Van Dijk diangkat sebagai Pemain Terbaik PFA

PERTAHANAN Liverpool, Virgil van Dijk, memenangi anugerah Pemain Terbaik PFA selepas menempuhi musim yang cemerlang dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pemain kebangsaan Belanda itu telah memainkan peranan yang penting buat The Red mencabar takhta liga musim ini mengejar penyandang juara, Manchester City — persaingan yang bakal ditentukan sehingga perlawanan terakhir musim ini.

Aksi cemerlang Van Dijk merupakan tunjang prestasi cemerlang skuad bimbingan Jurgen Klopp dan dia telah diangkat selaku pemain terbaik dalam anugerah yang dijalankan di London, semalam.

Raheem Sterling, yang telah menjaringkan 17 gol bersama Manchester City, dilihat sebagai pencabar terdekat Van Dijk, tetapi bintang England itu sekadar membawa pulang anugerah Pemain Muda Terbaik PFA.

Rakan sepasukan Sterling bersama City, Bernardo Silva dan Sergio Aguero turut berada dalam senarai utama, sementara penyerang Liverpool, Sadio Mane dan bintang Chelsea, Eden Hazard.

Van Dijk menyertai Liverpool dari Southampton Januari 2018 selaku pertahanan termahal dunia dengan nilai perpindahan mencecah GBP75juta (RM400juta), berjaya membantu pasukan ke final Liga Juara-Juara (UCL) musim lalu.

Pertahanan itu merupakan yang pertama sejak John Terry pada musim 2004-05 untuk merangkul anugerah tersebut, beraksi dalam setiap 36 perlawanan liga musim ini.

Musim lalu, Liverpool bolos 38 gol namun mempamerkan peningkatan apabila sekadar bolos 20 gol dalam msuim ini.

Ia menandakan dalam dua musim berturut-turut menyaksikan pemain Liverpool meraih anugerah tersebut, Mohamed Salah berjaya meraih kejayaan yang sama 12 bulan yang lalu.