MANCHESTER City gagal melewatkan kemenangan Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila tumpas di tangan Chelsea, dalam saingan awal pagi ini.
Kekalahan 1-2 kepada Chelsea di Stamford Bridge itu sekali gus mengesahkan kejuaraan Liverpool bagi musim ini.
Dalam aksi yang dijalankan secara tertutup susulan penularan pandemik COVID-19, Chelsea tampak garang dengan meledak satu gol menerusi Christian Pulisic pada minit ke-36.
Ia sekali gus menyaksikan Chelsea berada di depan pada babak pertama
Pada minit ke-56 babak kedua, bintang City, Kevin De Bruyne, menyamakan mata.
Namun pada minit ke-76, City terpaksa bermain dengan 10 pemain susulan kad merah dilayangkan kepada Fernandinho apabila dilaporkan bola terkena tangan dalam kotak penalti.
Ia memudahkan Chelsea menambah satu lagi gol menerusi sepakan penalti oleh Willian.
Ia menjadikan keputusan Chelsea 2 – City 1.