Athens: Gergasi Greece, Panathinaikos memecat jurulatih mereka dari Sepanyol, Dani Poyatos, umum kelab yang beraksi di Liga Super negara itu menerusi laman webnya.
Juara 20 kali Greece itu hanya memungut satu mata daripada tiga perlawanan awal musim ini dan berada di kedudukan kedua dari bawah saingan Liga Super.
“Keputusan yang buruk dan gambaran saingan yang diberikan pasukan tidak membantu meneruskan sasaran utama kami,” umum Panathinaikos.
Kelab dari Athens yang mara ke final Piala Eropah 1971, memenangi kejuaraan domestik terakhir mereka pada 2009-10, ketika mereka berusaha mengukuhkan masalah kewangan yang dihadapi.
Media tempatan melaporkan pengganti Poyatos adalah bekas pemain kebangsaan Romania, Laszlo Boloni.
Sebagai jurulatih, dia sudah memenangi kejuaraan di Portugal dan Belgium bersama Sporting dan Standard Liege baru-baru ini.