“FIA dan Formula 1 akan terus bekerjasama rapat dengan pasukan, penganjur, CAMF (Persekutuan Sukan Automobil dan Motosikal Republik Rakyat China) dan pihak berkuasa tempatan untuk memantau perkembangan wabak tersebut,” kata FIA dan Formula 1 dalam satu kenyataan bersama.
Menurut kenyataan itu lagi, satu tarikh yang sesuai juga akan dipertimbangkan sekiranya keadaan bertambah baik.
Jika perlumbaan GP Shanghai dibatalkan, ia sekali gus menandakan terdapat empat minggu cuti dalam pertengahan kalendar F1.
GP Vietnam yang julung kalinya diadakan bakal berlangsung pada awal April tanpa GP Shanghai.
Tiada perlumbaan lain selepas itu sebelum GP Belanda yang dijadualkan pada awak bulan Mei.
Perlumbaan F1 di China diadakan di Litar Antarabangsa Shanghai sejak 2004.