Panathinaikos pecat Poyatos

Athens: Gergasi Greece, Panathinaikos memecat jurulatih mereka dari Sepanyol, Dani Poyatos, umum kelab yang beraksi di Liga Super negara itu menerusi laman webnya.

Juara 20 kali Greece itu hanya memungut satu mata daripada tiga perlawanan awal musim ini dan berada di kedudukan kedua dari bawah saingan Liga Super.

“Keputusan yang buruk dan gambaran saingan yang diberikan pasukan tidak membantu meneruskan sasaran utama kami,” umum Panathinaikos.

Kelab dari Athens yang mara ke final Piala Eropah 1971, memenangi kejuaraan domestik terakhir mereka pada 2009-10, ketika mereka berusaha mengukuhkan masalah kewangan yang dihadapi.

Media tempatan melaporkan pengganti Poyatos adalah bekas pemain kebangsaan Romania, Laszlo Boloni.

Sebagai jurulatih, dia sudah memenangi kejuaraan di Portugal dan Belgium bersama Sporting dan Standard Liege baru-baru ini.

Kim Sei-young menang PGA

New York: Pemain Korea, Kim Sei-young merangkul kejuaraan utama pertama buat dirinya selepas memenangi Kejuaraan PGA Wanita dengan rekod baharu tujuh bawah par 63, catatan terendah pada pusingan akhir dalam sejarah pertandingan.

Pemain berusia 27 tahun daripada Seoul itu menjadi pemenang kesembilan daripada 10 juara kejuaraan utama wanita tanpa sebarang bogey dengan kelebihan lima pukulan dalam saingan di lapangan Aronimink Newtown Square, Pennsylvania.

Menduduki ranking ketujuh, Kim menamatkan saingan dengan rekod pertandingan 14 di bawah 266 bagi menewaskan pemenang tempat kedua, Park In-bee dengan lima pukulan.

Sementara itu, pemain Malaysia, Kelly Tan menduduki tempat ke-13 selepas mencatatkan 281 keseluruhan, dengan berkongsi kedudukan bersama pemain Amerika Syarikat (AS), Ally McDonald, Nanna Koerstz Madsen (DEN) dan Mina Harigae (AS).

Kim rampas pendahulu, Kelly Tan keenam

New York: Pemain Korea Selatan, Kim Sei-young yang sedang memburu kejuaraan utama buat kali pertama, melakukan lima birdie pada enam lubang terakhir untuk mendahului satu pukulan selepas berakhir pusingan kedua PGA Championship wanita.

Berusia 27 tahun dan berasal dari Seoul, Kim mencatat lima bawah par 65 untuk catatan keseluruhan empat bawah par 136 di Aronimink dekat Newtown Square, Pennsylvania.

“Saya berusaha meletakkan bola menghampiri lubang bagi mengurangkan tekanan. Ia ternyata banyak membantu saya.

“Saya juga kekal fokus kepada permainan. Secara jujur, saya tidak melihat papan markah sebab saya berada pada momentum yang baik dan mahu meneruskan aksi konsisten itu,” katanya.

Sensasi Malaysia yang berkongsi kedudukan pendahulu hari pertama, Kelly Tan pula melakukan satu atas par 71 di pusingan kedua untuk keseluruhan dua bawah par 138.

Catatan itu menyaksikannya berkongsi kedudukan keenam bersama empat pemain lain, iaitu Ashleigh Buhai, Lydia Ko, Lauren Stephenson dan Linnea Strom.

Kim pernah menamatkan saingan di kedudukan lima terbaik dalam enam kejuaraan utama dengan paling hampir untuk muncul juara adalah pada PGA Wanita 2015 yang menyaksikannya menduduki tempat kedua selain berkongsi penamat kedua di Evian Championship pada 2018.

Ditanya adakah dia bersedia untuk memenangi kejuaraan utama, Kim berkata: “Ia sentiasa menjadi sasaran saya.”

Jelas Kim lagi, cabaran sengit yang diberikan oleh barisan pesaing lain memberi motivasi tambahan kepadanya.

“Mereka membantu saya mengekalkan momentum dan menamatkan saingan dengan keputusan yang baik,” katanya.

Kelly Tan berkongsi pendahulu

New York: Sensasi golf Malaysia, Kelly Tan melakukan tiga birdie di empat lubang pertama untuk catatan tiga bawah par 67 sekali gus berkongsi kedudukan pendahulu bersama pemain Amerika Syarikat (AS), Brittany Lincicome pada pusingan pertama PGA Championship wanita.

Tiga birdie itu menyelamatkan Kelly yang menduduki ranking ke-189 dunia dan sedang memburu kemenangan pertama di LPGA, selepas melakukan dua bogey pada pusingan pertama yang sangat sukar di Aronimink di Newtown Square, Pennsylvania.

“Saya berasakan dapat melakukan pukulan di kedudukan yang tepat dan menyempurnakannya dengan baik sekali,” katanya.

Pencapaian terbaik Kelly pada LPGA adalah berkongsi penamat keempat pada Marathon Classic 2014 dan selepas itu gagal meraih kedudukan 10 terbaik sehinggalah Ogos lalu apabila dia berkongsi penamat kesembilan di Marathon.

“Saya sentiasa memberitahu diri sendiri bahawa setiap hari saya mempunyai sasaran dan cuba untuk memenuhinya selain membina keyakinan.

“Aksi cemerlang hari ini memberikan saya lebih keyakinan untuk mengharungi pusingan seterusnya,” katanya.

Lincicome pula melakukan empat birdie dan satu bogey dalam usahanya untuk melakar kemenangan ketiga selepas merangkul kejuaraan di ANA Inspiration pada 2009 dan 2015.

“Sangat gembira. Hari ini saya seperti meletakkan kepercayaan kepada diri sendiri. Lapangan ini agak sukar.

“Keadaan cuaca juga berangin dan sentiasa berasa sejuk sepanjang masa,” katanya.

Cheptegei lakar rekod dunia ketiga

Valencia: Joshua Cheptegei melakar rekod dunia baharu acara trek 10,000 meter (m) manakala Letesenbet Gidey memperbaharui rekod acara 5,000m wanita di saingan NN Valencia World Record Day, hari ini.

Cheptegei mengatasi rekod 26m 17.53 saat (s) milik Kenenisa Bekele yang dilakukan di Brussels pada 2005.

Pelari berusia 24 tahun itu melakar rekod baharu 26m 11.00s sekali gus mengukuhkan statusnya selaku pelari jarak pertengahan yang berkaliber dan ia adalah rekod dunia ketiganya pada tahun ini.

Pada Februari lalu, Cheptegei melakar rekod dunia acara jalan raya 5 kilometer (km) di Monaco.

Kemudian selepas melalui perintah berkurung di tempat asalnya di Uganda berikutan pandemik Covid-19, dia kembali ke Monaco untuk meleburkan rekod dunia Bekele yang bertahan selama 16 tahun dalam acara 5,000m apabila melakukan catatan 12m 35.36s.

Dia muncul atlet ke-10 yang memegang rekod dunia 5,000 dam 10,000m.

Cheptegei mula mempamer aksi cemerlang apabila meraih pingat perak pada Kejohanan Dunia 2017 di London ketika baru berusia 20 tahun.

Tahun lalu dia memperbaiki keputusan itu dengan meraih pingat emas di Doha. Dia sudah pun muncul juara kejohanan dunia merentas desa lima bulan sebelum itu.

Sementara itu, Gidey, 22, mencatat 14m 6.62s untuk mengatasi catatan 14m 11.15s dilakukan oleh Tirunesh Dibaba pada 2008.

“Saya gembira. Ia adalah impian menjadi kenyataan dan satu kejayaan besar untuk saya,” kata Gidey.

Cavani dapat nombor ‘sumpahan’

Manchester: Edinson Cavani secara rasmi diberikan nombor ‘sumpahan’ Manchester United, iaitu nombor tujuh yang sebelum ini dipakai penuh bangga oleh Cristiano Ronaldo dan David Beckham.

Pada hari terakhir jendela perpindahan ketika Cavani mengesahkan perpindahannya ke United, nombor jersi yang bakal digunakannya juga terus diumumkan.

Angka tujuh pada satu ketika menjadi kebanggaan di Old Trafford, apabila ia digunakan ikon seperti George Best, Beckham, Eric Cantona dan Cristiano Ronaldo.

Bagaimanapun, sejak Ronaldo meninggalkan pasukan, ia sudah tidak seperti dulu, apabila ada sesetengah penyokong mendakwa nombor itu sudah terkena ‘sumpahan’.

Cavani adalah pemain keenam menggunakan nombor berkenaan sejak Ronaldo berpindah sebelum ini ia dipakai Michael Owen, Antonio Valencia, Angel Di Maria, Memphis Depay dan Alexis Sanchez.

Rekod jaringan kelima-lima pemain itu terutama dari segi jaringan di Liga Perdana Inggeris (EPL) sangat menyedihkan.

Jumlah kesemua gol yang dikumpul dalam kalangan mereka ialah 14 gol iaitu dalam tempoh sedekad Ronaldo meninggalkan United.

Cavani berharap dapat meningkatkan jumlah gol berkenaan selepas menandatangani kontrak selama dua tahun dengan jumlah pendapatan seminggu di Old Trafford sebanyak £175,000 (RM937,000).

Pemain berusia 33 tahun itu mencetak 341 gol peringkat kelab sejak tiba di Eropah bersama Palermo pada 2007.

Pencapaian terbaiknya adalah ketika beraksi bersama Napoli dan Paris Saint-Germain (PSG).

Southampton tetap di hati – Walcott

London: Theo Walcott pulang kembali ke Southampton selepas pemain sayap Everton itu dipinjamkan untuk tempoh sepanjang musim ke pasukan di mana dia memulakan kariernya.

Walcott memilih untuk kembali ke Southampton selepas hanya melakukan dua penampilan bersama Everton musim ini.

Pemain antarabangsa England berusia 31 tahun itu, yang melakukan penampilan peringkat senior di Southampton pada usia 16 tahun, pulang semula ke kelab berkenaan selepas 14 tahun lalu menyertai Arsenal.

“Southampton dengan bangganya mengumumkan Theo Walcott, salah seorang pemain bekas akademi di sini, kembali semula ke St Mary,” jelas Southampton dalam satu kenyataan.

Walcott, yang menghabiskan masa selama 12 tahun di Arsenal sebelum menyertai Everton pada Januari 2018, merasakan dirinya tidak mendapat peluang di Goodison Park sejak Carlo Ancelotti mengambil alih pasukan musim lalu.

“Saya menerima tawaran daripada kelab lain tapi apabila Southampton datang kepada saya, ia adalah sebahagian daripada diri saya dan mereka yang menjadikan saya pemain seperti sekarang. Tetap di dalam hati saya.

“Saya sebenarnya menangis ketika kali pertama beraksi dan ia sangat memberi makna. Kepada semua mereka yang membuat cita-cita saya tercapai, tidak terbalas budi mereka. Jujurnya, saya sangat gembira,” kata Walcott.

Klopp akui Liverpool hilang ketenangan

Birmingham: Jurgen Klopp mengakui Liverpool mula bermain dengan tidak tenang selepas melepaskan gol awal kepada Aston Villa selepas penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dibelasah 2-7.

Olie Watkins menjaringkan hatrik pada separuh masa pertama tatkala The Reds melepaskan tujuh gol buat kali pertama sejak 1963.

Penjaga gol kedua Liverpool, Adrian sudah pasti tidak dapat melupakan mimpi ngeri apabila kesilapannya membolehkan Watkins membuka ‘pintu empangan’.

“Gol pertama memberi impak tapi ia tidak sepatutnya berlaku. Adrian melakukan kesilapan tapi kami pernah melepaskan gol seperti ini. Selepas itu kami hilang arah.

“Ketika Aston Villa menguasai bola, kami tidak mampu untuk menghalang mereka,” kata Klopp.

Walaupun ada melakukan perubahan pada rehat separuh masa, Liverpool masih belum dapat menghalang Villa, tambah memeritkan mereka melepaskan gol yang membias daripada John McGinn, Ross Barkley dan Jack Grealsih.

“Kami masih ada saat yang terbaik tapi saat terbaik kami tidak ke mana dan saat terbaik mereka membawa kepada peluang untuk menjaringkan gol.

“Mereka seperti bebas berterbangan dan kami pula seperti membuka ruang. Semua ini anda tidak boleh lakukan dalam permainan bola sepak, kami lakukannya malam ini (pagi tadi),” kata Klopp.

Liverpool akan berehat dalam tempoh dua minggu berikutan memberi laluan kepada aksi antarabangsa namun mereka bakal berdepan cabaran sukar apabila perlawanan kembali bersambung kerana bakal berdepan pendahulu liga dalam aksi musuh setempat Merseyside.

“Secara keseluruhan kami semua kecewa, kami tidak sepatutnya tumpas dalam jumlah yang besar namun sekarang ia membabitkan kerja sepasukan dan memastikan ia tidak berlaku lagi,” kata pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk.

Juve kuarantin pemain

Milan: Penyandang juara Liga Itali mengumumkan bahawa keseluruhan skuad mereka akan menjalani kuarantin selepas dua staf pasukan diuji poositif Covid-19.

Juventus berkata, kedua-dua individu yang diuji positif bukan dalam kalangan pemain staf teknikal mahupun perubatan.

“Prosedur ini akan membenarkan kesemua staf yang diuji negatif meneruskan aktiviti latihan namun mereka tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan orang lain luar daripada kumpulan ini.

“Kelab akan sentiasa berhubung dengan pihak kesihatan,” kata Juve dalam satu kenyataan.

Dalam satu kenyataan berasingan, Juventus mengesahkan mereka bersedia untuk berdepan Napoli bagi perlawanan esok pagi.

Bagaimanapun, agensi berita Itali melaporkan Napoli idhalang daripada berkunjung ke Turin oleh piak

However, Italian news agencies reported that Napoli had been prevented from travelling to Turin by local health authorities due to the possibility of a coronavirus outbreak in the squad.

Two Napoli players, Piotr Zielinski and Elif Elmas, and a staff member returned positive COVID-19 tests less than a week after the club hosted Genoa, who have themselves been hit by a spate of cases.

Genoa, whose game at home to Torino on Saturday had already been postponed, said on Friday that two more players and one more staff member had returned positive COVID-19 tests, bringing the total to 19 in the last week.

Aksi terakhir Safawi bersama JDT?

Johor Bahru: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora mendedahkan kejuaraan Liga Super yang digapai buat kali ketujuh berturut-turut tampak beremosi tatkala bakal kehilangan Safawi Rasid yang akan berkelana di Eropah untuk menyertai kelab Portugal, Portimonense SC.

Malah baju dipakai Safawi yang tertera ‘I will miss JDT Family’ (Saya akan merindui keluarga JDT) sudah cukup memberi isyarat pemain itu akan meninggalkan pasukan disertai sejak 2017 dengan aksi menentang Sabah yang dimenangi 4-1 semalam kemungkinan aksi terakhirnya.

Bagaimanapun, Mora enggan mengesahkan lebih lanjut mengenai status Safawi dan hanya memberitahu pemain itu akan ke luar negara sama ada hari ini atau selepas aksi terakhir liga menentang Melaka United di Stadium Hang Jebat, Sabtu ini.

“Saya tidak pasti sama ada Safawi akan meninggalkan JDT hari ini atau selepas beraksi dalam beberapa perlawanan saingan Piala Malaysia. Kami akan tunggu apa jua keputusan. Kita tidak tahu bila dia akan berlepas ke luar negara dan ia baik untuk dirinya melebarkan karier bola sepak profesional,” katanya.

Mengulas mengenai kejayaan JDT merangkul kejuaraan liga untuk tujuh musim berturut-turut, Mora mengakui setiap pemain begitu beremosi tatkala menjulang piala berkenaan tanpa kehadiran penyokong yang menjadi pembakar semangat buat barisan pemain.

Apapun, Mora tidak menafikan aksi menentang skuad bimbingan Kurniawan Dwi Yulianto tampak sukar selepas pasukan itu mengamalkan corak permainan bertahan yang menyukarkan barisan pemain JDT mencipta jaringan.

“Kami kerap melakukan serangan pantas tapi pemain lawan bertindak dengan cara bertahan malah pemain juga sukar menembusi pertahanan lawan. Akibatnya pemain saya tampak kecewa sepanjang 30 minit babak pertama.

“Selepas jaringan Diogo (Luis Santo), barulah kami mula menguasai perlawanan dan corak pemainan lebih agresif di babak kedua.

Hasilnya kami menang dan tiga mata yang amat penting itu milik JDT untuk rangkul kejuaraan liga,” kata Mora.