Dengan kehebatan menerusi aksi cantik yang ditunjukkan pemain itu, maka tidak hairanlah ramai yang menanti kehadiran beliau di padang setiap kali perlawanan.
Namun, baru-baru ini Barrett mendedahkan kepada orang ramai mengenai adik perempuannya yang mempunyai masalah Sindrom Down atau ‘Down Syndrome’.
Adik perempuannya, Zara Barrett atau lebih mesra dipanggil Zars, berusia 16 tahun, sering kali ke stadium bagi menonton setiap perlawanan abang-abangnya.
Menurut abang-abangnya, Zars seorang remaja yang “lucu” dan nakal, namun sangat jujur.
Mereka mempunyai lapan orang adik-beradik – lima lelaki (Beauden, Scott, Jordie, Kane, Blake) dan tiga perempuan (Zara, Ella, Jenna).
Mempunyai adik perempuan yang mengalami Sindrom Down, bintang ragbi itu mengambil peluang untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap keadaan penyakit itu.
“Mereka yang mengalami Sindrom Down juga perlukan kasih sayang.
“Dia sangat mengagumkan dan kami sangat sayang dia.
“Dia sangat mudah menghargai perkara yang berlaku, terutamanya dalam mengenali erti kehidupan,” kata Beauden.