Perkara ini disahkan sendiri responden SkySports, Fabrizio Romano dan wartawan ESPN Barca, Moisés Llorens menerusi laman Twitter rasmi masing-masing pada Isnin.
Koeman, 57 tahun, bakal menggantikan Quique Setién yang sebelum ini dipecat selepas hanya berpeluang mengendali pasukan itu buat setengah musim.
Penyingkiran Setien sudah jelas sejak kekalahan 8-2 yang memalukan kepada Bayern Munich di suku akhir Liga Juara-Juara pada Jumaat lalu.
Koeman telah lama mendapat penilaian tinggi di tingkat teratas permainan, walaupun baru-baru ini dia mempamerkan tugas yang mengecewakan ketika mengendalikan Everton di Liga Perdana Inggeris (EPL).
Selain menjadi pengurus EPL, Koeman sebelum ini pernah menggalas tanggungjawab sebagai pengurus Everton dan Southampton.
Tugas mengendalikan Barcelona bakal menjadi pencapaian terbesarnya dalam karier bola sepak.