EPL: Liverpool semakin hampir buru gelaran juara

LIVERPOOL semakin hampir memburu gelaran juara Liga Perdana Inggeris untuk kali pertama dalam 30 tahun apabila membenamkan Crystal Palace 4-0 dalam aksi di Anfield pada awal pagi Khamis dalam saingan secara tertutup.

Selepas terpaksa berpuas hati tanpa gol ketika menentang Everton Ahad lalu, Liverpool tampak garang dengan menjinakkan lawan di laman sendiri.

Sepakan percuma dimanfaatkan Trent Alexander Arnold dengan jaringan pertama seawal minit ke 23.

Seperti dijangka, Mohamed Salah, Fabinho dan Sadio Mane antara yang menjadi tumpuan setiap kali perlawanan dengan masing-masing menjaringkan satu gol.

Liverpool kini pendahulu liga dengan 86 mata dan diikuti Manchester City dengan 63 mata.

Manchester City kini perlu menang menentang Chelsea sebagai usaha untuk melewatkan kemenangan Liverpool sebagai juara liga perdana.