Selangor tidak bermula baik musim ini dan sering dimalukan di laman sendiri.
Bagaimanapun, skuad The Red Giants itu memperbaiki situasi dengan kemenangan 2-1 ke atas PKNP FC itu turut membantu mereka mendaki ke tangga ketiga liga dengan 16 mata.
Keputusan di Shah Alam itu juga menyaksikan Selangor melebarkan rekod tanpa tewas kepada lima perlawanan berturut-turut.
“Jurulatih kena tukar, padang kena tukar, but kena tukar tetapi saya hanya meneruskan kerja saya dan saya memberitahu pemain bahawa kami masih ada harapan.
“Dan jika kerana saya pasukan ini gagal beraksi baik, saya akan pergi.
“Jika anda tanyakan kepada pemain, saya sentiasa memberikan 100 peratus sepanjang masa,” katanya ketika mengulas mengenai kritikan yang dilemparkan kepadanya selama ini.
Berbeza buat PKNP FC, yang kekalahan di tangan Selangor itu menamatkan rekod lima kemenangan berturut-turut dalam saingan Liga Super dan Piala FA sebelum ini.
Ketua jurulatih, Abu Bakar Fadzim, mengakui anak buahnya sedang mengalami keletihan ekoran jadual liga yang terlalu padat.
“Kami mengakui barisan pemain mereka lebih berpengalaman. Ia menjadi pemisah dalam perlawanan malam ini.
“Dalam tempoh tiga hari ini, saya sudah mula nampak beberapa pemain mencuba yang terbaik, cuma mereka melakukan kesilapan teknikal dalam 15 minit pertama yang sepatutnya dapat dielakkan,” katanya.