Klopp tidak tolak bersara sejurus kontrak Liverpool tamat

JURGEN KLOPP mengulangi hasrat untuk meninggalkan Liverpool sebaik kontraknya berakhir dan mungkin bersara daripada bidang pengurusan selepas bercuti selama setahun.

Pengurus berusia 53 tahun itu telah memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liga Juara-Juara (UCL), Piala Dunia Kelab dan Piala Super UEFA dalam tempoh lima musim di Anfield manakala kontraknya terikat sehingga 2024.

Saham Klopp melonjak tertinggi selepas mengakhiri penantian selama 30 tahun The Reds untuk meraih kejayaan liga tetapi dia tidak akan memperbaharui perjanjiannya dan mungkin akan meninggalkan sukan ini sepenuhnya.

“Saya akan berehat selama setahun dan bertanya kepada diri sendiri adakah saya akan merindui bola sepak. Sekiranya tidak, maka itu adalah pengakhiran Jurgen Klopp sebagai pengurus.

“Jika suatu hari kelak saya tidak lagi menjadi pengurus, ada satu perkara yang tidak akan saya rindukan: situasi penuh tegang sebelum perlawanan,” katanya kepada Sport Buzzer.

Skuad dari Merseyside itu kembali menjalani latihan pra-musim selepas rehat singkat sejurus musim lalu berakhir apabila mereka akan kembali ke aksi kompetitif, hanya tiga minggu selepas musim ini berakhir.

Begitupun, sungguhpun berdepan rehat yang singkat, Klopp masih yakin pemainnya sudah bersedia untuk mempertahankan gelaran EPL.

“Seluruh kelab ini teruja untuk mengharungi musim baru dan mahu melakukan yang lebih baik lagi.

“Kami ingin menghambat lawan dan bola di seluruh pelusuk padang dan terus menjadi sebuah pasukan yang bukan senang untuk dihadapi.

“Kami bukan hanya mempertahankan gelaran, kami ingin mendapatkan yang baru – kami baru sahaja mulai menang,” katanya.

Klopp baru-baru ini dinobatkan sebagai Pengurus Terbaik musim ini dan secara meluasnya dianggap sebagai pengurus terbaik di dunia selepas sekali lagi mengharungi musim yang berjaya bersama Liverpool.

Namun, bekas pengurus Mainz dan Borussia Dortmund itu dengan pantas berkongsi pujian tersebut dengan kakitangan belakang tabir selain pendapat situasi itu boleh berubah dengan pantas.

“Tidak lama dahulu Klopp gagal memenangi aksi final, apatah lagi Liga Perdana seumur hidup ini.

“Sekarang semuanya menjadi perhatian dan dirasakan berbeza. Tentu saja, kita lebih suka menjadi popular daripada tidak. Lebih baik langsing daripada gemuk. Dan kemenangan juga lebih bagus daripada kekalahan.

“Kini saya seorang pengurus yang lebih baik berbanding 10 tahun yang lalu — pakej keseluruhan Klopp lebih tekal dan lebih kompleks.

“Dalam tugasan saya di England ini, adalah mustahak untuk menghasilkan yang terbaik dan paling bermotivasi dalam semua bidang serta memenangkannya. Inilah kesenian dan cabaran terbesarnya.

“Pemain, pelatih, pakar terapi, tukang urut, doktor, penganalisis video, penasihat pemakanan, komunikasi — atau sesiapa sahaja. Kami berada di posisi yang sensasi di Liverpool FC.

“Saya 100 peratus mempercayai kakitangan saya. LFC jauh daripada sekadar seorang individu,” katanya.

Ronald Koeman pengurus Barcelona baharu?

JURULATIH Belanda, Ronald Koeman dilaporkan akan menjadi pengurus baharu bagi pasukan Sepanyol, Barcelona dan pengumuman rasmi mengenai perkara tersebut akan dibuat minggu ini.

Perkara ini disahkan sendiri responden SkySports, Fabrizio Romano dan wartawan ESPN Barca, Moisés Llorens menerusi laman Twitter rasmi masing-masing pada Isnin.

Koeman, 57 tahun, bakal menggantikan Quique Setién yang sebelum ini dipecat selepas hanya berpeluang mengendali pasukan itu buat setengah musim.

Penyingkiran Setien sudah jelas sejak kekalahan 8-2 yang memalukan kepada Bayern Munich di suku akhir Liga Juara-Juara pada Jumaat lalu.

Koeman telah lama mendapat penilaian tinggi di tingkat teratas permainan, walaupun baru-baru ini dia mempamerkan tugas yang mengecewakan ketika mengendalikan Everton di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Selain menjadi pengurus EPL, Koeman sebelum ini pernah menggalas tanggungjawab sebagai pengurus Everton dan Southampton.

Tugas mengendalikan Barcelona bakal menjadi pencapaian terbesarnya dalam karier bola sepak.

Kempen Manchester United dalam Liga Europa berakhir

SEVILLA meleburkan harapan Manchester United menamatkan musim ini dengan cemerlang apabila ia menundukkan kelab itu dalam pusingan separuh akhir dengan 2-1.

Dalam aksi separuh akhir Liga Europa (UEL) itu, the Red Devils terlebih dahulu membuka jaringan hasil sepakan penalti pada minit kesembilan menerusi Bruno Fernandes.

Sevilla bagaimanapun menyamakan kedudukan sebelum tamat babak pertama.

Tuan rumah sekali lagi meledak jaringan menerusi Luuk De Jong pada minit ke-78.

Ini adalah kali ketiga United kalah di peringkat semi final musim ini.

AFC: Hanya Liga-M belum berstatus kelab sepenuhnya di Asia

SETIAUSAHA Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul, mendedahkan saingan Liga Malaysia (Liga-M) adalah satu-satunya kancah yang masih mengetengahkan pasukan yang di bawah status persatuan (FA).

Menurutnya, 2021 merupakan terakhir untuk semua liga yang bernaung di bawah AFC perlu bertukar sebagai kelab (FC), bukan lagi memegang entiti sebagai persatuan.

“Kami telah mengingatkan FAM.

“Kelab seperti Johor Darul Ta’zim (JDT) misalnya sudah membuat perubahan jadi tidak perlu AFC menghukum mereka kalau persatuan lain tidak mahu berubah.

“Kami akan lihat apakah konteks (kaedah) yang akan dilakukan FAM kelak. Jika hanya sebuah kelab sahaja yang berjaya memohon lesen, maka kelab itu sahajalah yang akan beraksi dalam kejohanan anjuran AFC.

“Malangnya Malaysia satu-satunya negara yang masih bermain secara persatuan. Bukan sahaja di Asia Tenggara, malah Asia.

“Cuba lihat dalam kejohanan AFC, semua pasukan tertera nama kelab, Malaysia masih satu-satunya negara yang mengambil bahagian dalam kejohanan AFC sebagai persatuan,” katanya ketika dihubungi wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam, hari ini.

Sementara itu, tiga pasukan Liga-M yang masih gagal berbuat apa-apa untuk urusan penswastaan kelab apabila tempohnya berakhir 20 September ini, berdepan kemungkinan diturunkan ke Liga M3.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), bagaimanapun, belum mahu mendedahkan ketiga-tiga pasukan itu tetapi khabarnya ia melibatkan dua pasukan Liga Super dan satu daripada wakil Liga Perdana.

Walaupun proses ini hanya memakan masa kurang dua minggu, namun situasi tidak membuat sebarang langkah mencetuskan rasa kurang senang FAM.

Ia membuatkan badan induk itu terpaksa bersedia dengan kemungkinan buruk kehilangan ahli gabungan seandainya tiada usaha daripada pasukan yang terlibat dalam memberikan kerjasama.

“Lapan pasukan ini perlu lajukan sedikit pergerakan (urusan penswastaan) dan tiga persatuan ini kena cepatkan sedikit projek ini.

“Bukan sekadar pendaftaran syarikat, malah perkara ini memerlukan kongres, exco dan ia memerlukan masa. Kadang-kadang perlu adakan Kongres Luar Biasa (EGM).

“Mereka juga perlu adakan catatan mesyuarat bagi proses Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),” katanya Setiausaha Agung, Stuart Ramalingam, di Wisma FAM, pada Sabtu.

Difahamkan, salah sebuah pasukan Liga Super yang masih gagal buat sebarang tindakan adalah antara pasukan yang memiliki kredibiliti terbaik dalam saingan kancah tempatan.

Bagaimanapun, 13 pasukan lain lagi meredakan gundah FAM selepas lima daripada jumlah itu hanya menunggu pengesahan manakala selebihnya berada dalam fasa akhir penyediaan pasukan ke arah penswastaan.

“Mereka perlu mendapatkan surat pengesahan daripada FAM.

“Daripada lima, sebuah pasukan sahaja telah menerima surat itu dan kami memerlukan sehingga Selasa depan bagi memastikan tindak balas daripada jawatankuasa tertentu untuk meluluskan empat pasukan lain.

“Tetapi daripada segi dokumentasi semuanya berjalan lancar,” katanya lagi.

Liga Juara-Juara UEFA: Barcelona dimalukan Bayern dengan kekalahan 2-8

BAYERN Munich menghantar mesej jelas kepada semua pasukan dalam Liga Juara-Juara UEFA selepas menewaskan Barcelona, 8-2.

 

Juara Jerman itu mempamerkan aksi permainan bertekanan tinggi dan bertenaga sejak awal membuatkan Barcelona kucar-kacir.

Bayern Munich menjaringkan empat gol berbalas satu pada babak pertama.

Gol pertama diperoleh seawal minit ke-4 menerusi Thomas Muller sebelum Barcelona menjaringkan gol penyamaan tiga minit kemudian.

Kemudian segalanya mula tidak kena buat Barcelona.

Bayern Munich menjaringkan tiga lagi gol menerusi Müller, Perisic dan Gnabry sebelum tamat babak pertama.

Masuk babak kedua, Barcelona cuba cari rentak dan berjaya merapatkan jurang gol menerusi Luis Suarez pada minit ke 57.

Namun Barca alpa dan sering melakukan kesilapan yang dimanfaatkan Bayern Munich.

Anak buah Hans-Dieter Flick menambah empat lagi gol menerusi masing-masing menerusi Kimmich, Lewandowski dan dua gol daripada Coutinho.

Ini merupakan kekalahan terbesar yang pernah dicatatkan dalam aksi Liga Juara-Juara UEFA.

Menanti Bayern di peringkat separuh akhir nanti Manchester City atau Lyon.

June Wei kekal rekod tanpa kalah

KUALA LUMPUR: Pemain pelapis perseorangan lelaki negara, Cheam June Wei mengekalkan rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan pada saingan Divisyen 1 Kejohanan Jemputan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) 2020 di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara, di sini, pada Khamis.

Selepas melakar dua kemenangan pada Rabu, pemain berusia 23 tahun itu meneruskan momentum dengan menundukkan bekas pemain negara, Liew Daren 21-18, 21-11 pada sesi pagi sebelum mengalahkan rakan sepasukan Leong Jun Hao, 21-18, 15-21, 21-14 pada sebelah petang.

Bagaimanapun, pemain ranking ke-10 dunia dan pemain nombor satu negara, Lee Zii Jia, tewas dalam aksi dramatik di tangan pemain profesional, Soong Joo Ven, 19-21, 21-11, 27-29, dalam pertarungan selama 80 minit itu.

Joo Ven kemudian menarik diri daripada kejohanan selepas mengalami kekejangan otot di bahagian belakang ketika ketinggalan 0-3 pada set ketiga menentang pemain pelapis negara, Lim Chong King pada sesi petang.

Dalam acara beregu lelaki, beregu profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi melakarkan dua kemenangan dengan mengatasi Ooi Jhy Dar-Yap Roy King 21-18, 21-15 dan Lwi Sheng Hao-Ching Kai Feng 21-19, 21-15.

BAM menganjurkan kejohanan jemputan itu secara tertutup bagi memastikan pemain negara kekal kompetitif susulan pembatalan beberapa kejohanan antarabangsa tahun ini ekoran pandemik COVID-19.

Seramai 52 pemain termasuk lapan pemain profesional negara bersaing dalam kejohanan pusingan ’round-robin’ itu yang berakhir Ahad ini.

Keputusan:

Lelaki:

Perseorangan:

Cheam June Wei mn Liew Daren 21-18, 21-11

Leong Jun Hao mn Aidil Soleh Ali Sadikin 7-21, 21-17, 21-16

Ng Tze Yong mn Lim Chong King 21-14, 21-17

Soong Joo Ven mn Lee Zii Jia 21-19, 11-21, 29-27

Cheam June Wei mn Leong Jun Hao 21-18, 15-21, 21-14

Lim Chong King mn Soong Joo Ven 16-21, 21-16, 0-3 (Tarik Diri)

Beregu:

Aaron Chia-Soh Wooi Yik mn Lwi Sheng Hao-Ching Kai Feng 21-9, 21-16

Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mn Ooi Jhy Dar-Yap Roy King 21-18, 21-15

Low Hang Yee-Eng Ng Cheong mn Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani 21-19, 21-11

Ooi Jhy Dar-Yap Roy King mn Choong Hon Jian-Loo Bing Kun 15-21, 21-15, 21-10

Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mn Lwi Sheng Hao-Ching Kai Feng 21-19, 21-15

Goh V Shem-Tan Wee Kiong mn Low Hang Yee-Ng Eng Cheong 21-18, 16-21, 21-17

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Muhd Rumsani mn Chen Tang Jie-Nurfirdaus Azman 21-14, 21-17

Wanita:

Perseorangan:

Sonia Cheah mn Eoon Qi Xuan 19-21, 21-10, 21-17

Lee Ying Ying mn K. Letshanaa 17-21, 21-16, 21-10

Beregu:

Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean mn Pearly Tan Koong Le-M Thinaah 21-10, 19-21, 21-14

Anna Cheong Ching Yik-Toh Ee Wei mn Teoh Mei Xing-Yap Ling 17-21, 21-15, 21-15

Beregu Campuran:

Hoo Pang Ron-Cheah Yee See mn Chen Tang Jie-Peck Yen Wei 20-22, 21-18, 21-17

Jun Hao cipta kejutan, aibkan Liew Daren

KUALA LUMPUR: Pemain pelapis perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao mencuri tumpuan apabila menewaskan bekas pemain negara, Liew Daren pada saingan pembukaan Divisyen 1 Kejohanan Jemputan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) 2020 di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara, semalam.

Bekas juara remaja Asia yang muncul juara Divisyen 2, Jumaat lalu, bangkit daripada kekalahan set pertama 15-21 sebelum menang 21-14 dan 21-16 dalam pertarungan ‘rubber-set’ lebih sejam itu.

“Saya sudah menjangkakan saingan sengit tetapi tidak memikirkan lawan. Sebaliknya hanya mahu menampilkan persembahan terbaik pada setiap perlawanan.

“Sasaran adalah untuk muncul empat pemain terbaik dan kejayaan ini menyuntik semangat untuk memburu kejayaan seterusnya,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Seorang lagi pemain pelapis, Ng Tze Yong turut melakarkan persembahan cemerlang dengan menundukkan bekas pemain negara, Soong Joo Ven, 21-18, 21-12.

Dalam pada itu, pemain perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia tidak menghadapi masalah untuk menewaskan naib juara Divisyen 2, Lim Chong King 21-14, 21-9 pada saingan pusingan awal.

Sementara itu, beregu campuran negara, Goh Soh Huat dan Shevon Jemie Lai terpaksa undur daripada kejohanan selepas Soon Huat mengalami kecederaan otot di bahagian belakang ketika ketinggalan 4-6 pada set kedua menentang gandingan muda Hoo Pang Ron-Cheah Yee See.

Soon Huat dan Jemie Llai menang set pertama 21-13.

BAM menganjurkan kejohanan jemputan itu secara tertutup bagi memastikan pemain negara kekal kompetitif susulan pembatalan beberapa kejohanan antarabangsan ekoran pandemik COVID-19.

Seramai 52 pemain termasuk lapan pemain profesional negara bersaing dalam kejohanan pusingan ’round-robin’ yang berakhir Ahad ini.

Keputusan:

Perseorangan Lelaki:

Lee Zii Jia mn Lim Chong King 21-14, 21-9

Cheam June Wei mn Aidil Sholeh Ali Sadikin 21-18, 21-16

Leong Jun Hao mn Liew Daren 15-21, 21-14, 21-16

Ng Tze Yong mn Soong Joo Ven 21-18, 21-12

Beregu Lelaki:

Goh V Shem-Tan Wee Kiong mn Chen Tang Jie-Nur Firdaus Azman 21-8, 21-18

Aaron Chia-Soh Woo Yik mn Ooi Jhy Dar-Yap Roy King 21-11, 21-16

Goh Sze Fei-Nur Izzudin Muhd Rumsani mn Chang Yee Jun-Chia Wei Jie 21-19 21-12

Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mn Choong Hon Jian-Loo Bing Kun 21-16, 21-16

Goh V Shem-Tan Wee Kiong mn Chen Tang Jie- Nur Firdaus Azman 21-8, 21-19

Chang Yee Jun-Chia Wei Jie mn Goh V Shem-Tan Wee Kiong 16-21, 21-12, 23-21

Perseorangan Wanita:

Soniia Cheah mn K. Letshanaa 21-13, 21-11

Eoon Qi Xuan mn Lee Ying Ying 21-14, 21-9

Beregu Wanita:

Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean mn Anna Cheong-Toh Ee Wei 21-16, 21-11

Pearly Tan Koong Le-M.Thinaah mn Teoh Mei Xing-Yap Ling 21-12, 22-20

Beregu Campuran:

Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mn Chen Tang Jie-Peck Yen Wei 21-18, 21-16

Hoo Pang Ron-Cheah Yee See mn Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai 21-13, 4-6 (Bersara)

Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mn Chen Tang Jie-Peck Yen Wei 23-21, 21-16

NAAM cadang anjur dua kejohanan kebangsaan tahun ini

KUALA LUMPUR: Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) merancang menganjurkan Kejohanan Kebangsaan dan Kejohanan Remaja Kebangsaan dalam tempoh terdekat, selepas ‘sepi’ tanpa sebarang kejohanan tahun ini ekoran pandemik COVID-19.

Presiden NAAM, Datuk Abdul Hamid Hasan berkata Kejohanan Remaja Kebangsaan dijangka diadakan pada November, manakala Kejohanan Kebangsaan dijadual pada Disember, namun venue bagi kedua-dua acara itu belum diputuskan.

“Tahun 2020 memang tidak ada aktiviti langsung dan hanya dua kejohanan dibenarkan untuk tahun ini. Jadi ini platform terbaik untuk menguji prestasi atlet. Namun lokasi kejohanan masih dalam perbincangan, kemungkinan tidak akan keluar dari kawasan Lembah Klang kerana semua kemudahan ada di sini.

“Satu lagi venue, mungkin di lapangan memanah di Johor, iaitu venue untuk Sukan Malaysia (Sukma) tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Majlis Sukan Negara (MSN), di sini, pada Selasa.

Mengulas lanjut mengenai kejohanan antarabangsa yang bakal disertai pemanah negara, Abdul Hamid berkata sekiranya pandemik COVID-19 kembali reda, atlet kebangsaan akan menyertai sekurang-kurangnya tiga acara antarabangsa tahun depan.

Jelasnya, antara kejohanan yang akan disertai ialah Piala Asia di Bangkok, pada bulan Mac, Piala Dunia di Shanghai, China (Mei) serta kejohanan kelayakan Sukan Olimpik (Tokyo 2020) iaitu Kejohanan Dunia di Paris pada bulan Jun.

“Untuk Sukan Olimpik, kita sasar untuk raih pingat. Sekarang Sukan Olimpik telah ditunda ke tahun depan, ia memberi ruang dan lebih masa untuk pemanah negara buat latihan sebagai persediaan ke kejohanan kelayakan itu nanti,” katanya.

Setakat ini, hanya Khairul Anuar Muhamad berjaya menempah slot ke Sukan Olimpik Tokyo selepas mara ke saingan akhir Kejohanan Dunia di Belanda pada Jun tahun lalu.

Ferro is the first champion in five months as WTA Tour returns

PALERMO: France’s Fiona Ferro became the first WTA champion in five months on Sunday as she overpowered Anett Kontaveit 6-2 7-5 to win the Palermo Ladies Open, the first Tour event to be staged since the COVID-19 epidemic shut down the sport.

Ferro went 10 matches unbeaten in regional exhibition events after the Tour was suspended in March, and continued to gather further momentum with five more wins in Palermo this week as major tennis returned in the Sicilian capital.

“I think it was my best match of the week,” the 23-year-old Ferro said after landing the second title of her career with a dominant display. “I was feeling relaxed… I don’t know why because it was a final! I wasn’t really feeling pressure.”

Several exhibition events have taken place globally since the sport was halted in early March due to the pandemic but the women’s claycourt tournament in Palermo was the first across both the elite WTA and ATP tours in five months.

There were strict health protocols, including limited number of fans and no handshakes between players after the match.

Players and officials underwent COVID-19 tests every four days and one player who tested positive pulled out of the tournament last weekend.

“I had a good intensity throughout the whole match, I didn’t miss a lot, made a lot of winners, so I’m really happy to have the trophy with me,” said the Belgian-born Ferro.

She struck 51 winners and broke Kontaveit’s serve five times in a clinical display as she clinched the title on her second match point.

The result ensures Ferro will make her world top-50 debut at number 44 when the latest WTA rankings are released on Monday.

Estonia’s Kontaveit, ranked 22nd, has now lost five of the six finals she has contested.

Ayam Gepuk MTB cycling team aims to participate in 2024 Paris Olympics

KUALA LUMPUR: After failing in his bid to participate in the Olympic Games in the past, former national cyclist Nor Effandy Rosli is determined to help riders from the Ayam Gepuk MTB Cycling Team to participate in the mountain bike event at the 2024 Paris Olympics.

The 52-year-old said although it was considered an arduous task, he was confident that his extensive experience in cycling could help the two riders of the team, namely his daughter, Nur Deena Safia and Tengku Alif Haryz Tengku Hazril to achieve the mission.

“The target of heading to the Olympics is a high one, and we have about four years left. If there are enough funds and continuous exposure to international tournaments, I am confident we can achieve that target.

“Countries like China and Japan always send their athletes to compete in several international tournaments including the World Cup, but unfortunately, we have never sent our riders to such tournaments,” he said during a press conference to announce the team’s sponsorship by Restoran Ayam Gepuk Pak Gembus at one of its branches here yesterday.

Commenting further, Nor Effandy, who is the manager of the Federal Territories Malaysia Games (Sukma) cycling team, said the short-term target was to help his team win two gold medals at the 2020 Johor Sukma, which has been postponed to March 2021.

Nor Effandy is no stranger to road cycling events, and among his outstanding achievements were winning the silver medal in the individual mass start event at the 1998 Kuala Lumpur Commonwealth Games and a gold medal at the 1989 Kuala Lumpur SEA Games.

Meanwhile, Mohd Firdaus Wahid, the owner of the Restoran Ayam Gepuk Pak Gembus restaurant franchise in Malaysia said a cash sponsorship of RM2,000 per month would be provided to each rider to cover the expenses for participating in tournaments as well as for mountain biking equipment.

Riders Nur Deena Safia and Tengku Alif Haryz also expressed their appreciation over the sponsorship, saying that their focus was to do well at the Johor Sukma next year.

The best achievement to date by Nur Deena Safia, a 21-year-old UiTM Shah Alam student, has been a bronze medal in the U-23 category of the Asian Continental Championship in Danao City, Philippines in 2018.

Tengku Alif Haryz, a student of SMK Bandar Baru Salak Tinggi, won a silver medal at the Asian MTB Series in Sabah last year.