarat itu juga membincangkan penganjuran untuk edisi-edisi akan datang.

“Thailand sahkan penganjuran edisi 2025 selepas Kemboja pada 2023, manakala Laos pada 2029. Brunei yang sepatutnya menganjurkan Sukan SEA ke-34 (2027) belum mengesahkan status penganjuran kerana perlu berbincang dengan kerajaannya dahulu,” katanya.

Sukan SEA Vietnam: Atlet senior perlu butir emas

MAJLIS Sukan Negara (MSN) tidak akan berkrompomi dengan atlet senior yang mengidamkan untuk beraksi dalam Sukan SEA Vietnam tahun depan.

Ini kerana atlet elit negara tiada pilihan selain meletakkan pingat emas sebagai jaminan, sejajar dengan polisi Majlis Olimpik Malaysia (MOM), yang mahu menghantar lebih ramai atlet muda ke temasya itu.

MSN turut senada dengan badan induk itu memandangkan sudah sekian lama memberikan ruang dan peluang buat atlet-atlet senior yang gagal mencapai sasaran yang ditetapkan.

Ia secara tidak langsung akan menjadikan atlet yang terpilih tidak boleh berada dalam zon selesa.

“Kami tidak boleh menghantar atlet senior hanya untuk mendapatkan pingat gangsa sedangkan mereka sudah senior dan sepatutnya memberikan pingat emas,” kata Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

“Sepatutnya, dalam Sukan SEA, atlet kita seharusnya mendapatkan pingat emas dan bukannya perak atau gangsa kerana Sukan SEA hanya ada 10 negara bertanding, berbeza dengan Sukan Asia.

“Mereka perlu membuktikannya untuk layak ke Sukan Asia.

“Mereka harus mendapatkan pingat emas di Sukan SEA terlebih dahulu.

“Mereka harus menjadi juara rantau ini dahulu sebelum ke benua Asia,” katanya.

MSN mahu menjadikan temasya dwitahunan itu sebagai platform permulaan buat atlet muda yang berkemungkinan akan menyertai dua temasya besar pada 2022, iaitu Sukan Komanwel di Birmingham dan Sukan Asia di Hangzhou.

Ahmad Shapawi, yang ditemui dalam bengkel perancangan program latihan sukan 2020 hingga 2022 anjuran MSN di Bukit Jalil semalam, menambah:

“Kita boleh bayangkan sekiranya ada atlet senior yang masih susah untuk mendapat tempat terbaik dalam sukan SEA, pasti susah untuk mereka mendapatkan tempat di peringkat Asia selepas ini.

“Kerana itu kami meminta kesemua persatuan dan atlet memahami bahawa Sukan SEA adalah asas kepada atlet perlapis untuk memulakan kehidupan pretasi tinggi sebelum ke Sukan Asia,” katanya.

Tiada jaminan Wan Kuzri tersenarai dalam skuad akhir – Maloney

PETALING JAYA: Pemain berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Wan Kuzri Wan Ahmad Kamal boleh menjadi aset kepada pasukan tetapi masih belum menjamin tempat dalam senarai akhir 23 pemain pada Kejohanan Bawah 19 Tahun (B-19) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020 pada Oktober, kata ketua jurulatih skuad B-18 kebangsaan Brad Maloney.

Pemain tengah Akademi Bola Sepak St Louis berusia 18 tahun itu menjadi bualan hangat apabila beliau akhirnya menyertai 34 pemain lain dalam latihan skuad B-18 Khamis lepas selepas penantian beberapa bulan.

Namun, situasi itu menimbulkan perasaan tidak senang dalam kalangan peminat bola sepak tempatan yang menggambarkan beliau dinilai terlalu tinggi.

Bagaimanapun, Maloney berpuas hati dengan perkembangan Wan Kuzri buat masa ini.

“Adalah normal untuk seseorang menjadi sedikit berbeza… terutamanya yang datang dari luar negara. Tetapi seperti saya cakap, pemain (Wan Kuzri) perlu mendapatkan tempatnya berdasarkan merit.

“Daripada apa yang saya lihat setakat ini, beliau agak baik. Jadi, saya rasa beliau dapat menjadi aset kepada pasukan tetapi sudah tentu, tiada siapa yang dijamin mendapat tempat dalam skuad akhir,” kata Maloney kepada pemberita selepas sesi latihan skuad itu di Wisma FAM di Kelana Jaya di sini pada Isnin.

Sementara itu, Maloney berharap dapat mengatur dua perlawanan persahabatan sebelum kem latihan berpusat berakhir pada Sabtu supaya beliau dapat melihat potensi sebenar Wan Kuzri.

Perlawanan persahabatan itu juga akan menjadi ukuran kepada kemajuan skuad kerana mereka berusaha untuk menjadi pasukan Malaysia pertama yang layak ke Final Piala Dunia Bawah 20 berdasarkan merit.

Maloney yang menggugurkan empat pemain daripada skuad latihan semasa berkata, kem latihan berpusat seterusnya akan diadakan bermula 3 Ogos ini.

Kejohanan Bawah 19 AFC 2020 yang dijadualkan diadakan di Uzbekistan dari 14 hingga 31 Okt adalah pusingan kelayakan untuk Piala Dunia Bawah 20 pada 2021 (di Indonesia).

Malaysia diundi dalam Kumpulan D untuk kejohanan bawah 19 bersama bekas juara Qatar, Tajikistan dan Yemen.