Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim Chee Keong berkata dengan kewujudan dasar berkenaan, setiap projek yang dibina akan dinilai secara objektif dan bukan semata-mata diwujudkan mengikut cita rasa dan ‘suara’ politik.
“Kita mahu melihat kemudahan dan infrastruktur sukan memenuhi keperluan di kawasan setempat.
“Kita juga mahu pastikan ia mampu menggemblengkan semua aktiviti sukan dan komuniti di kawasan berkenaan,” katanya ketika menggulung perbahasan Titah Diraja pada persidangan Dewan Negara bagi kementeriannya.
Dalam usaha mengelak kemudahan sedia ada terbiar, Sim berkata setiap pegawai sukan turut digalak menggunakan pendekatan pelbagai peranan, termasuk sebagai ‘programmer’ dengan menganjurkan pelbagai aktiviti di kawasan masing-masing.