Menurut entri yang dimuat naik di akaun Twitter rasmi kelab bola sepak Aytemiz Alanyaspor, Sural meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
Enam lagi rakannya cedera dalam kejadian tersebut selepas menghadiri satu perlawanan menentang Kayserispor.
Menurut laporan media antarabangsa, pemandu bas mini tersebut terlelap ketika memandu. Ketujuh-tujuh pemain itu menyewa bas mini tersebut manakala ahli kelab lain serta petugas menaiki bas berasingan atau kenderaan sendiri ketika dalam perjalanan selepas perlawanan bola sepak Liga Turki di Kayserispor.
Bekas pemain Cardiff City dan pemain pertahanan QPR, Steven Caulker berada dalam bas tersebut ketika kejadian.
Satu upacara penghormatan terkakhir turut diadakan bagi memperingati mendiang.
Dalam pada itu, Persatuan Bola Sepak Republic Czech dalam satu kenyataan berkata, mereka turut berduka atas pemergian pemain itu.
Sural sebelum ini sudah tampil dalam 20 perlawanan sejak sertai Alanyaspor pada Januari.